Sunday, November 19, 2017

Shopping baju hujan jenama Yamaha secara online di LAZADA 11.11

Dah seminggu lebih berlabuh LAZADA 11.11.. Hari ni barang dah sampai. Aku terjebak juga dengan LAZADA 11.11 ni. Saja buka buka kononnya nak tengok apa offer yang menarik sangat tu. Tengok macam biasa je. Barangkali buat masa ni aku tak memerlukan barang ni lagi.. Aku scroll listed item yang terpampang tu. 

Tiba-tiba nampak pulak offer baju hujan. Aku memang dah lama plan nak beli baju hujan. Tapi tak terfikir la nak beli online dari LAZADA. Survey pun tak, cuma aku memang tau harga baju hujan ni RM100++ Mahal giler kan !! 
Yahama Rain Coat
Yamaha Rain Coat
Offer RM70 dan percuma postage lagi. Aku buy terus la. Kalau harga asal RM115 tu. Jimat dalam RM40++ tu.. 

Memang ngam la.. Berbaloi la beli, kualiti pun ok. Berbelanja bukan kerana kehendak tapi keperluan. Musim hujan sekarang ni. Baju hujan aku yang lama dah macam bukan baju hujan dah. Koyak sana sini. Sekadar alas je orang kata. Harap lepas ni tak basah sangat dah kalau hujan lebat. 

3 comments: