Cosmoderm

cosmoderm

Tuesday, February 28, 2017

2 PACKET SAMYANG SPICY RAMEN CHALLENGE 2.0

Serius aku memang dah terjebak dengan Samyang Spicy Ramen ni. Dah selalu makan, aku akui memang rasa pedas tapi takde la sampai rasa macam tak nak makan dah. Lagi menjadi-jadi ada lah. Baru ni aku cabar diri sendiri makan 2 bungkus samyang spicy ramen ni. Biasa makan sebungkus, rasa macam tak cukup. Kali ni makan dua bungkus pulak. Mampu ke tak aku abiskan dua bungkus ni?

Okeh sebelum tu, aku letakkan 3 syarat dalam cabaran ni. Aku kena makan 2 bungkus, aku tak boleh minum air, telan air apa-apa sehingga abis makan ramen ni dan ketiga aku kena abiskan ramen ni dalam masa kurang dari 10 minit. Berjaya atau tidak korang kena tonton video ni. Bayangkan 2 bungkus ramen dengan 2 perencah ramen tu.. 

2 PACKET SAMYANG SPICY RAMEN CHALLENGE 2.0

2 PACKET SAMYANG SPICY RAMEN CHALLENGE 2.0

Kalau tak boleh klik video klik link ni. 2 PACKET SAMYANG SPICY RAMEN CHALLENGE 2.0 Pedas bak hang.. Ni baru betul pedas ngat-ngat huhu...

Terima kasih menonton.. Jangan lupa tekan butang LIKE, tinggalkan KOMEN korang, kalau nak SHARE dialu-alualukan dan last sekali tekan hit button SUBSCRIBES.

Kalau nak tengok challenge-challenge sebelum ni pun ada dalam channel youtube aku dausredscarz

Saturday, February 25, 2017

MINYAK KUAT mampu buat rumahtangga bahagia !

Tengok tajuk aku dah naik pelik dah. Minyak apa ni ? Haha selalu dengar ubat kuat kan tapi ni MINYAK KUAT. Wow macam menarik je. Haaa apa kaitan minyak kuat ni dengan kebahagian rumahtangga. Okeh sebelum aku cerita pasal minyak kuat ni aku share sikit tips kebahagiaan rumahtangga ! 

Antara kunci-kunci utama yang menyumbang dalam kebahagiaan rumahtangga ni. 

Kunci 1- Agama
Semestinya keluarga yang bahagia ni lahir dari didikan agamanya yang sempurna. Tak perlu aku huraikan. Semua dah tau tapi tak semua mengamalkannya. Betul tak? Tak bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Mereka yang bersyukur ni tenang je hidup dia. Ada masalah ke takde masalah ke tenang je. Lapang dada orang kata. 

Kunci 2 - Pendapatan/Sumber Kewangan 
Zaman moden sekarang memang susah kita nak cakap. Zaman sekarang ni kalau tak de kerja memang susah nak menyara keluarga. Tambah-tambah lagi tinggal di bandar, kos sara hidup tinggi. Bukan segala-galanya wang tetapi segala-galanya menggunakan wang. Dalam melahirkan rumahtangga yang bahagia, perancangan kewangan juga memainkan peranan yang penting. Suami isteri kena tau cara menguruskan kewangan. Mungkin hari ni kita mampu, esok lusa pinjam isteri, tulat dah mula pinjam kawan, last-last pinjam dari sumber yang berisiko tinggi. Bukan kata yang tak bekerja saja, yang bekerja pun sama, pantang ada duit lebih ! Guna sesuka hati last-last asyik tak cukup. Tiada wang simpanan untuk tujuan kecemasan, hal-hal penting seperti yuran sekolah, insuran kereta dan sebagainya. 

