Monday, January 27, 2014

VICTORIA BRIDGE KUALA KANGSAR | TAPAK WARISAN NEGARA

(on slang perak)Rasa-rasanyer mekome pernah tak dengar nama Victoria Bridge? Tak pernah! Victoria Adams? Victoria Beckham? Ha, itu mekome kenal sangat la kan. Retis kenal aje. Okeh mari sini nak kabo kat mekome apa dia Victoria BridgeVictoria Bridge ni ialah sebuah jambatan landasan keretapi. Kat mana? Jambatan ni dok ada kat Seberang Karai, Padang Rengas, Perak. Lebih kurang 10km dari Bandar Kuala Kangsar. Jambatan ini deme beri nama sempena nama Queen Victoria nun orang British dulu-dulu. Usia jambatan ni pun dah lebih 1 abad.(off-slang perak)
Oleh kerana ia adalah part of sejarah dan Khazanah Warisan Negara, Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) mengambil inisiatif dengan menganjurkan satu acara ‘Program Pelancongan - 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean’ bertempat di Victoria Bridge, Seberang Karai, Padang Rengas, Perak. Bertujuan memulihara dan memelihara kawasan persekitaran tempat bersejarah ini. Bahkan Victoria Bridgemampu menjadi destinasi terbaru tempat pelancongan bersejarah di Kuala Kangsar malah di Malaysia. Selain dari itu, penganjuran dibuat bagi menghalang mana-mana pihak yang berniat untuk meroboh dan memusnahkan struktur jambatan tersebut yang mempunyai nilai sejarah yang tidak ternilai kepada Negara seterusnya menjadi salah satu ikon terbaru pelancongan Negara terutamanya kepada negeri Perak.
 " ...dibina sekitar tahun 1897 hingga 1900 oleh pihak berkuasa Keretapi Negeri Perak, Jambatan Victoria adalah sebuah jambatan kereta api tunggal yang melintasi Sungai Perak di Karai dan merupakan salah satu jambatan kereta api tertua di Malaysia. Ia terletak kira-kira 4 km dari Jambatan Iskandar. Ia telah dibuka pada 21 Mac 1900 oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah pada satu majlis yang turut dihadiri oleh Sir Frank Swettenham, Residen-Jeneral untuk FMS, dan Sir John Pickersgill Rodger, yang bertindak Residen British Perak. Pembukaan istiadat jambatan terdiri membuka sebuah bar menyeberangi portal dengan kunci perak" 
Program Pelancongan - 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean telah ddisempurnakan oleh Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz. Turut disaksikan oleh Pn Khadijah Abd Rahman, Pengerusi Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)
Beberapa das meriam dibunyikan sempena perasmian pelancaran program ini. Dinyalakan sendiri oleh penduduk kampung. Takde peluru pun tapi bunyi mak aiihhh KeBaBOOOMMM!!!!

Sekitar majlis pelancaran. Sungguh meriah.

Rasanya mereka ni otai-otai ni, petugas-petugas yang terlibat dengan keretapi lama. Kalau tak berphoto dengan dorang ni memamng rugi la.. sangat RARE! . Puan Khadijah tidak lepaskan peluang berphoto dengan mereka.

Haa, bagai VVIP!! Blogger, media dan pelancong luar negara disambut meriah oleh penduduk-penduduk kampung. Makan lagi.. Makanan tradisional sememangnya power.
Last but not least, Victoria Bridge bukan setakat tempat lawatan je, bagi korang nak buat photoshoot kat sini memang terbaik beb.


 ..........seimbas lalu........................................

Kalau bukan kerana Victoria Bridge tidaklah aku terperasan banyaknya tempat dalam Malaysia ni yang bersempana nama Victoria ni. Korang tengok ya...

Victoria Street, Penang 
 
Queen Victoria Jubilee Clock Tower, Georgetown Penang 
 
Victoria Institution, Kuala Lumpur
Victoria Fountain, Dataran Merdeka
Victoria Memorial Fountain, Melaka
Victoria Road, Nibong Tebal

Sumber-sumber dari internet. Kalau destinasi telah diiktiraf, memang wajar Victoria Bridge juga diiktiraf sebagai salah satu Tapak Warisan Negara. Terima kasih RTAM memberi peluang menjadikan kami blogger sebagai perantara penyampai maklumat.

4 comments:

  1. bile la dpt g sini lg utk photoshoot... mmg cantek tmpt ni..

    ReplyDelete
  2. memang best pengalaman dilayan seperti vvip ni kan!

    ReplyDelete
  3. terasa kesedapan makanan tradisional kat sana.. hehehe.. :P

    http://www.norainyusoff.com/2014/02/victoria-bridge-salah-satu-khazanah.html

    ReplyDelete