Saturday, November 1, 2014

Wang Kertas Untuk di Jual | Setiap orang ada minat tersendiri

Kepada peminat-peminat wang kertas, wang lama, atau apa apa yang berkaitan dengan wang kertas. Aku nak jual sikit koleksi aku yang ada. Mungkin ada jugak bukan dikalangan peminat bukan pengumpul tapi berminat wang kertas ni pun boleh membeli. Item-item dalam ni biasa-biasa saja, tapi kot-kot ada yang berminat boleh la ushar-ushar. Harga murah-murah je berbanding harga yang ditetapkan. Boleh PM/ Whatsapp kalau nak beli atau mahu bertanya lebih lanjut.  Nombor ada kat bawah.

Mungkin ada yang tak tau maksud condition tu.Tengok kat bawah ni. Dari yang terbaik UNC sampai ke kurang baik VG.

Uncirculated (UNC)
About Uncirculated (AU)
Extremely Fine (EF)
Very Fine (VF)
Fine (F)
Very Good (VG)

Ada banyak lagi dan setiap itu ada kriteria-kriterianya. Kena google sikit ya..

 Nilai : Seratus Ringgit Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don 
Cetakan oleh : Harrison & Son
Prefix : AN First Prefix
Condition:  Fine : Ada lubang kecil pada bulatan merah.
Harga: RM130 + Pos Ekspress 


Nilai : Seratus Ringgit Tan Sri Dato' Jaffar Hussein
Cetakan oleh : Thomas De La Rue
Prefix : AE
Condition:  VF : Ada tompok hitam kat bawah nombor.
Tiada lubang.
Harga: RM150 + Pos Ekspress



Nilai : Lima Ringgit Tan Sri Abdul Aziz Haji Taha
Cetakan oleh : Thomas De La Rue
Prefix : ND Last Prefix (Rare)
Condition:  VF- : Tiada Lubang atau koyak, versi cross flag
Harga: RM50 + Pos Ekspress 

Nilai : Lima Puluh Ringgit Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Sulaiman
Cetakan oleh : Giesecke & Devrient
Prefix : EB Last Prefix
Condition:  VF- : Tiada Lubang atau koyak, versi tandatangan di tengah.
Harga: RM80 + Pos Ekspress


Versi Album yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sebagai wang peringatan. Wang ni merupakan wang kertas Malaysia siri Baharu tahun 2012.



Wang Kertas Edaran Siri Ke Dua Belas (2012)
Set Album
Set: RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 & RM100 (Prefix nombor sama semuanya)
Kuantiti Keluaran BNM : 50,000
Prefix : AA002XXXX
Condition: UNC  
Kuantiti : 1
Harga: RM430



Wang Kertas Edaran Siri Ke Dua Belas (2012)
Set Album
Set: RM1 & RM5 (Prefix nombor sama semuanya)
Kuantiti Keluaran BNM : 200,000
Prefix : AA00XXXXX
Condition: UNC 
Kuantiti : 4 
Harga 1: RM30



Wang Kertas Edaran Siri Ke Dua Belas (2012)
Set Album No Sepadan
Set: RM20
Kuantiti Keluaran BNM : 200,000
Prefix : AA00XXXXX
Condition: UNC 
Kuantiti : 1
Harga 1: RM50


Kepada peminat nombor RADAR korang mungkin minat item dibawah. Radar bermaksud, nombor pada wang kertas jika dibaca dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri tetap sama susunannya. Contohnya 2234322. Nak dapat nombor radar ni tak susah dan tak senang. Tapi try tengok.. Check poket korang.. boleh jumpa tak?

Nilai : Lima Puluh Ringgit Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz
Cetakan oleh : De La Rue Currency International
Prefix : ES6654566 (R.A.D.A.R)
Condition:  VF++ : Tiada Lubang atau koyak
Harga: RM70 + Pos Ekspress



Nilai : Satu Ringgit Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz
Cetakan oleh : De La Rue Currency International
Prefix : AEY6465646 (R.A.D.A.R)
Condition:  VF++ : Tiada Lubang atau koyak
Harga: RM20 + Pos Ekspress

 
Versi RM10 yang tiada security line.

Nilai : Sepuluh Ringgit Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz
Cetakan oleh : De La Rue Currency International
Prefix : DJ
Condition:  VF- : Tiada Lubang atau koyak | Versi Tiada security line sebelah Agong.
Harga: RM20 + Pos Ekspress 

Jika ada yang berminat boleh PM/Whatsapp saya dinombor 0194565783. Harga boleh runding lagi.

