Showing posts with label photoshoot. Show all posts
Showing posts with label photoshoot. Show all posts

Thursday, September 17, 2015

Akif berlakon jadi Ninja | Photoshoot

Bukan senang nak ajak Akif photoshoot. Akif ni cepat jemu haha.. Tapi semalam mood Akif baik sekejap. Haha puas gak ajak. Akhirnya Akif setuju dengan ajak pergi taman sekali. Dah sampai taman ramai la pulak bebudak, terpaksa cari pot tepi-tepi sikit. Akif mula-mula segan gak, last-last berdesup-desup dia pusing kayu tu. 
Nak jadi macam ninja la kononnya tapi ini je kostum yang ada. Haha jadi la, bergaya dengan face mask mama dia buat untuk pakai jerebu ni. Bila dah pakai dengan baju ada cover kepala tu pun macam ninja gak. Haha.. Yang paling rare tali pinggang hitam tu pakai tali beg. Ini namanya nak cepat, haha.


Kemain Akif. Tapi tengok ninja ni macam tak brapa nak ganas sangat haha..Macam manja je!! Hehe.. Apapun nanti kita photoshoot lagi ya. Kalau dapat kostum lagi menarik ni. Ninja Akif!! Haaaayarkkkkk!!!

***Photoshoot dengan kamera henpon je.

Saturday, November 15, 2014

Bila aku beraksi dalam Studio | MyCreativePixel Studio

Dah lama dah dapat hasil photoshoot tempoh hari. Baru berkesempatan nak up entri. Maklum la sibuk sikit dengan kerja lain. Photoshoot di Studio satu pengalaman baru sebenarnya. Tajaan sepenuhnya oleh MyCreativePixel Studio. Jom tengok antara-antara hasilnya.. 


Tema: Merah Hitam
Logo: Kelab Blogger Ben Ashaari
Tagline: Bukan Sekadar Blogger
Manchester United






Baju Korporat Kelab Blogger Ben Ashaari
Possing ala-ala kadar je, tak reti sangat possing ni. Haha nasib baik tukang kamera spotting layan aje karenah kami.

Tampil kelainan sikit, yela kalau ramai yang berkemeja, aku sorang je pakai jersey. Memadai dengan tema merah hitam dan tiada wajib pun. Apapun photoshoot ni sungguh meriah dan berbaloi-baloi. Puas hati dengan hasil Mycreativepixel studio ni. Kemungkinan besar aku akan ke sini lagi, photoshoot family mungkin. Tengah dalam perancangan. 

Kalau yang berkeinginan nak shoot studio boleh try usha facebook page  Mycreativepixel Studio [KLIK SINI]
atau hubungi terus 012-3602384 (Aiman)

Wednesday, November 5, 2014

Photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari


Baru-baru kami blogger Kelab Blogger Ben Ashaari telah buat satu aktiviti photoshoot. Wow macam best je. Photoshoot ni telah dirancang dan dikendali oleh bro Lan Careno. Photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari yang berlokasi di Mycreativepixel studio PV128, Setapak.
Apa yang menariknya siap ada tema pulak tu. [Tema Merah Hitam] Sebelum aktiviti ni bermula, semua dah diberi task dah. Task? Pergi photoshoot pun ada task-task bagai. Hehe bukan apa, bukan semua orang biasa photoshoot ni. So ada la nanti yang malu-malu ngiaw depan kamera nanti, tak tau nak poss macam mana. So task ni la yang blogger kena persembahkan, dah bagitau siap-siap apa nak buat. Senang kan...

Meriah sungguh studio MyCreativePixel dengan jumlah blogger Kelab Blogger Ben Ashaari yang datang seramai 26 orang.
Seawal jam 10 pagi dah ada yang sampai untuk proses menacap muka, make up la tu, wah dah macam retis dah. Memang ramai pun yang dah tahap retis.. Kikikiki.. Beberapa Makeup Artist | MUA khas yang datang menaja persolekkan, menaja shawl dan lain-lain. Boleh dapatkan mereka di instagram. @wiidaribbon @shazaamalina @etty_garib @yanneskay @tyasalmid @daniafacon @irnanylea
#makeupbywiidaribbon #makeupbyshazaamalina #GlamoresqueByEttyGarib #Yanneskaysmakeup
Breakfast katanya pulak disediakan oleh Intan Catering, mak kepada blogger Ruby.. Sedapppp, makan bertambah-tambah.. hihi. Terima kasih bebanyak semuanya.. 
Sorang demi sorang possing depan kamera... Yang belakang tunggu dengan berdebar, macam nak masuk ujibakat pulak. Apa di gugup ntah... Ala santaiii je ni.. Turn aku? Aku orang pertama sekali. Ingatkan shoot awal boleh balik awal haha sampai ke habis gak aku tunggu.
Tengok la gaya Projek Manager, bro Lan Careno dengan korea style katanya.. Al-maklumla dah terjebak dengan "RunningMan"... apa nak dikatakan.. Belum tengok full custom lagi. Tunggu..
Cameraman bro Aiman.. Owner studio MyCreativePixel kelihatan sangat rilex dan cool. Senang berkolobrasi dengan dia. 
Hamboii ni nak pergi photoshoot ke nak pergi stadium ni.. Haha.. Aku tampil dengan gaya tersendiri. Menyahut tema merah hitam.. Aku dengan jersey Manchester United hehehe.. The Red Devil. Kita tunggu la hasilnya nanti, bagaimanalah ropernyer..


So, tak sia-sia tunggu sampai ke akhir. Dapat photoshoot group..
Boboboi Kelab Blogger Ben Ashaari. Amboi Ben Ashaari, macho la tu pakai Rayban.. kikiki
Meriah meriah.. Ini prepost gambar Kelab Blogger Ben Ashaari
Selfie dulu sebelum balik. Penat jugak aktiviti gini. Apapun puas hati, aktiviti berjalan dengan lancar, syabas-syabas semuanya yang memberi komitmen. 

Untuk maklumat lanjut tentang Mycreativepixel Studio [KLIK SINI]
atau hubungi terus 012-3602384 (Aiman)

Kelab Blogger Ben Ashaari dengan Penaja Rasmi Cosmoderm
HALAL skin care and personal care products.
http://www.cosmoderm.com.my
www.twitter.com/ilovecosmoderm 
www.facebook.com/cosmoderm 
#Cosmoderm #halalcareproduct #cosmodermsyganda 

Wednesday, March 13, 2013

Craft Felt dari MYSTITCHYCRAFT

Mystitchycraft 
Datang untuk memperkenalkan dan mempromosi hasil kraftangan (Homemade craft) dari MystitchyCraft. Ada macam-macam kraf berasaskan Felt. Keychain, Bookmark, Door Gift, Hanging Car, Hand Bouquet Flower dan lain-lain. Ni kat bawah ni yang latest handmade. Bunga tangan khas untuk Kenduri Kahwin, bertunang atau photoshoot. boleh ke blog Mystitchycraf untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

 
Bunga Tangan 'Kasihku'..
Color : Pink Pastel  
Material : Acrylic Felt