Saturday, December 27, 2014

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Kalau ke Kuala Kangsar jangan lupa singgah di Masjid Ubudiah. Rugi kalau ke kualer tak singgah. Masjid Ubudiah ni boleh dikatakan antara masjid yang tercantik di Malaysia. Terletak di Bukit Chandan 2km dari Pekan Kualer, 300 meter dari Istana diraja. Kuala Kangsar ni juga sinonim dengan nama bandar diraja, sekarang ni dah ramai pelancong datang ke sini.

Merupakan pintu masuk ke Masjid Ubudiah, banyak lagi gate-gate kecik tapi ni yang utama.





Rekabentuk dan struktur bangunan sangat menarik perhatian.
Di bahagian dalam bangunan Masjid Ubudiah. Masa ni baru abis solat Jumaat. Aku kalau balik ke kuala kangsar kena hari jumaat memang aku akan solat jumaat kat sini.


Cantik tak? Sejuk je dok dalam ni. Hehe.


Di hadapan Masjid Ubudiah ada tertulis asal usul masjid ni. Jugak terdapat 2 laras meriam. Yang menjadi tarikan kat masjid ni.
Bersebelahan dengan Masjid ni ada Makam Kerabat Diraja. Tempat persemadian kerabat-kerabat diraja Perak.
Selfie dulu kat sini. #Kelabbloggerbenashaari


Kalau ke masjid ni pasti aku terkenang arwah bapa mertua, kat mana dia selalu duduk ketika dan sebelum solat jumaat, arwah akan duduk tempat yang sama. Al-fatihah buat arwah. 

3 comments:

  1. Kat Ampang Tasek ni pun ada satu Masjib Ubudiah.... hihi
    tapi takdela cantik macam design kuala kangsar ni.... :)

    ReplyDelete
  2. memang cantik masjid nih..dalam nya tu nampak mewah..

    ReplyDelete
  3. Penah smpi masjid nieh... mmg cantik!

    ReplyDelete