Saturday, November 18, 2017

Menjamu selera di Itik Salai Mastar Sungai Ramal Dalam, Bangi

Baru ni borak-borak dengan member ofis pasal tempat makan best kat area Kajang & Bandar Baru Bangi.. Yelah kat situ kan banyak kedai-kedai makan. Tersembang la pasal kedai makan Itik Salai Mastar kat Sungai Ramal Dalam, Kampung Sungai Ramal. Dengar je itik, aku rasa kali terakhir makan itik 15 tahun lepas kot.. Fuhh lamanya.. Terus mengidam la.. Kedai plak buka weekend dan siang sampai malam, memang cun la nak pergi sana hujung minggu. 

Maka dijadikan cerita, aku pergi la hari ni ke Kedai Itik Salai Mastar ni untuk makan tengahari. Alhamdulillah rezeki hari ni, kedai buka.. Sampai-sampai terus cari tempat duduk dulu, ramai orang.. Penuhh meja, yang berbaris ambik makanan pun ramai. 

Macam-macam ada kat sini bukan itik salai je, ayam salai pun ada, ikan keli salai, daging salai. Dimasak pulak dengan lemak cili api serta ulam-ulaman.. Makaihh terliur tengok makanan.. lapor kot agaknya haha..

Nah kasi korang terliur ! Jahat kan.. 
 Itik Salai Mastar Sungai Ramal Dalam
 Itik Salai Mastar Sungai Ramal Dalam
Itik Salai Mastar sedap !
Itik Salai Mastar masak lomak cili api sedap memang terbaik la, memang padu. Kuah dia memang marvellous !! Terasa kunyit hidup tu.. sedappp giler. Ambik kaw.. Daging pun sodappp baii.. Antara masak lomak cili api sedap pernah aku makan.
Ikan Keli Salai Mastar
Ikan Keli salai cicah dengan air asam. Sedappp beza kot rasa salai dengan bakar. 2 ekor terus ambik. Okehhh harga macam mana ? 

Itik salai masak lomak, daging salai masak lomak, ikan keli salai 2 ekor, 1 ayam goreng, ulam-ulam satu pinggan 3 jenis ulam, nasi putih 4+1 semuanya RM32 !! Korang rasa murah ke mahal ? Dah bayar tadi aku suruh wife aku teka brapa rm. Dia jawab RM50 lebih ker? Hehe tengok dia pun tengok macam mahal. Murah la tu.. memang berbaloii la. Makan fastfood RM30 tak dapat banyak macam ni.

Okehh memang puas hati makan kat Kedai Itik Salai Mastar Sungai Ramal ni. Memang berbaloi dan harga berpatutan. 

Apa yang aku tak puas hati sekarang ni. Kamera compaq yang aku guna untuk snap gambar kat Itik Salai Mastar tadi takde memory card !! Serius aku frustrated. Kalau ada memory tadi, boleh tunjuk kat korang gambaran sebenar suasana kat sana tadi. Aku siap masuk dapur ambik gambar macam mana itik, ayam, daging dan ikan keli tengah salai. Huhu gambar yang ada ni pun sib baik snap guna phone. 

Nampak gaya pasti repeat ni. Lokasi senang nak cari. Kalau jumpa Shell Sungai Ramal menghala putrajaya tu, masuk simpang kiri, terus je sampai jumpa medan selera adikku. Kat situ la Mastar Itik Salai.


7 comments:

  1. Tadi aku makan nasi putih 3, ayam goreng, ikan keli goreng, siput sedut masak lemak dgn air2... total 28. Yg ko ni kira murah sgt tu...

    ReplyDelete
  2. Alamak.. murah Tu.. boleh Cuba lah nanti

    ReplyDelete
  3. makan tengahari rm30 banyak tu. mmg murah..nampak mcm sedap je itik salai tu

    ReplyDelete
  4. sy baru bercadang nk pergi nnt...harap buka laa kedai bulan 12 nanti...

    ReplyDelete
  5. There are many lunches there. mmg murah..mampak mcm sedap je salju deh

    หนังออนไลน์

    ReplyDelete
  6. The best ever ituk salai.. Teringat2 kalau sekali makan..

    ReplyDelete
  7. The best ever ituk salai.. Teringat2 kalau sekali makan..

    ReplyDelete