Showing posts with label samsung s2. Show all posts
Showing posts with label samsung s2. Show all posts

Wednesday, February 5, 2014

Aku & S2 Part 19 | Main dengan HDR

Sesaja tangkap gambar, pastu aku edit-edit + belek-belek + tacap-tacap guna Snapseed & Instagram. Maka ini lah hasilnya....
Before
 After
 

Before
After
Lokasi: Kuala Kangsar Perak

Monday, January 6, 2014

Aku & S2 Part 18 | Gambar-gambar Featuring Aku

Kepuasan aku bermain instagram apabila aku join group-group IG yang buat daily theme challenge. Setiap hari ada theme yang berlainan. Semua yang join akan post gambar dengan #hastaq daily theme. Masing-masing berusaha menghasilkan gambar terbaik untuk dinilai dan dipilih oleh admin-admin IG. Gambar yang terpilih akan difeaturingkan. Walaupun tiada hadiah ditawarkan tapi aku tetap dapat kepuasan. Bersaing itu bagus untuk memajukan diri, mengasah teknik-teknik dan skill. Kalau gambar terpilih dalam featuring lagi la terasa kenikmatannya. Antara sambungan gambar featuring aku.
Featuring by Galerikite
Gambar dari atas salah satu hotel di Kuantan, apa ntah nama hotel lupa la.
Featuring by ig_satumalaysia
Tugu negara Kuala Lumpur
Featuring by hdrsupreme (animal)
Parrot, Zoo Melaka
Featuring by gf_malaysia (bridge)
Jambatan di Putrajaya (dekat Pullman)

Oklah ini saja buat masa ni. Ada lagi gambar gambar nanti akan aku upkan lagi. 
More featuring klik sini

Sunday, January 5, 2014

Aku & S2 Part 17 | Pencawang Elektrik

Pencawang elektrik pun jadi. Aku masa ni tak kira apa dah pic aku ambik. Menjiwa betul-betul setiap benda yang ada di sekeliling. Alert. Apa aku merepek ni. Koh3..Gambar di atas aku ambik time nak pergi kerja jalan jem. Jalan Loke Yew tau la pepagi stress. Time jem la mata nak tengok merata. Terpandang akan awan yang sungguh indah. Terus aku snap.
Gambar 2 pot sama tapi betul-betul dari bawah pencawang tu. Hari lain-lain tu yang awan lain-lain.
Gambar 3 dan 4 ni sama cuma dari segi crop dan color splash. Waktu petang balik kerja jalan menuju taman connaunght. Asal jem je snap gambar, asal ada gambar je mesti tengah jem la tu. Ok la tunggu episod lain pulak nanti.

##korang tengok guna smartphone ya baru nampak real side effect dia. Kalau guna PC macam kureng je. Hehe..

Saturday, January 4, 2014

Aku & S2 Part 16 :: Pokok dan Ranting

Dah lama tak update koleksi Aku & S2. Gambar yang berpaksikan instagram dan editor app yang lain. Part 16 ni aku up gambar yang bertemakan pokok dan ranting kayu. Kebanyakkan gambar yang di ambil ni pokoknya hampir mati atau keguguran daun. Gambar ni bukan baru pun dah lama dalam instagram tapi baru nak masuk blog. Jom lihat koleksi gambar di bawah. Gambar dah tak terang sangat banyak sangat crop.
Bermain dengan colour splash dan editing color. Ranting-ranting pokok yang original.
Ketika akhir subuh dan matahari belum terbit. Masa ni on the way pergi kerja, jalan jem sempat snap satu pic.
Suasana mendung waktu tengahari. Tapi bila main dengan color dan effect maka nampaknya seperti waktu senja.
Pokok ni mungkin dah berusia. Lokasi sekitar Dungun, Terengganu. Rumah sebelah tu kedai makan sebenarya. Jual nasi dagang.. Yumm..

Gambar di bawah merupakan gambar yang aku suka skali. Nampak berbeza tapi pokok yang sama. Ranting-ranting yang sama. Gambar ni bila aku hitam putihkan, ia seolah-olah menceritakan sesuatu. Macam ada satu emosi tapi aku tak dapat nak translatekan.
Yang ni gambar aku crop dari gambar atas dan aku rotatekan 180 darjah. Macam real je kan. Ini saja gambar ranting aku buat masa ni. Akan menyusul lagi gambar-gambar lain nanti dalam part seterusnya.