Kunci 3 - Kesihatan
Kesihatan ni aku bagi kepada-dua, zahir dan batin. Tubuh badan yang sihat, minda cergas dan otak cerdas. Boleh bekerja, boleh menunaikan ibadah. Bila dah tak sihat macam-macam boleh berlaku. Ada zahir yang kuat tapi batin lemah pun masalah juga. Kalau bab batin lemah ni of kos la kita maksudkan orang lelaki la kan. Kesian gak orang lelaki ni, para suami-suami ni. Banyak kes perceraian disebabkan masalah batin ni. Tak kuat, lembik dan tak tahan lama. Jangan main-main. Tengok artikel bawah ni.
Sumber dari Google Image
Nampak tak artikel ni, semakin serius dan membimbangkan. Malah menakutkan. Yang ada masalah batin ada pelbagai kategori, ada masalah tapi tak cari penyelesaian, ada masalah tapi segan nak bagitau, ada yang bermasalah tapi tidak menjumpai jalan penyelesaian. Sebab-sebab hal sebegini jangan dipandang ringan. Barang kita nak pakai lama tu. Kena jaga elok-elok. Yang elok pun kena jaga, bukan apa kita risau masuk angin, peredaran darah tidak lancar. Macam mana nak jaga ? 

Haa yang ni la aku cakap awal tadi MINYAK KUAT !
Minyak Lintah Belacak Tok Jali
Dari segi kesihatan minyak belacak atau minyak lintah ni digunakan untuk urutan batin sejak turun temurun. Orang dulu-dulu, orang kampung-kampung banyak guna minyak ni. Sangat membantu untuk beredaran darah. Nak mengurut pun ada tekniknya korang boleh rujuk youtube atau google cara mengurut batin dengan betul. Memang kena betul tekniknya kalau tak nanti tak menjadi hehe. Kalau bab minyak lintah ni pasti ramai yang tanya "Boleh bagi panjang ? Keras ? Besar ? Tahan lama ? " Haa, ini la kelebihan minyak kuat ni. Nak panjangkan ke, nak besarkan, keras, nak tahan lama, In Shaa Allah boleh minyak Lintah Tok Jali boleh membantu. Jangan segan silu nak bagitau ada masalah. Ni bab kesihatan ni jangan main-main.
Minyak Lintah Belacak Tok Jali
Ni aku tunjuk sikit gambar, aku ambil setitik sapu kat urat tangan. Tudiaaa naik urat-urat, ini kan kalau sapu kat tempat tu. Fuhh padu !! Aku pun dapat tau dari member, terus aku dapatkan sebotol, bukan apa demi menjaga kesihatan sebagai lelaki. Ada jugak orang dapatkan urutan dari tukang urut kampung, kadang-kadang susah nak jumpa, kalau ada jauh nak pergi. Yang segan-segan tu, urut sendiri je la. Tutorial ada tak susah pun. 

Aku yakin, pasti ada yang masih tercari-cari minyak urut ni. Nak tak ? Ni aku bagi nombor bro ni. Korang call nombor ni 014-6136232 (Hezlee)… Harga sebotol RM74.90 tidak termasuk pos katanya. 

Ingat tu sambung balik Kunci 3 - Kesihatan
Lepas ni korang bangun pagi-pagi tengok dah terpacak.. "Good Morning Sir ! "... Haha... Bini sebelah jeling sengih-sengih.. Haaa mau tak bahagia rumahtangga.. Biar kita cuba mengelak dari kita yang merana kemudian hari. 

Thursday, February 23, 2017

Pekena nasi kandar Penang di Restoran Kudu Bin Abdul | Terbaek bak hang !

Restoran Kudu Bin Abdul @ Nasi kandar Kudu Bin Abdul bukan nama asing lagi bagi orang-orang kat KL ni. Antara nasi kandar penang yang famous kat KL. Dah lama aku nak pergi makan kat sini tapi tak pergi-pergi. Bukan jauh sangat dari ofis. Tak sampai 10 minit pun. Tapi tu la, belum ada masa sesuai lagi. Restoran Kudu terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR), Chowkit, tak jauh dari Pasar Chowkit dan bertentangan dengan Tune Hotel. Boleh agak kan kat mana. 
Dah lama aku tak makan nasi kandar ni. Baru ni berkesempatan jugak aku lunch kat sini. 

