Friday, February 3, 2017

DR. BEAU Pure Natural Skin Oil | Vitamin E yang terbaik untuk kulit !

Pernah tak korang hadapi masalah kulit muka berjerawat, berjeragat, berminyak atau kusam? Korang buat macam mana ? Ke biar je macam tu ? Korang tau tak, aku ada masalah muka berminyak ! Agaknya makan makanan tak seimbang kot, tak pun sebab aku pergi kerja naik moto. Memang tak leh nak elak la, asap-asap dan debu. Sampai ofis muka jadi berminyak dan kadang-kadang nampak kusam je. Korang tau la kan, hilang mood nak buat kerja. 

Kadang-kadang aku rimas gak, kita ni kerja pejabat takkan nak buat muka tak siap. Kerja aku pulak selalu jumpa user. Bos-bos pulak tu. Nak tak nak ke cari sesuatu la nak bagi muka nampak segar dan ceria. Ingat orang pompuan je ker yang kena jaga muka ? Laki pun kena jaga oii..

Ada gak aku tanya kawan-kawan macam mana nak hilangkan masalah ni, fuh macam-macam produk gak yang dorang syorkan. Kalau google pun sama gak macam-macam gak yang ada. Satu hari tu aku jumpa satu produk ni Dr. Beau Pure Natural Skin Oil | Teja Herbs Tengok lain macam dari yang lain, yang aku tau penjagaan muka pakai krim muka tapi ni oil. Ermm macam mana tu ? Katanya ada Vitamin E dari bahan herba semulajadi, terbukti berkesan ! Selebriti pun ramai guna Dr. Beau ni.. Wow boleh cuba ni. Cuba kelainan la kan, mana tau sesuai untuk muka aku. So aku dapatkan sebotol !
Dr.Beau Pure Natural Skin Oil - Teja Herbs
Haa ni la dia Dr.Beau | Blend of 6 natural Oils. Semuanya gabungan dari bahan herba semulajadi. Okeh, sebelum aku cerita kandungan Dr.Beau ni aku jelaskan sikit pasal keadaan atau jenis kulit muka kita ni. Bila dah baca pasal jenis kulit muka ni baru korang faham sebenarnya fungsi gabungan kandungan dalam Dr.Beau ni. Sebab tu aku tertarik dengan Dr. Beau ni.

Jenis-jenis keadaan kulit muka

Kulit normal
Kulit normal atau kulit biasa iaitu jenis kulit yang licin, halus dan lembap apabila dipegang, pori-pori juga halus dan rata. Kulit kelihatan segar dan sihat. Kulit jenis ini sememangnya bertuah,hanya perlu menjaganya sahaja. Namun, Penjagaan kulit seperti jenis bedak yang digunakan, dan barang komestik perlu diteliti sebelum digunakan. Masalah yang biasa dihadapi kulit muka normal adalah kulit senang mengalami kekeringan, bintik-bintik hitam dan pigmentasi, serta menimbulkan bintik hitam dan putih.

Kulit kering
Kulit kering pasti kelihatan kusam dan nampak tua dari usia. Penyebabnya adalah kelenjar minyak yang kurang aktif dan terjadi di daerah yang cuacanya panas, atau terlalu banyak terdedah kepada penghawa dingin. Penyebab kulit kering juga disebabkan oleh pemakaian pembersih muka yang banyak mengandungi alkohol, kurang minum air atau pengambilan ubat tertentu (roaccutane). Masalah yang dihadapi kulit kering adalah kulit muka menjadi mudah kelihatan tua, dan mudah menimbulkan bintik-bintik hitam (freckles) garis hitam di sekeliling mata, pigmentasi dan muka kelihatan pucat dan tidak bermaya.


Kulit sensitif
Kulit muka yang sensitif terjadi kerana rangsangan faktor dari luar atau salah guna produk kosmetik. Jenis makanan harian juga harus diperhatikan agar tidak terjadi alergi, produk make up atau kosmetik, faktor lingkungan/ cuaca panas atau dingin harus diperhatikan juga. Masalah yang selalu terjadi ialah kulit boleh pecah-pecah, merah, perit, mengelupas dan mengalami pigmentasi dan bintik-bintik hitam dan berjerawat.