Nak tengok lagi koleksi-koleksi dan tips boleh klik pada tab Aku & S2 di atas atau klik terus di SINI

Wednesday, January 23, 2013

Tuesday, January 22, 2013

Layan internet dengan USB Tethering Smartphone (Modem)

Line broadband kena bar? Line internet rumah kena bar? Takde wifi ? Terlupa bayar bil, or buat buat lupa keh3.. (gelak jahat) Jangan risau masih ada banyak lagi cara nak melayari internet kat PC or Laptop. Ini salah satu cara untuk pengguna Samsung S2 dan samsung-samsung sewaktu dengannya kot** tetiba ada kot kot kan. Teknik mudah iaitu Teknik USB tethering.

Lihat langkah-langkah dibawah:-
1. Pastikan data plan ada kalau takda anda bukan pembaca yang kami cari. boleh usha entri lain ya.
2. Pastikan data plan tak kena bar-kalau kena bar jugak pi cc la, bayar rm1 dok sejam.
3. USB cable kena ada? takde usb ang pi ambik tali lembu sumbat kat hidung ang.
4. Semua dah cun, cucuk usb kat usb port(Smartphone ke CPU or laptop)
5. korang gi kat smarphone korang pilih SETTING -> WIRELESS AND NETWORKS
->TETHERING AND PORTABLE HOTSPOT->USB TETTHERING (sila tick) harap maklum kalau USB tak connected maka korang takleh nak tick. Sila pastikan usb connected. Dah tick tunggu sekejap dia nak connecting...loading 2%..99%.. pastu timbul perkataan ni [tethered] haa maka suksess la proses tu.

6. buka browsers mozilla, ie or chrome try browse tengok.. kalau tak keluar jugak ulang langkah 1. Kalau tak keluar jugak sila ulang sampai korang stress. Kalau dah stress tak boleh jugak sila bayar bil anda. Sekian terima kasih.
Selamat mencuba.

Tuesday, January 15, 2013

Aku & S2 Part 14 :: Sepetang di Pullman Putrajaya

Jalan-jalan makan angin di sekitar pullman, Taman Seri Empangan, Putrajaya. Jambatan Seri Gemilang, Bangunan KPKT, KPWKM. Sungguh menawan hati.

Monday, December 3, 2012

Aku & S2 Part 8.1 :: Cityscape Continues


Ini gambar latest aku capture untuk cityscape. sambungan dari Aku & S2 Part 8 Gambar ni dari arah yang sama cuma perubahan cuaca dan waktu lain-lain. Update koleksi aku.
Waktu ni kira brunch time. Terang benderang la. Nice awan-awan berarak.
Waktu ni petang + waktu nak hujan. Warna oren kat bangunan tu pancaran cahaya matahari yang hampir nak terbenam. Sungguh menawan kalbu pada pandangan mata sebenar.

Aku & S2 Part 12 :: #ilovemalaysia

Instagram, sapa tak kenal instagram? Most everyone know instagram nowadays. So Aku & S2 nak share sikit berkaitan dengan tajuk #ilovemalaysia (hashtag ilovemalaysia) ni. Sebenarnya aku terkejut dengan notification dari @ilovemalaysia (instagram official i love malaysia) kerana tag pic salah satu pic aku. Wow teruja pulak rasanya, terasa nikmat sekali. Ada combination dari 4 gambar 4 orang terpilih. Aku punya yang gambar stadium. Boleh refer gambar di bawah ni aku dah skrinshot.


 
Gambar terpilih #ilovemalaysia
Gambar ni yang aku ambil masa game Malaysia lawan Indonesia semalam. Tak sia-sia aku "mengangle" je kat stadium.

Apapun jom usha koleksi aku dalam instagram. Klik @red_scarz
Kalau sudi jom  follow skali.

Tuesday, November 27, 2012

Aku & S2 Part 11 :: Reflection

Gambar ni aku ambik masa pergi Masjid Negara baru ni. Sebelum ni aku masuk ikut pintu yang sebelah tanglin tu, kali ni aku saja nak pergi jenjalan ke arah KTM tu, kot-kot ada image yang nak di tangkap. Aku jenjalan ikut tepi kolam ni sampai hujung nak naik tangga tu aku terpandang reflection(pantulan) menara daya bumi dari dalam kolam. Cun beb..  Apa lagi aku terus snap.. Ini hasilnya.
Just a small idea from me
Aku harap-harap ada antara gambar aku nanti boleh dijadikan contoh. Arghh perasan betul la. Bukan contoh apa pun, sebagai idea. Kot-kot la terpandang gambar-gambar ni, owh nak try la ambik gambar cam ni ke, cam tu ker. Tak semestinya gambar sama, tapi idea yang sama. Alah internet banyak sumber, pilih je nak macam mana kan. Kalau memang kaki shoot memang slalu la menggoole tp yang jarang2 ni. Tetiba Blogwalking sini terus berkenan ker. Kan.. 