Masa sampai kat restoran, tudiaaaa ramainya orang. Berbaris sampai kat luar tu. Apa yang sedap sangat ni sampai ramai orang ni. Nasi kandar je pun. Meh nak habaq, terus terang aku cakap, walaupun banyak restoran nasi kandar kat KL ni, tak semua memenuhi citarasa. Peminat-peminat tegar nasi kandar ni dia boleh tau sedap tak sedap ni. Asli ke tak asli nasi kandar ni. Tapi kalau dah berbaris gini ada harapan sedap ni. Kita cuba la dulu kan.

Jom layan dulu menu apa ada kat Restoran Kudu Bin Abdul ni. Ada macam-macam lauk, ayam goreng, ikan goreng, udang, sotong, ketam, daging kicap, kari kambing, telur ikan, telur rebus, telur masin, bendi, sayur kubis dan lain-lain. 

Terliur aku tengok menu-menu ni. Tu malas nak cerita bab makan ni. Sambil menulis telan air liur haha.. Jap lagi ada la tu yang nak pergi sini. Kat bawah ni nasi yang aku dengan wife aku ambik. Makan untuk 2 orang. Layannn...
Ayam goreng + telur masin + Bendi = RM 8
Ayam goreng + daging kicap + telur masin = RM10 (bendi tu dari pinggan satu lagi)
Sedappnya, kuah campoq plak !
Air 3 layer Sirap Bandung Lengkong
Masa tengah berbaris tu dok perati la dorang minum air apa. Ramai yang order sirap bandung ni. Macam special, macam sedapp je ! Apa lagi kami pun order gak la. Bukan selalu nak datang. Torai je la. Pergghhh memang sedap. Kena ngan tekak. 

Macam nak repeat lagi nanti. Ambik ayam kicap pulak. Ada kawan facebook cakap ayam kicap sedap. Ahhh cukup la perkongsian ni, seksa jiwa dan perut aku tengok. Haha.. Okeh selamat berbaris. Kalau tengahari mau berpanasan, tapi asal berbaloi, panas pun panas lah. 

Friday, February 17, 2017

LEGO® BATMAN™ Movie Day di LEGOLAND® Malaysia

Dah lama tak pergi LEGOLAND® Malaysia, mesti dah macam-macam ada kat sana. Tahun lepas kerap gak pergi sana. Memang best, sebab tiap-tiap kali pergi ada aktiviti-aktiviti berbeza. Tahun lepas Ninjago® , Helloween, Christmas dan banyak lagi. Tahun ni LEGOLAND® Malaysia memperkenalkan LEGO® BATMAN™ Movie Day. Kepada korang yang minat BATMAN dan peminat koleksi LEGO, ini lah peluang korang nak tambah koleksi. Wow bestnya !!  Bila event ni ? 

LEGO® BATMAN™ Movie Day 
17 Feb - 31 Mar 2017


Ada banyak aktiviti menarik kat sana nanti termasuk Scavenger Hunt, penampilan the only 
LEGO® BATMAN™ dan banyak lagi. Apa yang best lagi, siap ada KIDS GO FREE !. Haa macam mana ? Korang boleh baca maklumat kat bawah ni. Dalam bahasa inggeris pulak. Korang translate lah yer.. 

LEGO® BATMAN™ Meet & Greet
The cutest Dark Knight lives in LEGOLAND® and will make special appearances all around the park. Seize this opportunity to take as many pictures with him, and who’s to say, he might teach you a thing or two. Be on the lookout.

Exclusive LEGO® BATMAN™ Gift with Purchase
All visitors will get LEGO® BATMAN™ masks to explore the park as Gotham’s favourite vigilante. Fans will also be eligible for the exclusive LEGO® BATMAN™ Mini Batwing (while stocks last) or every purchase of LEGO® BATMAN™ products worth RM250 and above.

