Monday, December 15, 2014

Total Upper Body Workout Bar | DOOR GYM

Kemain lagi beli workout bar ni. Larat ke aku nak buat angkat-angkat badan ni. Berat aku dah la naik dah. 85KG... Oppss.. Beratnya.. Tadi aku pergi MR. DIY, tiba-tiba ternampak bar ni. Aku tengok harga baru RM29.90 je, eh! murah bangat bar ni. Biasanya aku tengok harga dalam RM60++ dan ke atas. Apalagi aku sambar je la sekotak. Mula-mula tadi ada 4 kotak dalam masa setengah jam, ABISSSS!! Barang baik ni.
Apa yang menarik workout bar ni, kita tak perlu skru kat dinding. Maksud aku tak perlu permenantly lekat setempat je. Yang ni boleh mudah alih. Macam telefon pulak mudah alih. Haha.
Nak pasang pun senang, ada 4 biji skru je.   
Ni cara nak guna. Cari pintu yang ada bingkai tu. Letakan batang yag segi empat panjang tu kat atas bingkai pintu dan pastikan batang pajang bulat tu pulak duduk kat bahagian luar pintu. Mudah je kan.
Tu je, Ok dah boleh siap bergayut kat batang yang terbujur keluar tu. Walau macam mana pun keselamatan harus diutamakan. Kena berhati-hati, jangan gayut ganas sangat. Bar ni boleh menampung berat sehingga 300 lbs bersamaan dengan 136 Kilograms. So jangan la takut ok. Kalau takut sila boh kusyen kat bawahKalau yang berat lebih dari tu aku tak syorkan bar ni. 

2 comments:

  1. bar tu memang la tahan tapi takut dinding la tercabut kalau dengan berat saya nih..hahahahah

    ReplyDelete