Monday, November 26, 2012

Aku & S2 Part 10 :: KLCC

Minggu lepas, tengahari buta aku ke KLCC semata-mata nak shoot bangunan ni. Dengan camera phone je pun aku pulun kan. Wat malu je tangkap pakai camera phone. Aku peduli apa, aku nak mantapkan komposisi, framing aku, angle aku. Tangkap gambar pakai app instagram tak muat satu bangunan. Kalau tangkap sampai baring-baring pun belum masuk penuh lagi. Bukan DSLR ada wide lens ker. Ala gambar ni semua orang leh tangkap. Mungkin nikmat lain-lain. Kepuasan lain-lain.
Angle dari bawah. 
Aku ilhamkan gambar-gambar ni dalam blog untuk koleksi-koleksi aku. Boleh aku tengok progress KPI aku. Kalau korang rajin tinggalkan rating dan komen korang untuk aku mantapkan lagi. 

Sila Rate gambar ini berskala 1-10 serta komen. Terima kasih.

Thursday, November 15, 2012

Aku & S2 Part 9 :: Pantai Klebang

Tidak sah kiranya kalau pergi tempat orang tanpa bawa balik sebarang buah tangan. Aku & S2 Part 9 ke Pantai Klebang Melaka bawa balik sikit ole-ole. Jadi la untuk santapan mata. 
Scenery sebelum sunset. Sekitar jalan tepi pantai Klebang. Masa ni dah nak balik dah, sebab hujan renyai-renyai. Mata dok melilau tengok alam, sampai tang kona tu nampak cam besh je scenery tu. Aku turun kejap, renyai pun renyai lah. Ini lah yang sempat dirakamkan. Snap ke arah matahari membuatkan gambar nampak gelap. Tapi takpe kita modified la skit-skit kan.

Haa, yang ni arah aku membelakangi matahari, so pemandangan depan aku cerah lah. Bot-bot di persisiran pantai nampak clear. Baru nak seronok ambik gambar hujan makin mencemburui aku. Lariiii..  masuk dalam keter..

Friday, November 9, 2012

Aku & S2 Part 8 :: Cityscape

Aku & S2 ke bandar metrapolitan, Kuala Lumpur. Tak ke bandar sangat la pun, scenery ni ambik dari opis aku je(tingkat 14). Boleh kata tiap-tiap hari gak menghadap bangunan-bangunan ni. Scenery ni bukan hari yang sama, lain lain. Boleh kata, memory S2 aku ni penuh dengan gambar je.
Yang ni hari sama, beza pilihan mode je.
Hari yang lain, scenery lepas hujan rasanya. Agak berkabus sikit.
Yang ni (pic first atas ni) nampak lebih menarik dengan kepulan awan yang tebal. Macam canopi F1 pun ada.. Tiangnya menara KL tu. Ok lah, layannn.....

Aku & S2 Part 7 :: Pantai | Beach

Sambungan dari Aku & S2 Part 6, scenery penduduk setempat. Gambar nelayan menolak bot ke laut. Berat tu, sampai 3 orang tolak. Difahamkan pantai ni tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda atau berenang kerana pantai bukan mendatar, tebing-tebing terus dalam. Macam mana nak explain, korang tau kan. Memang bahaya, tengok la ombak tu bergelora, sangat menyeramkan. Tetapi bukan kepada nelayan-nelayan ini.
Mode instagram yang diubah-ubah mengikut pilihan masing-masing. Korang tau la kan instagram ni gambar banyak 4 segi je. Kalau nak lagi cantik boleh edit guna software lain..
Kelibat nelayan merempuh ombak yang bergelora, tenang saja dorang ni. Dah rutin dah, tempat mencari rezeki dah sebati dah. 
Lihat gambar ni, telatah ibu dan anak bersahaja duduk tepi pantai setelah menemani suami berangkat ke laut. Pasti kepulangan mereka dinanti-nantikan.
 
Yang ni aku tak sure ape. Mungkin penggunaannya sama seperti kereta sorong. Untuk membawa enjin bot agaknya. Enjin bot kan berat so dorang guna benda ni. Bagi aku, ia nampak menarik untuk kegunaan multipurpose.

Masa tidak mengizinkan untuk lebih lama di pantai ni. Takpe la lain kali lain hari kita pergi lagi. Banyak lagi pantai di Malaysia ni.