Kids Go FREE
Yes, you read that right! Start sewing or knocking on your nearest costume store for the best BATMAN™, Joker, Robin, or Batgirl outfit. For the entire event period, kids under 12 years old dressed in the main characters of The LEGO® BATMAN™ Movie get FREE admission with one (1) full paying adult ticket purchase.

The Scavenger Hunt
BATMAN™ was a master seeker and hunter. What about you? Put your skills to the test. Register yourself at the admission counter and collect your hunt guide. See if you can find the missing items and collect one victory stamp for every successful find.

Spot The Joker Minifigure
He’s the master of all criminals. Explore the park to spot the LEGOLAND® staff with the Joker Minifigure and show case your awesome work by uploading a selfie on your social handles. If you’re almost as amazing as BATMAN™, you might put his sidekick, Robin, out of work.

The sky’s the limit where fun and play is concerned. Why stop there? Here are more activities that will be carried out daily for everyone to enjoy:

Mosaic Build
Bat’s might be blind, but not BATMAN™ – because he’s AWESOME. Create your very own LEGO® BATMAN™ character based on the outlines provided daily, from 11am to 6pm at the LEGO® Academy.

Create Your BATMAN™ World
Immerse yourself in the realm of the caped crusader by building your very own BATMAN™ World with the LEGO® bricks provided. The escape to BATMAN™ World happens daily from 11am to 6pm at the LEGO® Academy.

BATMAN™ Build Activity
Sharpen your skill to become a master builder. Build a BATMAN™ LEGO® set based on the instruction given; daily from 10am to 6pm at the LEGO® Academy.

Photo Opportunities
Ample photo opportunities await those who visit with special BATMAN™ themed spinner standees amongst others.

Caption this Scene (on Facebook)
Capture a picture of the LEGO® BATMAN™ Movie mascots whenever you see him in park, upload it to LEGOLAND’s Facebook page and make sure you include your most creative caption ever! The best caption will be in the running for LEGOLAND Malaysia Theme Park tickets!

A Selfie with LEGO® BATMAN™ (on Facebook)Make sure you take a selfie with LEGO® BATMAN™ Movie walking character and wait for the announcement on LEGOLAND’s Facebook page. The most creative caption of the selfie wins LEGO® BATMAN™ Movie merchandise.

Fuhhhh aku pun nak pergi kalau dapat peluang.. Rindu nak pergi jalan-jalan kat legoland. Jommm...

Thursday, February 16, 2017

GT Mobile Malaysia GT-888 Smartphone Review

"Weh ko nak phone tak ?" Pernah tak orang tanya korang soalan ni ? Aku pernah weh. Terkejut aku. "Wow biar betul." "Betul la, aku nak bagi smartphone baru." Ko rasa macam mana  ? Aku ! Perghhh kecik tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Sekali dia bagi betul la.. Smartphone apa ?

GT Mobile Smartphone | Model GT-888
GT Mobile GT-888

Dari mana smartphone ni? Tak pernah tengok pun. Rupanya-rupnya smartphone keluaran Singapore | Salah satu produk GT yang diperkenalkan oleh GT Group Malaysia. Buat masa ni belum ada di pasaran Malaysia lagi. Ooo patut la tak pernah nampak. Okeh nak godek-godek dulu apa yang menarik tentang smartphone GT Mobile ni ? Jom layan unboxing GT Mobile aku ni. 
Youtube Unboxing GT Mobile model GT- 888
Macam menarik. Tapi tunggu dulu. Baru buka kena charge dulu. Macam biasa la, mana-mana smartphone pun kalau brandnew tu mesti kena charge la dulu. Sebenarnya mitos je tu, smartphone ni kan dah lama dalam kotak, dah sah-sah bateri tinggal sikit. Hehe.. 

