Monday, January 20, 2014

Afghan Kebab | Nan Kebab di Cheras

Kedai makan Arab bersahaja tepi jalan tapi Melethopp!! Afghan Kebab namanya. Signboard takde, aku tanya sendiri Tauke kedai nama apa. Lokasi kedai terletak di Batu 10, Cheras. Kalau dari Balai Polis Batu 9 selepas sekolah Agama Menengah Batu 10 (S.A.M) sederetan. Aku banyak kali dah lalu kedai ni tapi tak pernah singgah. Tengok memang ramai pak arab kat kedai tu. Dua hari lepas adik ipar aku ajak gi makan kebab kat situ. Katanya sedap. So kami sekeluarga pergi la try.
Ni tukang uli tepung..Main uli uli je. Comel-comel roti di buat. Siap possing lagi pak arab ni. Brapa biji agaknya dia buat semalam.
Haa, yang ni tukang bakar kebab. Kalau tak mahir ni boleh hangus kebab. Kuali punya besar.
Antara pengunjung kedai di sini. Mostly orang dia la. Middle East. Badan besar ko..

Haa, ni la dia. Roti Nan + Kebab.. Apa macam? Mau try? Sedappp.. Btw, ada lagi makanan sampingan kat sini. Ada kima daging, ayam, yogurt lassi makan dengan roti nan. Masa pergi ni dah banyak lauk abis.

Kenyang bak ang, jenuh nak abiskan sekeping. Harga makanan kat sini memang berpatutan.

Roti Nan sekeping RM1.50
Kebab RM3.00
Kima ikut saiz pinggan RM3-5
1 jug ais kosong atas meja-free rasanya.

Waktu operasi pukul 4.00 petang sampai 12 tengah malam.

9 comments:

  1. mmg sedap!! dari p mamak baik mkn kt sini.

    ReplyDelete
  2. Coordinate pls... aku kesian kat member Afghan sorang ni... monyok jer tak makan makanan dia dah setahun

    ReplyDelete
  3. Ok.. deal... hari ni gak nak torai...

    ReplyDelete
  4. dah g makan sini... terbaek...

    ReplyDelete
  5. Ni pakistan atau afghan bkn arab

    ReplyDelete