Showing posts with label instagram. Show all posts
Showing posts with label instagram. Show all posts

Saturday, February 13, 2016

Tutorial Giant Square App untuk Instagram

Pernah tak korang prasan kat Instagram | IG ada gambar-gambar besar gini. Gambar petak-petak besar gini. Macam mana dorang buat? Cut satu-satu then main agak-agak je tepek. Try and error. Tersalah cut, sana besar sini kecik. Pernah buat tak? Amat terasa kegigihannya kan bila try and error. Haha. Bukan apa, pernah terjadi kat member gak. Tu yang gagah google, mesti ada cara atau apps untuk buat benda ni.  
Giant Square App
9 petak
Giant Square App
9 petak
Giant Square App
9 petak
Aku dah agak dah memang guna app, cumanya tak tau apa nama apps tu. Google punya google akhirnya jumpa la Giant Square App. Godek-godek dan memang betul la itu caranya. Patut la gambar cantik dan kemas semacam je kan. 
Giant Square App
Pergi kat Google Play tu taip je "Giant Square" atau klik siniMeh aku nak ajar basic guna aplikasi atau Giant Square Apps ni. Mudah je kalau dah biasa guna.

Tutorial Giant Square App 
Giant Square App
1. Mula-mula download dan install dulu Giant Square.
Giant Square App
2. Pilih Instagram | IG
Giant Square App
3. Pilih Giant Square yang atas sekali. 
Giant Square App
4. Yang ni terpulang, nak pilih brapa petak. Aku prefer 9 petak kalau nak gambar besar. Kalau landscape aku pilih petak 3 atau 6.
Giant Square App
5. Tickkan semua untuk pilihan kita tadi. Dah tick klik icon kat bawah tu yang first skali (kotak putih) sebelum button camera tu. Tu untuk kita link ke Album gambar atau gallery. Then choose gambar yang korang nak tu.
Giant Square App
6. Dah pilih gambar kat sini ada korang just guna jari untuk move gambar. Nak besar ke kecik, kiri ke kanan. Kalau nak rotate klik rotate 90 sampai menegak. Dah puas hati dengan gambar klik DONE. Lepas tu tekan share kat atas tu. 
Giant Square App
7. Ok lepas klik Share maka keluar la paparan  save, save grid dan upload. So nak lebih mudah, korang klik upload. Satu-satu gambar akan diupload secara manual ke instagram. Dah upload satu, then akan return ke sini balik untuk upload gambar yang kedua dan seterusnya sampai ke gambar ke 9. Kalau tak nak upload lagi boleh pilih save. Automatik 9 gambar yang telah di cut siap-siap di simpan dalam galeri. Tapi kena pastikan tau mana yang nak di post dulu. Kang gambar tak jadi pulak. Hehe.. 

Okey itu saja basic tutorial untuk Giant Square. Banyak lagi selain dari square ni. Kena explore lagi. Selamat mencuba!! 
Giant Square App
9 petak
Giant Square App
6 petak
Giant Square App
6 petak
Kesemua gambar ni adalah sumber dari Instagram Projek Hipster. Korang boleh refer IG : ProjekHipster okeh selamat mencuba.

Saturday, June 21, 2014

Instagram dah cecah 500 Followers | @red_scarz

Alhamdulillah, sudah sampai 500 followers jugak Instragram aku. Lama gak nak sampai 500 followers ni. Apapun terima kasih yang sudi follow aku. @red_scarz

@
Dan follower yang ke -500 tu pulak kebetulan kawan Bloggers, yang jugak dari 
Kelab Bloggers Ben Ashaari
saudara Razzwey.. [klik utk IG razzwey]
Sebagai saguhati kepada follower ke-500 ni aku nak buat review serba sikit pasal dia. Razzwey atau nama facebook dia Shairazi Azlin, dia seorang yang peramah dan baik hati. Suka bergurau senda, dan boleh dibuat kawan. Dia seorang blogger dan pemilik kepada blog http://www.razzwey.com/
Haha.. kebetulan pulak semalam dia baru tukar blogspot kepada .com so korang terjah lah dia.. Okeh.. Terima kasih razzwey dan yang lain.