Okeh, macam biasa la kalau nak godek-godek smartphone ni korang nak tengok apa dulu. Kalau aku, aku nak tengok processor la, camera pixel la, bateri la bagai. 
GT Mobile model GT- 888 (Front)
GT Mobile model GT- 888 (Rear)

Apapun meh nak share spesifikasi untuk GT-888 ni. 

Spesifikasi GT-888 

Processor
64 bit Quad Core 1.0GHz
2GB + 16GB ROM (Expandable up to 64GB)

Display
5.5”720*1280 pixels
5.5" 2.5D Arc Screen
Corning Gorilla Glass 3

Dimensions
158.9*77.5*8.6mm

OS Android Version
Android 5.1 Lollipop

Frame
Metal Frame

Camera
Front OV5638 5MP
Rear OB8865 8MP

Battery
2550mAh
Quick Charging

Storage

16GB

SIM card
Dual SIM (SIM+MicroSIM)

Warna
Metal grey
Silk white


Boleh tahan Smartphone ni. Besar pun besar, puas hati nak guna. OS pun yang latest version. Okeh, overall aku puas hati dengan smartphone ni. Buat masa ni penggunaan aku ringan lagi. Belum lagi guna di tahap maksimum. Apapun kita tunggu kemunculan GT Mobile di Malaysia tak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layar website di bawah ni... 


Monday, February 13, 2017

Sertailah #TolunaLove dan menangi 15,000 Mata!

Korang tau tak TOLUNA ni ? Ke dah jadi ahli ? Toluna sekarang ni tengah buat peraduan. Pemenang dapat 15000 mata dalam akaun toluna. Yang dah ada akaun jom join peraduan. Yang belum jangan segan-segan nak register di website Toluna
Kami mahu melihat cinta anda! Haiwan kesayangan anda, kawan karib anda atau kereta anda, tunjukkan kita segala-gala yang anda cintai! sertailah peraduan Instagram dan Twitter baru kami: #TolunaLove! Seperti biasa,dua pemenang akan membawa pulang 15,000 mata – satu dipilih daripada Instagram dan yang lain dipilih dari Twitter.
FebruaryLove_MY.jpg
Untuk menyertai peraduan ini, sila:
• Ikut @Toluna di Instagram atau Twitter, bergantung kepada platform anda masuk dari
• Pilih gambar senyuman anda, muat naik ke Twitter atau Instagram
• Tag gambar anda dengan hashtag #TolunaLove
• Anda mesti mengikuti @Toluna di kedua-dua Twitter dan Instagram untuk layak
Peraduan ini adalah Instagram & Twitter Eksklusif. Anda mesti menghantar gambar anda antara 1 Februari dan 28 Februari untuk mengambil bahagian.
kami amat berbangga untuk mengumumkan pemenang #TolunaSmile! Antara beratus-ratus penyertaan, amal_enna telah dipilih daripada penyertaan Instagram , nancymglay dan terpilih melalui Twitter. Mereka masing-masing akan menerima 15,000 mata. Tahniah!
Semoga berjaya! kepada mereka yang memasuki #TolunaLove!…

Tuesday, February 7, 2017

AirAsia tawar diskaun 20 percent ke semua destinasi

AirAsia tawar diskaun 20 percent !
AirAsia Bhd. dan AirAsia X Bhd. sedang buat tawaran diskaun 20 percent ke atas semua tempahan penerbangan mulai hari ini 6 Feb 2017 hingga 12 Feb 2017 bagi perjalanan antara 7 Feb hingga 31 Julai, 2017. Agak-agak nak pergi melancong tu, boleh la riki-riki tempat menarik.. mana tau kena dengan bajet. 

Korang boleh buat tempahan sekarang melalui Airasia.Com atau aplikasi AirAsia dan AirAsiaGO. Belum download sila download, guna aplikasi lebih cepat dan mudah. Jangan lupa BIG Members boleh tebus mata penerbangan mengunakan AirAsia BIG Points masing-masing. Book Now !

