Monday, April 11, 2016

Star Wars Days MAY 2016 di LEGOLAND® Malaysia Resort

Bulan May ni bakal menyaksikan himpunan dan perarakan peminat-peminat Star Wars seluruh Malaysia dan luar negara di LEGOLAND® Malaysia Resort. Sempena sambutan Star Wars Days, LEGOLAND® Malaysia Resort bakal menambah satu lagi daya tarikan di Star Wars Miniland Legoland. Macam tahun-tahun sebelum ni, LEGOLAND® Malaysia Resort akan membuat kelainan dalam taman temanya supaya kelihatan sentiasa segar dan tak jemu kalau nak datang berulang-ulang ke sini.
Master Your Force Together
Antara yang bakal menarik perhatian May nanti, sebuah kapal angkasa Star Wars Millenium Falcon yang terbesar akan dibina dengan menggunakan hampir 200,000 bongkah lego. Wow besar mana agaknya tu. 200,000 bongkah lego tu, aku baru pasang tak sampai 1k pun dah pening haha. Apapun, semua ni bakal menjadi kenyataan May ni nanti. Ini merupakan hasil kerjasama The LEGO® Group dan LEGOLAND® Malaysia Resort. Diimport skali dengan pasukan pemasangan Master Lego, Daniel Steininger dan Christopher Steininger. Dua beranak ni bakal membina kapal angkasa ini nanti bermula 30 April hingga 2 May 2016. Dua biji TIE Fighter jugak akan dibina.. 
Star Wars Millenium Falcon (bukan yang terbesar ni)
Dalam Sidang media baru-baru ni, LEGOLAND® Malaysia Resort juga telah mengatur pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung-pengunjung antaranya pertandingan merekacipta "Lego Star Wars Starship"  mengikut kreativiti masing-masing. Pertandingan ni mula 21 April 2016 sehingga 8 May 2016. Masa ni lah nak tunjuk kehebatan pasangan ibu bapa dan anak untuk rekacipta starship ni. Nak join mudah je, reka starship, ambik gambar dan post dalam Facebook LEGOLAND® Malaysia Resort dengan hastag #MasterYourForce” & “#LEGOStarWarsDays . 10 pemenang akan dipilih dan hadiah akan disampaikan pada 14 May 2016 nanti.
Dan yang paling best kanak-kanak yang pakai costume Star Wars pada 7-8 may akan masuk ke theme park secara percuma.. Wow ! Menarik menarik ! Tunggu apa lagi, lock kalendar korang cepat..

Di bawah ni antara model-model lain yang jugak akan dibina di LEGOLAND® Malaysia Resort.
Lego-lego baru semuanya dari siri Star Wars "The Force Awaken". Tak sabar nak tengok dah siap pasang nanti. Jom beramai-ramai ke LEGOLAND® Malaysia Resort may nanti. Untuk maklumat lanjut boleh semak info di www.legoland.com.my atau klik Lego Star Wars Days

"May the Force be with you"
Boleh baca link aku pergi sana dulu. [Star Wars Miniland]

Thursday, April 7, 2016

Resepi Kari Sardin dengan Rempah Tanjong

Atas permintaan ramai, aku tunaikan la jugak !

Baru-baru ni dok bersembang pasal makan dengan member-member whatapps. Aku buka la topik Kari Sardin (Ikan sardin dalam tin, bukan ikan sardin fresh dari pasar tu). 2,3 orang wat icon muka blur. Haha tak pernah dengar kari sardin. Lor aku ingatkan dorang ni biasa makan. Terus minta resepi kat aku. Okeh la aku kongsi la, walaupun wife aku yang biasa masakkan. Yalah, kadang-kadang dah jemu dengan menu-menu harian ni, tukar la pulak dengan kelainan sikit. Kali ni aku pulak yang masak. Serius !


Resepi Kari Sardin dengan Rempah Tanjong Kari Ikan
Bahan-bahannya..
1 Tin Sardin 
4 ulas ulas bawang putih potong besar (kupas kulit jangan ditumbuk)*
2 biji bawang merah (saiz ikut suka) dihiris tebal*
5 biji cili ikut suka
1/2 paket kecik rempah kari ikan (rempah Tanjong) sebab masak untuk 1 tin sardin. Masukkan air dan kacau. Jangan terlalu pekat dan tak terlalu cair. *
1 biji kentang potong kecik*
Air perahan asam jawa (nak letak boleh tak letak pun boleh)
*rujuk gambar bawah

Cara memasaknya pulak... 


Mula-mula panaskan kuali, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, merah, cili. 
Minyak lebih sikit pasal nak masukkan rempah kari ni nanti. Tak perlu tunggu sampai bawang tu kekuning-kuningan, kacau kejap je, terus masukkan rempah kari, kacau sehingga pecah minyak. Dah pecah minyak, perghhh harum semerbak wangi kari tanjong telah menyelubungi dapur ! Then baru masukkan sardin. Kacau-kacau sama rata. 

Dah kacau-kacau sardin, aku masukkan air perahan asam jawa lebih kurang 1 setengah cawan. Tak perlu pekat sangat, sedang-sedang saja. Kemudian masukkan garam secukup rasa. SIAP !!
Tadaaa inilah dia hasilnya... Kari Sardin dengan Rempah Tanjong Kari Ikan. Apa macam kawan? Nampak sedap ke tak?  Dapat pujian lak tu dari wife. Wife kata 'lulus'. Haha.. Maka dengan itu bertambah-tambah la nasi. Grrr.. Boleh tahan sedap rempah Tanjong ni ! Kalau tak kerana rempah karinya pun tak jadi gak. 