Thursday, October 30, 2014

400000 Pageview tercapai !! | Wishlist tambahan


Alhamdulillah, dah capai 400,000 pageview sebelum berakhir tahun 2014. Target sampai hujung tahun ni tapi dah capai sebelum waktunya. Target tambahan pada 18 September 2014 hari. Tak sangka dalam masa sebulan lebih hit 150, 000 pageview. Perlukah aku tambah wishlist lagi? Nanti la aku fikirkan.
Peransang Untuk terus berblogging. Terima kasih yang menjadi penyumbang kepada trafik blog ni. Terima kasih jugak kepada yang meletakkan blog aku dalam bloglist korang. dan kepada #kelabbloggerbenashaari korang merupakan pendorong dan penyumbang utama. Memang kelab ni sangat banyak membantu bukan dari segi trafik saja, tapi banyak lagi teknik, atau tips yang dikongsikan dan dipelajari. Terima kasih.

Saturday, October 25, 2014

Masjid Bahagian Kuching, Sarawak


First time aku jejak kat Masjid kat Kuching ni. First time jugak solat Jumaat kat sini. Masjid ni dipanggil Masjid Bahagian Kuching. Aku tak pasti ada nama lain, tadi aku search kat internet, search kat waze pun tulis Masjid Bahagian Kuching. Ye la kot. Memang terletak di bandar Kuching. Yang menariknya arah kiblat masjid ni terbentang luas sebatang sungai. Tak sempat aku nak ambik gambar pasal ramai lagi jemaah masih menunai solat sunat masa ni. 

Ustaz yang membaca khutbah ni memang terbaiklah. Tak baca skrip tapi ayat-ayat yang disampaikan cukup tersusun. Tak mengantuk langsung aku dengar khutbah ni. Antara yang menjadi santapan minda dalam khutbah " jadikanlah isteri-isteri dan anak-anak kamu sebagai penyejuk mata" 

Suasana selepas solat Jumaat. Jemaah menunaikan solat sunat.

Sesuatu yang menarik aku jumpa kat sekitar masjid ni, ada satu kawasan parking berbayar depan masjid ni, dorang bagi parking percuma dari pukul 12 tghri sampai 2 petang khas untuk solat Jumaat. Alhamdulillah.. lagipun kawasan parking tepi-tepi jalan agak terhad. Yalah dalam bandar kan..

Friday, October 24, 2014

Mee Sapi | Mee Kolok Haji Salleh terkenal di Kuching

Mee Sapi | Mee Kolok Haji Salleh terkenal di Kuching
Tak sangka akhirnya dapat jugak merasa mee kolok | mee sapi yang sebenar. Setiap kali balik Kuching aku memang tercari-cari akan Mee kolok ni. Memang aku jumpa mee kolok kat tempat lain-lain, cuma rasa tak brapa nak sama. Tapi yang ni memang betul-betul marvellous. Rupanya Mee Sapi | Mee kolok Haji Salleh ni sememangnya terkenal di Kuching | Satok. Aku je yang tak tau. Kawan-kawan aku ramai yang dah makan kat sini. Nasib baik la tanya dorang tadi. Kalau tak melepas lagi la rasanya.  
Mee Sapi | Mee Kolok Haji Salleh terkenal di Kuching
Ni Akak yang masak Mee Kolok | Mee Sapi ni. Tenang je. Yang special abis da.. Biasa pun jadi la. 
Mee Sapi | Mee Kolok Haji Salleh terkenal di Kuching

Haa, tudiaaaa... Inilah dia rupanya Mee Kolok | Mee Sapi Haji Salleh. Ramai lagi orang yang tak pernah  merasai mee kolok ni. Tak kenal maka tak cinta. Kalau datang ke Sarawak, jangan lupa makan Mee kolok | Mee Sapi dan juga Laksa Sarawak. Sesemangnya makanan terkenal di Sarawak.
Mee Sapi | Mee Kolok Haji Salleh terkenal di Kuching
Bllrupppp! Alhamdulillah 2 pinggan kot. Melampaunya, licin. Yela makan 2 pinggan tahan setahun. Kat KL tak jumpa Mee Sapi ni. Bukan selalu dapat makan. 

Sapa-sapa yang teringin nak rasa mee kolok | mee Sapi Haji Salleh, Lokasi Restoran ni betul-betul selepas flyover Satok. Sebelum sampai Wisma Satok. Sebut flyover satok ni ramai yang tau. Dengan flyover pun terkenal. Nyumm...