Sumber dari AirAsia.Com

Friday, February 3, 2017

DR. BEAU Pure Natural Skin Oil | Vitamin E yang terbaik untuk kulit !

Pernah tak korang hadapi masalah kulit muka berjerawat, berjeragat, berminyak atau kusam? Korang buat macam mana ? Ke biar je macam tu ? Korang tau tak, aku ada masalah muka berminyak ! Agaknya makan makanan tak seimbang kot, tak pun sebab aku pergi kerja naik moto. Memang tak leh nak elak la, asap-asap dan debu. Sampai ofis muka jadi berminyak dan kadang-kadang nampak kusam je. Korang tau la kan, hilang mood nak buat kerja. 

Kadang-kadang aku rimas gak, kita ni kerja pejabat takkan nak buat muka tak siap. Kerja aku pulak selalu jumpa user. Bos-bos pulak tu. Nak tak nak ke cari sesuatu la nak bagi muka nampak segar dan ceria. Ingat orang pompuan je ker yang kena jaga muka ? Laki pun kena jaga oii..

Ada gak aku tanya kawan-kawan macam mana nak hilangkan masalah ni, fuh macam-macam produk gak yang dorang syorkan. Kalau google pun sama gak macam-macam gak yang ada. Satu hari tu aku jumpa satu produk ni Dr. Beau Pure Natural Skin Oil | Teja Herbs Tengok lain macam dari yang lain, yang aku tau penjagaan muka pakai krim muka tapi ni oil. Ermm macam mana tu ? Katanya ada Vitamin E dari bahan herba semulajadi, terbukti berkesan ! Selebriti pun ramai guna Dr. Beau ni.. Wow boleh cuba ni. Cuba kelainan la kan, mana tau sesuai untuk muka aku. So aku dapatkan sebotol !
Dr.Beau Pure Natural Skin Oil - Teja Herbs
Haa ni la dia Dr.Beau | Blend of 6 natural Oils. Semuanya gabungan dari bahan herba semulajadi. Okeh, sebelum aku cerita kandungan Dr.Beau ni aku jelaskan sikit pasal keadaan atau jenis kulit muka kita ni. Bila dah baca pasal jenis kulit muka ni baru korang faham sebenarnya fungsi gabungan kandungan dalam Dr.Beau ni. Sebab tu aku tertarik dengan Dr. Beau ni.

Jenis-jenis keadaan kulit muka

Kulit normal
Kulit normal atau kulit biasa iaitu jenis kulit yang licin, halus dan lembap apabila dipegang, pori-pori juga halus dan rata. Kulit kelihatan segar dan sihat. Kulit jenis ini sememangnya bertuah,hanya perlu menjaganya sahaja. Namun, Penjagaan kulit seperti jenis bedak yang digunakan, dan barang komestik perlu diteliti sebelum digunakan. Masalah yang biasa dihadapi kulit muka normal adalah kulit senang mengalami kekeringan, bintik-bintik hitam dan pigmentasi, serta menimbulkan bintik hitam dan putih.

Kulit kering
Kulit kering pasti kelihatan kusam dan nampak tua dari usia. Penyebabnya adalah kelenjar minyak yang kurang aktif dan terjadi di daerah yang cuacanya panas, atau terlalu banyak terdedah kepada penghawa dingin. Penyebab kulit kering juga disebabkan oleh pemakaian pembersih muka yang banyak mengandungi alkohol, kurang minum air atau pengambilan ubat tertentu (roaccutane). Masalah yang dihadapi kulit kering adalah kulit muka menjadi mudah kelihatan tua, dan mudah menimbulkan bintik-bintik hitam (freckles) garis hitam di sekeliling mata, pigmentasi dan muka kelihatan pucat dan tidak bermaya.


