(on slang perak)Rasa-rasanyer
mekome pernah tak dengar nama Victoria Bridge? Tak pernah! Victoria Adams?
Victoria Beckham? Ha, itu mekome kenal sangat la kan. Retis kenal aje.
Okeh mari sini nak kabo kat mekome apa dia Victoria Bridge. Victoria
Bridge ni ialah
sebuah jambatan landasan keretapi. Kat mana? Jambatan ni dok ada kat Seberang
Karai, Padang Rengas, Perak. Lebih kurang 10km dari Bandar Kuala Kangsar.
Jambatan ini deme beri nama sempena nama Queen
Victoria nun
orang British dulu-dulu. Usia jambatan ni pun dah lebih 1 abad.(off-slang perak)
Oleh kerana ia
adalah part of sejarah dan Khazanah Warisan Negara, Railway
Tourism Association Malaysia (RTAM) mengambil inisiatif dengan menganjurkan
satu acara ‘Program Pelancongan - 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean’ bertempat
di Victoria Bridge, Seberang Karai, Padang Rengas, Perak. Bertujuan memulihara
dan memelihara kawasan persekitaran tempat bersejarah ini. Bahkan ‘Victoria
Bridge’ mampu menjadi destinasi terbaru tempat pelancongan bersejarah
di Kuala Kangsar malah di Malaysia. Selain dari itu, penganjuran
dibuat bagi menghalang mana-mana pihak yang berniat untuk meroboh dan
memusnahkan struktur jambatan tersebut yang mempunyai nilai sejarah yang tidak
ternilai kepada Negara seterusnya menjadi salah satu ikon terbaru pelancongan
Negara terutamanya kepada negeri Perak.


" ...dibina sekitar
tahun 1897 hingga 1900 oleh pihak berkuasa Keretapi Negeri Perak, Jambatan
Victoria adalah sebuah jambatan kereta api tunggal yang melintasi Sungai Perak
di Karai dan merupakan salah satu jambatan kereta api tertua di Malaysia. Ia
terletak kira-kira 4 km dari Jambatan Iskandar. Ia telah dibuka
pada 21 Mac 1900 oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah pada satu
majlis yang turut dihadiri oleh Sir Frank Swettenham, Residen-Jeneral untuk
FMS, dan Sir John Pickersgill Rodger, yang bertindak Residen British Perak.
Pembukaan istiadat jambatan terdiri membuka sebuah bar menyeberangi portal
dengan kunci perak"
Program Pelancongan - 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean telah ddisempurnakan oleh Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB
Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz. Turut disaksikan oleh Pn
Khadijah Abd Rahman, Pengerusi Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)
Beberapa das meriam dibunyikan sempena perasmian pelancaran program ini. Dinyalakan sendiri oleh penduduk kampung. Takde peluru pun tapi bunyi mak aiihhh
KeBaBOOOMMM!!!!
Sekitar majlis pelancaran. Sungguh meriah.
Rasanya mereka ni otai-otai ni, petugas-petugas yang terlibat dengan keretapi lama. Kalau tak berphoto dengan dorang ni memamng rugi la..
sangat RARE! . Puan Khadijah tidak lepaskan peluang berphoto dengan mereka.
Haa, bagai VVIP!! Blogger, media dan pelancong luar negara disambut meriah oleh penduduk-penduduk kampung. Makan lagi.. Makanan tradisional sememangnya power.
Last but not least, Victoria Bridge bukan setakat tempat lawatan je, bagi korang nak buat photoshoot kat sini memang terbaik beb.
..........seimbas lalu........................................
Kalau bukan kerana
Victoria
Bridge tidaklah aku terperasan banyaknya tempat dalam Malaysia ni yang bersempana nama Victoria ni. Korang tengok ya...
Victoria Street, Penang
Queen Victoria Jubilee Clock Tower, Georgetown Penang
Victoria Institution, Kuala Lumpur
Victoria Fountain, Dataran Merdeka
Victoria Memorial Fountain, Melaka
Victoria Road, Nibong Tebal
Sumber-sumber dari internet. Kalau destinasi telah diiktiraf, memang wajar Victoria Bridge juga diiktiraf sebagai salah satu
Tapak Warisan Negara. Terima kasih RTAM memberi peluang menjadikan kami blogger sebagai perantara penyampai maklumat.