Monday, November 20, 2017

Rainbow Container di Perth Australia antara tempat unik wajib dikunjungi !

Rainbow Container di Perth Australia antara tempat unik wajib dikunjungi. Terletak di sekitar Fremantle, Perth Australia. Unik dan kreatif. Tak pernah terfikir pun nak buat susunan kontena macam ni. Diwarnakan dengan warna-warni seolah-olah pelangi, sebab tu dipanggil Rainbow Container. Hasil kerja seni Marcus Canning.
Ketinggian Rainbow Container ni 9 meter dan berat semua kontena ni 66 tan ! Perghhh berat tu !
Rainbow Container Perth Australia
Dah alang-alang sampai ke Perth ni, pergi je semua tempat. Rugi oo tak singgah sini. Menjadi salah satu daya tarikan untuk pelancong di Perth. 

Layan kejap pemandangan sekitar Rainbow Container. Kelihatan pantai Fremantle yang begitu mengasyikkan.
Fremantle's Beach
Fremantle's Beach
Indahnya pemandangan kat sini. Sejuk mata memandang, bersih ! Suasana tak crowded. Lengang je kawasan ni. Mana  pergi orang ntah haha.. Apapun jom pergi tempat lain pulak. Macam tak cukup 5 hari dok kat Perth ni. Macam-macam tempat menarik ada kat sini. 

4 comments: