Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

Friday, October 12, 2012

Testimonial Water Filter Dr. Sukida

Masa aku tak pakai penapis air dulu, "Adakah air yang selama ni aku minum bersih? Walaupun dah dimasak? Mungkin bakteria mati tapi adakah masih selamat? Ntahlah kan. Biasanya kalau dah masak tu selamat kot." Tapi setelah aku pakai penapis air ni aku sedar betapa tidak selamatnya air tanpa penapis. Bakteria mungkin mati tapi keladak-keladaknya tetap ada. Mungkin akan mengakibatkan kesan-kesan pada kesihatan jangka panjang, itu mungkin pasti. Kenapa aku cakap begitu? Korang tengoklah sendiri gambar ni.
 Yang ni gambar mula-mula masa pasang. Tiada apa-apa yang aku jangkakan. Aku cuma fikir ia cuma penapis air. Water filter bak kata omputih.
Tengok gambar ni, aku ambik 4hb Oktober 2012 lepas. Aku pasang dan mula guna pada 12 Julai 2012, hampir 3 bulan pakai, penapis keladak(pra-penapis seramik) ni dah keruh chenggini. Tengok balik gambar mula-mula kat atas tu yang bersih. Jauh beza tak? Kalau tak prasan tu kena gi check rabun warna.. hehehe..
Wordless:
Proses aku buka dan cuci penapis keladak ni. Dah macam karat, lumpur semua ada.. Kalau tak ditapis adakah air ini yang aku minum selama ni???????????
**penapis keladak ni boleh diselenggara sendiri.
Selepas proses pembersihan keladak-keladak, inilah hasilnya. Bersihlah sikit. Takyah la pakai sabun. Kang penapis berbau sabun. Bersih dengan air biasa sudah.

Oleh itu, aku syorkan korang pakai penapis air. Pakailah apa-apa pun. Nak yang mahal atau yang murah terpulang pada masing-masing. Kesihatan harus diutamakan. Keluarga kita gak yang minum, Mak bapa kita, anak-anak kita, dll..

Yang aku pakai ni brand dari Dr.Sukida
berharga RM1980.00 percuma Penapis keladak air (RM143.00)
Kalau rasa nak tanya ker? nak beli ker? email aku : redscarz@live.com.my

Lihat maklumat filter kat previous entri waterfilterdrsukida

Friday, August 10, 2012

WORDLESS FRIDAY:: Water Filter Dr.Sukida

 10 Julai 2012 hingga 10 Ogos 2012 (kira ngam-ngam sebulan.)
Lihat penapis keladak tu. Dah keruh dah.
Zoom in penapis keladak. Penapis sgt berkesan.

Lihat keadaan pada 6 hari pertama klik sini 
Lihat keadaan pada pertama hari pertama klik sini
 

Monday, July 16, 2012

Water Filter Dr.Sukida Day 6

Aku updatekan water filter yang aku dah pakai ni. Gambar ni hari ke 6 penggunaannya. Lihat perbezaannya pada hari mula-mula guna. Day 1 & Day 2 ketara kan.. Tak sampai seminggu, aku rasa mcm mana lah usus kita boleh menerima air macam ni sebelum ni. Apapun sekarang ni aku dah sedar. Lagi skali aku bkn nak promote tapi kalau nak aku boleh dapatkan untuk korang.

ok ni keputusan sebulan kemudian. Klik Sini

Thursday, July 12, 2012

Water Filter Dr.Sukida

Selama ni aku tak pakai dan tidak teringin sangat nak pakai water filter ni, maklum la agak mahal. Kat pasaran ada macam jenis tapi ntah, macam tak endah je. Tapi sekarang aku dah ada satu. Water Filter Dr.Sukida. Kenapa aku pilih Dr.Sukida?
 
Keistimewaan air sihat Dr.Sukida ni mempunyai 7 penapis air. 

1. Pra-Penapis Seramik- menyingkirkan bahan pencemaran, batu, pasir halus, karat, lumpur dan parasit merbahaya.

2. Bebola Far - Infrared Beralkali- dapat meningkatkan kandungan ion kalsium serta menambahkan kealkalian air. Membebaskan mineral  penting, meningkatkan tahap oksigen.

3. Karbon Diaktifkan Gred A- penyingkiran bau dan warna serta klorin.

4. Karbon diaktifkan Gred A + Bio Kalsium- hapuskan bau, warna dan baki pemcemar termasuk klorin, logam, racun perosak dan bahan kimia karsinogenik dalam air. Bio kalsium memecah dan menghaluskan kelompok molekul air.

5. Batu Tenaga- juga memecah dan menghaluskan molekul air supaya lebih sedap untuk diminum dan mudah diserap oleh tubuh badan kita. Ini akan meningkatkan tahap penyahtoksinan dalam tubuh badan kita apabila kekerapan meminum air dr. sukida.

6. Batu Mineral + Bio Kalsium + KDF55 - kesegaran kepada air untuk diminum.

7. Nano Silver - teknologi terkini dalam pembasmian kuman dan mikro organisma yang terkandung didalam air.
Hari Pertama
Ini filter air Dr. Sukida yang aku pasang kat rumah. Lihat kesan untuk hari pertama pasang. Filter ni asalnya warna putih.
Hari Kedua
Semakin keruh, terkejut gak aku selama ni aku minum air yang tidak ditapis cuma dimasak sahaja. Memang aku teruja jugak aku tengok kesan tapisan ni. Kalau sebulan tu agak-agak macam mana. Nanti aku update lagi. Harga water filter ni memang agak mahal tapi kalau kita fikirkan untuk kesihatan mungkin ia sangat berbaloi. Bukan nak promote tapi kalau nak tau lebih lanjut roger aku. (eh, macam promote gak..)

Update:
keputusan 6 hari kemudian klik sini
keputusan sebulan kemudian klik sini 
keputusan 3 bulan kemudian - testimonial klik sini

Tuesday, July 10, 2012

Vending Mesin Pertamaku

Akhirnya aku dah ada mesin. Vending Machine Dr. Sukida. Setelah sekian lama aku menyimpan hasrat untuk memiliki mesin ini. Dah lama dah member (bro azlan) ajak join tapi modal aku tidak brapa nak mengizinkan. So ini lah mesin aku.

Vending Machine Dr.Sukida
Kenapa aku pilih vending mesin Dr.Sukida?

      Semua vending mesin mendapatkan punca air dari air paip... cuma yang membezakan adalah sistem tapisan dan rawatan air dalam mesin tu... ada yang guna sistem rawatan "reverse osmosis (RO)" dan ade yang guna tapisan teknologi nano dan macam-macam lagi... untuk air Dr.Sukida sendiri, kami menggunakan teknologi nano di mana terdapat 10 penapis air dalam vending mesin tersebut dan 1 lagi penapis khas yang membekalkan mineral semula jadi kepada air tersebut... 3 penapis air khas hanya untuk menapis kotoran fizikal seperti karat dan keladak manakala 6 penapis lagi mempunyai fungsi yang berbeza... antaranya memecahkan molekul air iaitu hidrogen dan oksigen menjadi lebih halus... fungsinya adalah memudahkan kandungan oksigen dalam air lebih mudah diserap oleh tubuh badan kite... antara fungsi lain adalah menjadikan rasa air tersebut lebih semula jadi... 

Lihat perbezaan-perbezaan air Dr.Sukida dengan air lain.
So kita namakan "Air Sihat".

Ini gambar aku bersama mesin pertamaku.. 

Mesin ini aku letak berdekatan dengan Apartment Segar Ria, Jalan Manis 1A, Cheras..