Thursday, May 12, 2016

Pokok Kristal Sarawak | Mini DUSUN BUAH

MINI DUSUN BUAH. Itu yang boleh aku ungkap ! Rumah kat kampung dikelilingi pokok-pokok buah. Itu lah hobi part-time ayah aku. Sebenarnya tak susah nak tanam pokok-pokok ni, gali tanah dan tanam. (senangnyer cakapTAPI... kalau tak pandai jaga, takde kemahiran kompom tak hidup. Kalau hidup pun silap-silap tak cukup zat atau terbantut. So ni lah antara bakat yang ada kat ayah aku. Kalau ayah tanam apa-apa, hampir semuanya menjadi. Orang lama ni ada special gift. Bakat terpendam. 
Pokok buah Mata Kucing
Rendah je pokok mata kucing ni. Dah membuahkan hasil sekali. Sayang sekali aku takde masa tu, tak dapat merasa. Nak ambik buah petik je. 
Pokok Mangga
Pokok mangga apa ni eh. Tak tanya plak aku. Haha, mangga kan ada banyak jenis. 
Pokok Jambu Batu
Walaupun pokok kecik je tapi dah ada buah atas tu. Buah besar-besar tapi belum cukup matang lagi. Nak jaga buah kena balut, nanti buah rosak. 
Pokok Kedondong atau pokok amra
Yang ni buah banyak. Makan tak abis. Baru ni sempat adik aku ambik buat kerabu kedondong dengan sambal belacan. Fuhh terbaek ! Masam-masam pedas..

Ni pokok apa pulak ? 
Pokok Buah Kristal
Ini lah Pokok Kristal. Pokok ni paling rare. Kalau tak silap, pokok Kristal ni hanya ada di Sarawak je. Pernah tengok ? Aku pun tak pernah tengok pokok Kristal sebelum ni. Selepas ayah aku tanam baru aku tau pokok ni. Haha. Tapi aku pernah rasa buah ni memang sedap dan manis. Tak sabar nak tunggu berbuah. Ada 2,3 pokok gak yang dah besar. Tak lama lagi berbuah la pokok ni.

Tengok gambar bawah ni. Sumber dari Google.. 
Buah Kristal Sarawak (Sumber gambar - Kebunkome)
 Buah Kristal Sarawak (Sumber gambar - TWOPACKSAY)
Fuhh kalau jadi berbuah pokok ni, banyak ni. Puas makan nanti. 
Semai pokok Kristal - anak-anak pokok kristal.
Ni pun pokok kristal gak ni. Baru transfer dari semai ke tanah lapang. Masih dalam tempoh penjagaan rapi. Tu yang ada cover tu. 
Pokok Rambutan
Tempat BBQ
Pokok Limau Kasturi
Pokok Kelapa Gading

Pokok kelapa buah kuning ni ditanam kat luar. Aku tanya ayah, kenapa tanam kat luar. Dia jawab, akar pokok kelapa tu nanti boleh pecahkan dinding pagar. So tak sesuai tanam dalam kasawan rumah. Tapi kalau kat luar tu pulak, abis la buah kena kebas nanti. Haha.. 
Beginilah keadaan rumah dikelilingi pokok-pokok. Redup dan sejuk sikit kawasan rumah. 

Lebih kurang 8 jenis tanaman pokok buah kat sini, aku yakin aku dah perkenal kat korang benda baru. Pokok mata kucing dengan Pokok kristal.  Betul tak? Apapun, dalam banyak-banyak ni aku paling tak sabar tunggu pokok kristal berbuah. Bukan senang nak rasa buah ni. Dah la pokok jarang-jarang, berbuah pulak ikut musim. Tunggu !!! 

No comments:

Post a Comment