Kepada yang lain sudi-sudilah follow IG aku. 
ID aku: @red_scarz

  InsyaAllah, akan ada suprise utk followers aku. Terutama pada nombor-nombor cantik atau random pick.. Mana tau ada follower bertuah..

Thursday, May 1, 2014

Reward Dari Tesco Sempena Hari Pekerja

Ingat tak contest instagram Tesco Malaysia #mystesco yang aku join ari tu??? Yang gambar aku terpilih tu? Tak ingat? Klik SINI nak tengok. Semalam dapat postage reward dari Tesco. Apa agaknya reward tu yer..
Jeng.................
jeng........
jeng.................


Baucer Tesco Rm100!!!!!!
Wahh.. RM100 tu.. Hantar gambar instagram je dapat baucer. Alhamdulillah rezeki. So sempena Hari Pekerja ni kita SHOPPING di Tesco... Joooommmmm!!!!

Sunday, April 20, 2014

Aku & S2 | Menang Reward dari Tesco Malaysia | #mytesco Instagram Contest

https://www.facebook.com/TescoMY
Baru-baru ni pergi Tesco | Taman Midah Cheras beli barang-barang keperluan, sambil belek-belek barang nampak la Poster-poster contest instagram tesco merata-rata. Aku tengok syarat mudah je, hantar gambar menarik ke instagram then hastag 
#mytesco & @tescomalaysia... 
Haa apa lagi aku snap la gambar Aliah dan Akif. Dua submission aku hantar. Sambil menyoping hantar contest. Suka-suka je sambil fun.
  
What a suprise gambar Aliah terpilih. Terkejut jugak dapat notice dari @tescomalaysia suruh submit details. Little reward awaits me katanya.. Takpe la little ke big ker kira rezeki jugak kan..
Ini gambar dalam Facebook Page Tesco Malaysia bersama yang terpilih..
Over 1500 #mytesco Instagram Posts....
So kita tunggu je la reward. Hihi..Apalah agaknya.. Suprise!!

Wednesday, February 5, 2014

Aku & S2 Part 19 | Main dengan HDR

Sesaja tangkap gambar, pastu aku edit-edit + belek-belek + tacap-tacap guna Snapseed & Instagram. Maka ini lah hasilnya....
Before
 After
 

Before
After
Lokasi: Kuala Kangsar Perak

Monday, January 6, 2014

Aku & S2 Part 18 | Gambar-gambar Featuring Aku

Kepuasan aku bermain instagram apabila aku join group-group IG yang buat daily theme challenge. Setiap hari ada theme yang berlainan. Semua yang join akan post gambar dengan #hastaq daily theme. Masing-masing berusaha menghasilkan gambar terbaik untuk dinilai dan dipilih oleh admin-admin IG. Gambar yang terpilih akan difeaturingkan. Walaupun tiada hadiah ditawarkan tapi aku tetap dapat kepuasan. Bersaing itu bagus untuk memajukan diri, mengasah teknik-teknik dan skill. Kalau gambar terpilih dalam featuring lagi la terasa kenikmatannya. Antara sambungan gambar featuring aku.
Featuring by Galerikite
Gambar dari atas salah satu hotel di Kuantan, apa ntah nama hotel lupa la.
Featuring by ig_satumalaysia
Tugu negara Kuala Lumpur
Featuring by hdrsupreme (animal)
Parrot, Zoo Melaka
Featuring by gf_malaysia (bridge)
Jambatan di Putrajaya (dekat Pullman)

Oklah ini saja buat masa ni. Ada lagi gambar gambar nanti akan aku upkan lagi. 
More featuring klik sini

Sunday, January 5, 2014

Aku & S2 Part 17 | Pencawang Elektrik

Pencawang elektrik pun jadi. Aku masa ni tak kira apa dah pic aku ambik. Menjiwa betul-betul setiap benda yang ada di sekeliling. Alert. Apa aku merepek ni. Koh3..Gambar di atas aku ambik time nak pergi kerja jalan jem. Jalan Loke Yew tau la pepagi stress. Time jem la mata nak tengok merata. Terpandang akan awan yang sungguh indah. Terus aku snap.
Gambar 2 pot sama tapi betul-betul dari bawah pencawang tu. Hari lain-lain tu yang awan lain-lain.
Gambar 3 dan 4 ni sama cuma dari segi crop dan color splash. Waktu petang balik kerja jalan menuju taman connaunght. Asal jem je snap gambar, asal ada gambar je mesti tengah jem la tu. Ok la tunggu episod lain pulak nanti.

