Thursday, April 28, 2016

Tournament Bowling KBBA9 | K.Roger's Butter Cookies

Kesibukkan blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari @ KBBA9 diteruskan lagi, bukan setakat sibuk berblogging, menulis, review je, kami juga bersukan, kami beriadah, kami gather-gather dan lagi dan lagi. Lepas aktiviti futsal, kali ni kami main Bowling pulak. Ini tournament ni bukan yang main-main punya... "Main bowling sambil makan Cookies" boleh gitu ? Haha, nampak tak, kami bukan sekadar blogger je. Apa apa pun boleh. Lokasi di Ampang Superbowl, Bangi Gateway.
Tournament Bowling KBBA9 | K.Roger's Butter Cookies
Fuhh rasa macam dah 2,3 tahun tak main bowling. Agak-agak boleh hayun lagi ke tak. Try je la, kalau masuk longkang tu stendet la. Kalau strike je luar biasa. Haha..
Antara geng-geng yang join tonomen. Ramai gak yang main, dan rupanya ramai gak yang teror main. Bagus-bagus aku suka, mana tau nanti boleh main wakil kelab. Serius meriah giler. Macam-macam ragam dorang ni termasuk aku la. Kami dibahagi kepada beberapa kumpulan.
Sohoque, Kechik, Lan Careno, Redscarz 
Ni group kami. Kumpulan KATAK. Amboi kemain possing. Semua badan sado sado tiba-tiba ada seorang kecik. Nama pun KECHIK.. Paling happening budak kechik ni la.. Asyik buat bola magic.. Hahaha.. Yang belakang aku ni Mera, interframe je. Bukan team aku... Tangan tu tangan lan careno bukan tangan mera... Suspen je.. Hehehe


Setiap orang kena main 3 round. Makaihh ! Boleh lenguh gini. Takpe main puas-puas. Bukan selalu dapat main ramai-ramai ni. Ni result group kami sepanjang  3 round. Aku ! Perghh power gak haha... DR tu aku la (Daus Redscarz)

Round 1
Round 2
Round 3 
Makin lama markah makin merudum ! Penat ke apa? Hahah.. Lawak betul la... 
Apapun aku tetap mendahului markah keseluruhan dalam group kami. Pencabar terdekat Lan Careno dan Sohoque takleh wat per. Terpaksa mengalah dengan aku. Hahaha.... 

Antara pemenang-pemenang bagi Tournament Bowling KBBA9 Edisi 2016


Kategori kumpulan 

Tempat Pertama - Kumpulan Panda


Kategori Individu Wanita
Tempat Pertama - Mas Saari


Kategori Individu Lelaki
Tempat Pertama
Macam tak caya je aku, budak Razi ni juara individu ! Grrr
Tempat Kedua - Papa Kluangman
Tempat Ketiga - Aznan

Tempat Keempat - Daus Redscarz
Eh-eh aku pun dapat. Hebat-hebat ! Sib baik penganjur tambah hadiah untuk tempat ke-4. Kikiki.. Kalau tak melepas la aku.. Alhamdulillah rezeki..
Group Photo Kelab Blogger Ben Ashaari | KBBA9
Terima kasih buat penaja kami hari tu, K.Roger's Butter Cookies Menaja main bowling sambil makan cookies. Semuanya sedap-sedap ! Kalau sapa teringin nak rasa Butter Cookies boleh roger atau check facebook K.Rogers Butter Cookies

Ada 4 flavor iaitu..
✔ Almond & Cocoa Chips
✔ Blueberry
✔ Raspberry & Almond Chips
✔ Cornflakes & Cereal



No comments:

Post a Comment