Kulit sensitif
Kulit muka yang sensitif terjadi kerana rangsangan faktor dari luar atau salah guna produk kosmetik. Jenis makanan harian juga harus diperhatikan agar tidak terjadi alergi, produk make up atau kosmetik, faktor lingkungan/ cuaca panas atau dingin harus diperhatikan juga. Masalah yang selalu terjadi ialah kulit boleh pecah-pecah, merah, perit, mengelupas dan mengalami pigmentasi dan bintik-bintik hitam dan berjerawat.

Kulit yang bermasalah
Kulit yang bermasalah biasa dihadapi oleh hormon remaja yang kelenjar minyaknya terlalu aktif hingga menyebabkan kulit berminyak dan menimbulkan jerawat. Pori-pori yang terbuka mengeluarkan minyak yang berlebihan dan terjadi tumbuhnya jerawat dan apabila tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan pembiakan bakteria. 

Okeh dah selesai baca, meh aku cerita bab kandungan Dr.Beau ni. Apa yang menariknya ?

Kandungan Dr. Beau
  • Vitamin E ialah vitamin yang baik merawat kulit.
  • Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
  • Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
  • Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
  • Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif.Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
  • Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
  • Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.
Nampak tak gabungan herba-herba semulajadi ni. Boleh kata semua masalah kulit boleh dirawat dengan menggunakan Dr. Beau ni. Teruja gak aku baca kandungan Dr. Beau ni. Memang patut la dipanggil pakar kulit, pakar jewarat dan jeragat. Harap-harap dapat mengatasi masalah kulit berminyak aku ni.
Dr.Beau Pure Natural Skin Oil - Teja Herbs
Selain dari kandungan yang luar biasa, ada lagi kelebihan Dr.Beau ni..  
  • Sangat sesuai untuk wanita Asia bukan setakat wanita je, satu keluarga boleh pakai, budak-budak pun boleh. 
  • Meresap ke dalam kulit dengan pantas
  • Bau harum dan wangI semulajadi
  • Tidak melekit (yang ni aku suka, sebab tak melekit.)
  • Rasa segar dan nyaman 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit. Aku dah mention kat atas tadi. 
Ni yang buat aku tak sabar nak guna. Macam mana nak guna ? Meh aku ajar..

Cara penggunaan Dr. Beau

Mudah sangat cara nak guna. Mula-mula bersihkan muka dulu, bila muka dah dibersihkan, korang ambil sebiji Dr. Beau dan titiskan pada telapak tangan, kemudian korang gosok telapak tangan. 
Lepas tu korang sapukan ke seluruh atau bahagian kulit muka hingga paras leher secara rata. Kalau agak-agak nampak kawasan yang jelas garis penuaan tu, korang sapu la lebih sikit bahagian tu.

Okeh dah selesai sapu, selesai lah. Mudahkan. Tapi kalau pompuan ni kan, dia nak guna bedak la, sunblock la sokkey lagi elok. Kenapa pulak ? Supaya hasilnya lebih berkesan.. Oo gitu. Pompuan boleh la sapu bedak yer. Jangan geng laki pulak yang pakai bedak. Haha.. Haa, Sebaiknya Dr. Beau ni disapu waktu pagi dan malam . Kenapa ? Sapu waktu pagi, Dr. Beau digunakan untuk menjaga kulit dari udara kotor sepanjang siang. Dan, pada waktu malam Dr.Beau boleh merehatkan dan memulihkan kulit.

Ini tutorial yang aku buat, bagaimana cara nak sapu DR.Beau ni. Mungkin ada cara lain yang mungkin berbeza. Terpulang pada masing-masing. Yang penting sapu tempat sepatutnya. 

Hasil dari beberapa hari aku guna Dr.Beau. 
Nampak tak, makin flawless la aku haha.. Yang penting walaupun umur dah meningkat tapi muka tetap nampak muda dan segar. Bila wajah berseri-seri, tahap keyakinan diri tu akan meningkat dengan mendadak. Tak segan dah jumpa users.. 
Harga sebotol Dr. Beau : RM96.00
Kandungan : 30 biji per botol. 

Okeh kalau korang nak tau lebih lanjut boleh layari link kat bawah ni.