##korang tengok guna smartphone ya baru nampak real side effect dia. Kalau guna PC macam kureng je. Hehe..

Saturday, January 4, 2014

Aku & S2 Part 16 :: Pokok dan Ranting

Dah lama tak update koleksi Aku & S2. Gambar yang berpaksikan instagram dan editor app yang lain. Part 16 ni aku up gambar yang bertemakan pokok dan ranting kayu. Kebanyakkan gambar yang di ambil ni pokoknya hampir mati atau keguguran daun. Gambar ni bukan baru pun dah lama dalam instagram tapi baru nak masuk blog. Jom lihat koleksi gambar di bawah. Gambar dah tak terang sangat banyak sangat crop.
Bermain dengan colour splash dan editing color. Ranting-ranting pokok yang original.
Ketika akhir subuh dan matahari belum terbit. Masa ni on the way pergi kerja, jalan jem sempat snap satu pic.
Suasana mendung waktu tengahari. Tapi bila main dengan color dan effect maka nampaknya seperti waktu senja.
Pokok ni mungkin dah berusia. Lokasi sekitar Dungun, Terengganu. Rumah sebelah tu kedai makan sebenarya. Jual nasi dagang.. Yumm..

Gambar di bawah merupakan gambar yang aku suka skali. Nampak berbeza tapi pokok yang sama. Ranting-ranting yang sama. Gambar ni bila aku hitam putihkan, ia seolah-olah menceritakan sesuatu. Macam ada satu emosi tapi aku tak dapat nak translatekan.
Yang ni gambar aku crop dari gambar atas dan aku rotatekan 180 darjah. Macam real je kan. Ini saja gambar ranting aku buat masa ni. Akan menyusul lagi gambar-gambar lain nanti dalam part seterusnya.

Nak tengok lagi koleksi-koleksi dan tips boleh klik pada tab Aku & S2 di atas atau klik terus di SINI

Thursday, March 14, 2013

Kenapa aku ketagih INSTAGRAM

Dulu aku meroyan dengan Facebook, lepas tu aku giler kat twitter, pastu aku sibuk berblogging dan sekarang aku ketagih berInstagram. Kalau dulu facebook aku bertani rekod sampai level 88, poker sampai pokai,  twitter leh tweet ikut suka je, nak tengok tv pun tweet, dengar lagu pun tweet. Pastu aku sibuk blogging, nak tambah follower lah, nak tambah pageview, kejar nuffnang la bagai yang sekarang tengah stuck rm6.00 tak naik-naik wakakkkaaa.. Sekarang aku ketagih Instagram. Tangkap gambar sana sini atas bawah depan belakang, kemera phone je pong.. Ada aku kesah.. Kenapa?
 Featuring by ILOVEMALAYSIA

 Featuring by GF_MALAYSIA

 Featuring by GALERIKITE

 Featuring by ZJ WEEKLY TOP 4 FOLLOWER

 Featuring by GF_MALAYSIA DIGI #BUDDYZNEVER

 Featuring by GF_MALAYSIA

 Featuring by WOW_PHOTOZ

 Featuring by HDRSUPREME

 Featuring by IGERMY (IGER MALAYSIA)

Featuring by PHOTOCOMMUNITY
So dah faham kan. Sikit je pun. Memang ketagih betul rasanya kalau gambar terpilih dalam featuring dorang ni. Takde hadiah pun tapi nikmat tu hanya aku je tau. Tapi aku ada juga join contest tapi tak menang. Takpe la takde rezeki lagi. Aku akan cuba lagi. Instagram ni satu Dunia boleh tengok gambar kita.

Jom kalau nak tengok gambar kat galeri aku. Korang GOOGLE.. instragram @red_scarz