Monday, April 11, 2016

Star Wars Days MAY 2016 di LEGOLAND® Malaysia Resort

Bulan May ni bakal menyaksikan himpunan dan perarakan peminat-peminat Star Wars seluruh Malaysia dan luar negara di LEGOLAND® Malaysia Resort. Sempena sambutan Star Wars Days, LEGOLAND® Malaysia Resort bakal menambah satu lagi daya tarikan di Star Wars Miniland Legoland. Macam tahun-tahun sebelum ni, LEGOLAND® Malaysia Resort akan membuat kelainan dalam taman temanya supaya kelihatan sentiasa segar dan tak jemu kalau nak datang berulang-ulang ke sini.
Master Your Force Together
Antara yang bakal menarik perhatian May nanti, sebuah kapal angkasa Star Wars Millenium Falcon yang terbesar akan dibina dengan menggunakan hampir 200,000 bongkah lego. Wow besar mana agaknya tu. 200,000 bongkah lego tu, aku baru pasang tak sampai 1k pun dah pening haha. Apapun, semua ni bakal menjadi kenyataan May ni nanti. Ini merupakan hasil kerjasama The LEGO® Group dan LEGOLAND® Malaysia Resort. Diimport skali dengan pasukan pemasangan Master Lego, Daniel Steininger dan Christopher Steininger. Dua beranak ni bakal membina kapal angkasa ini nanti bermula 30 April hingga 2 May 2016. Dua biji TIE Fighter jugak akan dibina.. 
Star Wars Millenium Falcon (bukan yang terbesar ni)
Dalam Sidang media baru-baru ni, LEGOLAND® Malaysia Resort juga telah mengatur pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung-pengunjung antaranya pertandingan merekacipta "Lego Star Wars Starship"  mengikut kreativiti masing-masing. Pertandingan ni mula 21 April 2016 sehingga 8 May 2016. Masa ni lah nak tunjuk kehebatan pasangan ibu bapa dan anak untuk rekacipta starship ni. Nak join mudah je, reka starship, ambik gambar dan post dalam Facebook LEGOLAND® Malaysia Resort dengan hastag #MasterYourForce” & “#LEGOStarWarsDays . 10 pemenang akan dipilih dan hadiah akan disampaikan pada 14 May 2016 nanti.
Dan yang paling best kanak-kanak yang pakai costume Star Wars pada 7-8 may akan masuk ke theme park secara percuma.. Wow ! Menarik menarik ! Tunggu apa lagi, lock kalendar korang cepat..

Di bawah ni antara model-model lain yang jugak akan dibina di LEGOLAND® Malaysia Resort.
Lego-lego baru semuanya dari siri Star Wars "The Force Awaken". Tak sabar nak tengok dah siap pasang nanti. Jom beramai-ramai ke LEGOLAND® Malaysia Resort may nanti. Untuk maklumat lanjut boleh semak info di www.legoland.com.my atau klik Lego Star Wars Days

"May the Force be with you"
Boleh baca link aku pergi sana dulu. [Star Wars Miniland]

No comments:

Post a Comment