Tuesday, May 10, 2016

Cendawan Susu Harimau dalam bidang perubatan | LIGNO Biotech

Pernah tak korang dengar pasal Cendawan Susu Harimau? Cendawan Susu Harimau ????? Tak pernah dengar pun. Haa aku pun sama. Bila tanya kat aku pasal Cendawan Susu Harimau, aku terus jadi tanda tanya..
Cendawan ker ? Susu Harimau ker ? Ada keistimewaan cendawan susu harimau ni? 

Apapun, jom ikuti jejak aku membongkar kisah Cendawan Susu Harimau ! Haha..

Baru-baru ni kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari berkesempatan membuat lawatan ke tapak pembiakan dan penanaman Cendawan Susu Harimau di LIGNO Biotech, Balakong. Antara Bio Lab yang membuat penyelidikan dan penanaman cendawan ni. Wah hebat sangat ke cendawan ni. CEO kepada LIGNO Biotech, Ng Szu Ting memberi penerangan mengenai cendawan. Ternyata satu penemuan yang luar biasa. 

Kalau nak tau, Cendawan Susu Harimau ni merupakan salah satu khazanah bernilai dalam bidang perubatan negara kita. Wow ! Rupanya cendawan ni berpotensi tinggi untuk mengubat dan mencegah beberapa jenis penyakit yang melibatkan paru-paru. Wahh semakin menarik ni !
Korang tengok gambar cendawan kat bawah ni...
Cendawan Susu Harimau | Tiger Milk Mushroom
Haa ni la dia rupa cendawan ni. Besarnya ! Boleh makan ke cendawan ni. Hmm.. Cendawan ni sering dijumpai di Hutan Hujan Tropika, sekitar negeri Pahang. Pada kita yang tinggal di bandar mungkin anggap cendawan ni biasa-biasa je, tapi tidak bagi Orang Asli yang tinggal di sekitar Pahang. Pada mereka banyak kegunaan cendawan-cendawan ni. Kita je tak tau. Dan pelbagai mitos jugak yang didengari menceritakan tentang asal usul cendawan ni. Namun sekarang cendawan ini semakin sukar ditemui. Mungkin ramai yang sudah mula mencarinya atau semakin pupus. 
Nampak serupa Gramophone .... Tapi kalau nak tau payung cendawan ni tak pakai pun. Yang diambil hanya ubinya. Tengok bawah ni. 
Tudia, besar tapak tangan dah. Kalau nasib baik dapat yang ubinya padat. Kalau kurang bernasib baik dapat la yang kosong dan kecut. Lagi besar payungnya lagi kecil la ubinya. Pasal semua nutrien dah disedut ke atas. 
Ni ubi yang telah dibelah. Nampak tak isi ubi tu. Itu lah isi yang dicari. 
Pelbagai artikel telah dipaparkan dalam keratan akhbar. Namun ramai antara kita masih belum peka terhadap kewujudan cendawan susu harimau ni.

Bimbang akan kepupusan cendawan ini, Dr, Tan Chon Seng (Principal Research Officer, MARDI) telah berkolaborasi dengan LIGNO Biotech untuk mengkaji dan menyelidik kaedah terbaik untuk penanaman cendawan ni. Dengar kata Dr. Tan Chon Seng telah habiskan masa beliau selama 8 tahun untuk menyelidik ni. Fuhh lama tu, 8 tahun bukan sekejap. Tapi akhirnya Dr. Tan telah berjaya menemui kaedah dan caranya.. 
Lab tempat Dr. Tan melakukan penyelidikan dan experimen. 
Aku pun buat-buat macam tengah buat experimen. Hehehe... 

Bawah ni adalah antara kaedah dan cara penanaman Cendawan Susu Harimau yang telah berjaya dihasilkan.

Mereka menggunakan BERAS sebagai nutrien untuk penanaman cendawan ni. Beras-beras ni dibersihkan dulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas tu.
Beras tadi telah dimasukkan ke dalam mesin ni dan dimasak pada suhu 114 Darjah Celcius. Selelah siap dimasak, nasi yang dalam bekas tadi dibiarkan sejuk.Tempat proses penyemaian dilakukan. Kebersihan adalah diutamakan. Hanya orang tertentu je boleh masuk. Kami pun tengok dari luar je. Risau terdedah pada bakteria yang mengganggu proses tu nanti. 
Bilik penanaman cendawan-cendawan.
Rak-rak pengasingan mengikut masa di semai. 
Dr. Tan mengambil satu bekas bagi kat kami, boleh tengok dengan lebih dekat. Tudia hasilnya.. Nampak tak yang ketulan-ketulan tepi yang putih tu. Tu la cendawan susu harimau. Yang tengah tengah tu nasi yang dimasak. Kalau tengok betul-betul nasi tu dah kecut dah. Cendawan tu dah sedut nutrien pada nasi tu.
Zoom lagi dekat. Aku petik dan hidu. Bau sama macam cendawan lain gak. Hehe..
Kalau tengok gambar mula-mula tadi, kat permukaan atas nampak sikit je cendawannya. Bila Dr. Tan terbalikkan, perghh banyak rupanya kat bawah tu. Itulah yang akan dikutip nanti. Tapi kalau dah demo ni tak leh guna dah. Dah terdedah kepada bakteria. Nampak betapa dorang menitikberat kualiti dan kebersihan. 
Proses pengeringan. Cendawan-cendawan tersebut terlebih dahulu dikeringkan sehingga kering menyamai suhu bilik.

Begitu la proses sehingga seterusnya terhasil beberapa produk seperti dibawah ni.


Tigerus Cendawan Susu Harimau
Tigerus Tiggy Cocoa Chewable untuk kanak-kanak
Tigerus TMM Tea | Tiger Milk Mushroom Tea
Siapa yang memerlukan Tigerus Cendawan Susu Harimau ni ?

Kalau rasa korang ada mengalami masalah diatas, jangan teragak-agak untuk dapatkan Tigerus Tiger Milk Mushroom. Aku dah mula makan sebagai supplement. Lagipun cuaca tidak menentu, jerebu dan panas. Baik untuk langkah pencegahan.






100% Semulajadi dan selamat serta tiada kesan sampingan, produk ni telah mendapat sijil pengesahan Halal dari JAKIM. Selain tu, LIGNO Biotech juga telah dinobatkan dalam Malaysia's Book of Record sebagai Bio Lab pertama yang mengkormersialkan produk berasaskan Cendawan Susu Harimau. Dan yang paling menarik Ligno Biotech tersenarai dalam 20 syarikat yang dipilih untuk berada dibawah Bionext. (Bionext programme, a joint initiative between BiotechCorp and SME Corp to create local bio-based champions ) Wow..Hebat-hebat..

Sedap teh dia, aku dah minum hari tu. Teh ni boleh minum kosong, boleh letak madu atau gula. Sangat sedap ! Minuman baik untuk kesihatan. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:


Email: contact@ligno.com.my
Hotline: 1 700 818 242 (Mon – Fri | 8.30am – 5.30pm)


No comments:

Post a Comment