Kulit yang bermasalah
Kulit yang bermasalah biasa dihadapi oleh hormon remaja yang kelenjar minyaknya terlalu aktif hingga menyebabkan kulit berminyak dan menimbulkan jerawat. Pori-pori yang terbuka mengeluarkan minyak yang berlebihan dan terjadi tumbuhnya jerawat dan apabila tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan pembiakan bakteria. 

Okeh dah selesai baca, meh aku cerita bab kandungan Dr.Beau ni. Apa yang menariknya ?

Kandungan Dr. Beau
  • Vitamin E ialah vitamin yang baik merawat kulit.
  • Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
  • Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
  • Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
  • Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif.Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
  • Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
  • Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.
Nampak tak gabungan herba-herba semulajadi ni. Boleh kata semua masalah kulit boleh dirawat dengan menggunakan Dr. Beau ni. Teruja gak aku baca kandungan Dr. Beau ni. Memang patut la dipanggil pakar kulit, pakar jewarat dan jeragat. Harap-harap dapat mengatasi masalah kulit berminyak aku ni.
Dr.Beau Pure Natural Skin Oil - Teja Herbs
Selain dari kandungan yang luar biasa, ada lagi kelebihan Dr.Beau ni..  
  • Sangat sesuai untuk wanita Asia bukan setakat wanita je, satu keluarga boleh pakai, budak-budak pun boleh. 
  • Meresap ke dalam kulit dengan pantas
  • Bau harum dan wangI semulajadi
  • Tidak melekit (yang ni aku suka, sebab tak melekit.)
  • Rasa segar dan nyaman 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit. Aku dah mention kat atas tadi. 
Ni yang buat aku tak sabar nak guna. Macam mana nak guna ? Meh aku ajar..

Cara penggunaan Dr. Beau

Mudah sangat cara nak guna. Mula-mula bersihkan muka dulu, bila muka dah dibersihkan, korang ambil sebiji Dr. Beau dan titiskan pada telapak tangan, kemudian korang gosok telapak tangan. 
Lepas tu korang sapukan ke seluruh atau bahagian kulit muka hingga paras leher secara rata. Kalau agak-agak nampak kawasan yang jelas garis penuaan tu, korang sapu la lebih sikit bahagian tu.

Okeh dah selesai sapu, selesai lah. Mudahkan. Tapi kalau pompuan ni kan, dia nak guna bedak la, sunblock la sokkey lagi elok. Kenapa pulak ? Supaya hasilnya lebih berkesan.. Oo gitu. Pompuan boleh la sapu bedak yer. Jangan geng laki pulak yang pakai bedak. Haha.. Haa, Sebaiknya Dr. Beau ni disapu waktu pagi dan malam . Kenapa ? Sapu waktu pagi, Dr. Beau digunakan untuk menjaga kulit dari udara kotor sepanjang siang. Dan, pada waktu malam Dr.Beau boleh merehatkan dan memulihkan kulit.

Ini tutorial yang aku buat, bagaimana cara nak sapu DR.Beau ni. Mungkin ada cara lain yang mungkin berbeza. Terpulang pada masing-masing. Yang penting sapu tempat sepatutnya. 

Hasil dari beberapa hari aku guna Dr.Beau. 
Nampak tak, makin flawless la aku haha.. Yang penting walaupun umur dah meningkat tapi muka tetap nampak muda dan segar. Bila wajah berseri-seri, tahap keyakinan diri tu akan meningkat dengan mendadak. Tak segan dah jumpa users.. 
Harga sebotol Dr. Beau : RM96.00
Kandungan : 30 biji per botol. 

Okeh kalau korang nak tau lebih lanjut boleh layari link kat bawah ni.


6 comments:

  1. wah.. macam gel bentuknya.. ngat tuk telan rupanya sapu jer ek..

    ReplyDelete
  2. patut la makin plolesss ... hahah mcm minyak kelapa dara bentuk ni..

    ReplyDelete
  3. oo sapu kt kulit..ingtkan makan...sbb rupa cam minyak kelapa dara...mujur aku bc dulu blog ko...hahaha

    ReplyDelete