Rempah Tanjong ada banyak lagi serbuk lain selain kari ikan. Ada serbuk kunyit, serbuk kurma dan serbuk kari daging. Nanti-nanti masak lain pulak. 

Sedikit info tentang Rempah Tanjong ni. Dulu rempah ni dikenali sebagai PELADANG, kini telah berwajah baru dan dikomersialkan dengan branding rempah TANJONG. Kalau zaman mak kita dulu-dulu mesti dorang ingat jenama PELADANG ni. Patut la dulu-dulu sedap je masakan mak.

Bersempena pameran Malaysia International Halal Shocase (MIHAS) di KLCC baru-baru ni. Chef pun guna serbuk rempah Tanjong. Terbaek !
Oh ya, dengar kata Rempah Tanjong akan ke udara di TV1 setiap hari Ahad dalam segmen niaga. Boleh la tengok nanti, mana tau ada resepi mudah. Boleh bantu wife di dapur nanti. Hehe..


Kalau korang nak cuba rempah Tanjong ni boleh cari kat Mydin atau D'Mart. Kalau yang kaki dapur tu, pasti terasa kelainannya. Mana tau try sekali, tiba-tiba terasa macam masakan mak! Fuhh, boleh mengamit jiwa. 

Akhir kata, selamat mencuba resepi aku share ni ! Kalau sedap cakap sedap. Kalau tak sedap korang tak pandai masak. Hahha.. gurau je*
Good luck !

Wednesday, April 6, 2016

Western Food Murah di Malindo's Steak Haus Ampang

Sekali tengok dah macam Pirate of the Caribbean, dua kali tengok rupanya Steak Haus... Heheh gurau je, pembuka bicara katakan. Sebenarnya aku baru first time datang ke Malindo's Steak Haus ni. Rupanya Steak haus ni baru saja beroperasi di sini. Baru sangat restoran ni. Lokasinya terletak di Taman Nirwana Ampang. Kalau yang biasa pergi ke Kompleks Muhibbah Ampang, dah dekat dah tu. Teringat pulak pernah berniaga kat taman ni dulu. Kalau nak landmark paling senang (belakang Restoran Menate)
Malindo's Steak Haus, Taman Nirwarna Ampang
Wahh, mampak tak, deko-deko dah macam tema lanun kan.. So betul lah tekaan aku tadi. Pirate of the Caribbean. Menarik, ala-ala hipster gitu ! 

Dengar kata Malindo's Steak Haus ni hidangkan western food "cheapest in town" Benar kah? Mari kita siasat dulu. Haha.. Aku jadi detektif penyiasat makanan pulak. Jeng jeng jeng ..  hasil dari siasatan aku dapati tiada menu yang harganya lebih dari RM20 ! Murahhhhhhnya! Perghh steak semua jenis bawah RM20 je. Nak merasa Sirloin, T-Bone, Spare Rib, Rib Steak ? AUmmmm..

Muka ada sunyummm !
Steak | Spare Rib - RM19.90
Terjah Spare Rib (tulang rusuk) dulu. Fuhh, bergetar rusukku makan steak ni haha. Yang suka isi-isi daging kat bahagian tulang, boleh prefer spare rib. Kuah dia marbelles... 
Sirlion Steak  - RM17.90
Steak | T-Bone - RM19.90
Steak Combo - RM18.90
Kombinasi lamb, steak dan udang. Perghh marbelles..
Lamb Chop - RM16.90
Chicken Chop - RM8.90
Meatball Spaghetti - RM10.90
Aneka minuman semuanya bawah RM4. Harga fresh fruit pun RM4. Berbaloi-baloi.. Selalunya kalau pergi western food, harga minuman macam mahal je. 

Tak caya ? Usha menu-menu kat bawah ni. Pastu cari ada tak jumpa menu makanan harga RM20 ke atas ? Haha.. 
Antara customer yang datang ke Malindo's Steak Haus. Masa ambik gambar ni awal lagi. Malam tu makin ramai yang ke sini. Santai-santai dengan keluarga makan western food. Harga murah hati pun gembira haha.. Lepas ni boleh la nak makan steak kat sini lagi. Tak jauh pun dari Cheras.

Kalau nak tahu lanjut boleh tengok info kat bawah ni. 

Alamat: 
Malindo's Steak Haus
B3-10-G(Ground Floor), City Garden Commercial Centre
TAman Nirwana, 68100 Selangor
No Tel : 0162637769
Facebook : Malindo's Steak Haus 
Waktu operasi : 11 pagi - 1 pagi

Friday, April 1, 2016

Ben Ashaari Blog Pilihan Online APO 2016

MSTAR APO 2016 dah sampai ke pusingan kemuncak | Top 5 gitu ! Ben Ashaari antara blogger yang tercalon dalam Top 5 Blog Pilihan Online APO 2016. Fuhh cayalah bro.. Hebat-hebat !
Anugerah Pilihan Online (APO) 2016
Anugerah Pilihan Online (APO) 2016

Dah boleh start undi dah hari ni. Tempoh undian hampir sebulan, 1 April 2016 sehingga 27 April 2016. Sehari boleh undi sekali tapi kalau ada banyak akaun tu boleh undi banyak-banyak. Boleh login guna Facebook, Twitter dan Google+ 
Cepat-cepat, kita pakat undi Ben Ashaari di Kategori no 15 Blog Pilihan Online [KLIK SINI] Undi jangan tak undi. 

#APO2016
#AnugerahPilihanOnline

Cosmoderm