Thursday, December 11, 2014

Pertandingan Mini Futsal PROKOM | Aku TOP SCORER?

BTM UNITED FC
6 Disember 2014, baru ni kami dari Bahagian Teknogi Maklumat, JKR sertai Pertandingan Mini Futsal anjuran PROKOM JKR. Team kami di gelar BTM United FC. Datang menyahut cabaran dari PROKOM. Haha, seronok-seronok aktiviti akhir tahun katakan. Ada 5 team semuanya yang join mini futsal ni, CAST, CKBA, CPUM, PROKOM dan BTM

Team kami dengan jersi warna PINK pulak tu, PINK WORRIORS katanya. Antara salah satu kelebihan warna pink ni, team lawan akan alergik tengok warna ni, so fokus mereka hilang, kawalan bola hilang. Hahah mandai je aku kan. -just kidding hehe..
Ni result kami dari BTM United FC. Ada 4 perlawanan perlu diharungi. Yang ada Daus-daus tu, maksudnya berapa gol aku sumbat. Memandangkan ada 5 team je yang join, penganjur menetapkan perlawanan secara liga, sapa top kat table dorang lah juara. BTM United FC telah menjadi Champion!! Menang kesemua perlawanan dengan mata penuh.. Hehehe.. Dan kenangan paling manis, aku dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak. Macam tak caya je. 7 gol dari 4 perlawanan dengan 1 hatrik. Ouchh terasa macam Wayne Rooney
Ni dia trofi untuk Top Scorer kalau dalam bahasa lain Kasut Emas. Walaupun bukan emas tulen tapi aku tetap bangga menerimanya. Nikmat rasanya. Tak tau pulak ada trofi untuk top scorer ni. Apapun gol yang aku sumbat ni pun banyak hasil dari assist kawan-kawan. Haha. 
Trofi TOP SCORER
Trofi CHAMPION
Tahniah buat BTM United FC yang telah menjuarai pertandingan Mini Futsal PROKOM 2014. Berjumpa lagi di lain hari. Jom sambung training.

3 comments: