Showing posts with label lego ferrari shell. Show all posts
Showing posts with label lego ferrari shell. Show all posts

Sunday, January 3, 2016

Finish Line and Podium | Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2

    #6 40194 Finish Line and Podium – 6 December 2015 | Keluaran minggu ke-6


    Ini keluaran kedua terakhir. Ada dua item dalam 1 keluaran minggu ni. Garisan penamat dan podium pemenang. Memang berbaloi sebab part lego banyak. 
    Finish Line and Podium
    Finish Line and Podium
    Finish Line and Podium
    Finish Line and Podium
    Finish Line dan Podium
    Next ialah Shell Tanker (last) dan yang ni Limited Edition. Korang rasa aku dapat tak koleksi yang terakhir ni. Fuhh nak tengok aku dapat ke tak tunggu next entri. Benda yang limited edition ni tau la, semua peminat lego, pengumpul lego atau kaki kaki yang nak buat bisnes ni dah ready dah. Tak minat lego pun pulun gak tunggu. Pelik aku. Mungkin saja syok syok kot. Mungkin dah kumpul sebiji dua alang-alang biar kumpul semua. 

    Wednesday, December 30, 2015

    Ferrari 512 S | Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2

    #5 40193 Ferrari 512 S – 29 November 2015 | Keluaran minggu ke-5

    Tengok kereta ni macam Ferrari Klasik je ni.. Memang klasik pun, zaman 70-an. Koleksi ke 5 dari Lego Shell Siri 2. 
    Ferrari 512 S
    Ferrari 512 S
    Ferrari 512 S
    Ferrari 512 S
    Ferrari 512 S
    Next entri aku, koleksi ke 6 dari Lego Shell – Finish Line dan Podium

    Ferrari F12 Berlinetta | Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2

      #4  40191 Ferrari F12 Berlinetta – 22 November 2015 | Keluaran minggu ke-4

      Stok lego Shell Ferrari semua dah ada cuma upload je belum lagi. Yang ni Ferarri F12 Berlinetta. Antara keluaran Ferarri yang paling laju..
      Ferrari F12 Berlinetta
      Ferrari F12 Berlinetta
      Ferrari F12 Berlinetta
      Ferrari F12 Berlinetta
      Ferrari F12 Berlinetta
      Ferrari F12 Berlinetta
      Ferrari F12 Berlinetta
      Next entri keluaran Lego Shell ke #5 siri kedua - Ferrari 512 S 

      Tuesday, November 17, 2015

      Ferrari 250 GTO | Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2

        #3 40192 Ferrari 250 GTO – 15 November 2015 | Keluaran minggu ke-3

        Produk ke-3 dari Lego Ferrari Shell Siri 2. Ferrari Biru Kuning, 250 GTO. Dah dapat hari ahad tu jugak cuma lambat sikit nak post. Nampaknya merchandise official dari Ferrari ni makin hangat dan laris di pasaran. Yang keluaran minggu pertama dan kedua, banyak stesen minyak SHELL yang dah kehabisan stok. Tak leh tunggu lama-lama. Yang peritnya nak isi minyak tu. Kena isi minimum RM40 baru dapat beli item. Tapi kalau alang-alang minyak kereta dah tinggal 1,2 bar memang berbaloi la. 

        Ferrari 250 GTO
        40192 Ferrari 250 GTO
        Antara Ferarri yang T E R M A H A L katanya... 
        Brand new pack belum buka lagi. Satu-satunya lego Ferrari warna biru keluaran siri kedua ni. 
        Ferrari 250 GTO
        Tak banyak pun part nak kena pasang. Sikit je, 10 minit siap ni. 
        Ferrari 250 GTO
        70%loading....... 
        Ferrari 250 GTO
        Ferrari 250 GTO
        Okeh siap!! Fuhh macam biasa koleksi-koleksi Lego Ferrari memang smart-smart semuanya.. Nah kasi close up sikit.. 
        Ferrari 250 GTO

        3 dah dapat lagi 4 item lagi nak kena tunggu. Lambatnya rasa... 
        Okeh, next keluaran (minggu ke-4) F e r r a r i F12 B e r l i n e t t a  pada 22 November 2015. Stay tune. 

        So nak tengok koleksi lepas dan next jadual keluaran klik sini

        Monday, November 9, 2015

        Lego Shell Station | Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2

          #2 40195 Shell Station – 8 November 2015 | Keluaran Minggu Kedua



          Lego Shell Station keluaran minggu kedua dari Lego Ferrari Shell Siri 2. Minggu-minggu ni memang cerita pasal LEGO je la aku. Jangan marah ya. Kalau suka kasi LIKE banyak sikit. Haha. Lego ni dapat semalam, panas-panas lagi dari dalam kotak. Yelah semalam baru kuar je lego Shell Station ni. 
          Lego Shell Station
          Brand New Pack dari Stesen Minyak Shell 
          Lego Shell Station
          Part-part lego untuk dipasang. Aku rasa berbaloi beli Lego Shell Station ni pasal banyak part dan saiz besar. Harga murah plak tu. 
          Lego Shell Station
          Telah disiapkan tapak Shell Station 
          Lego Shell Station
          Bumbung pun dah siap tinggal nak combine je lagi. 
          Lego Shell Station
          Siap! 
          Pista di Fiorano Shell Station 
          Lego Shell Station
          Lego Shell Station
          Lego Shell Station
          Smart tak?? Station minyak pun smart.. Haha.. Baru combine dengan Ferrari F138 dah nampak menarik. Belum lagi dapat kumpul semuanya.. Fuhh mesti menarikkk!!! Layan abiss...
          Lego Shell Station

          Untuk check next keluaran boleh klik sini : Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2
          Keluaran Lego Shell Minggu Pertama : Lego Ferrari F138

          Thursday, November 5, 2015

          Lego Ferrari F138 | Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2

          #1 40190 Ferrari F138 – Keluaran 1 November 2015 | keluaran pertama


          Koleksi pertama aku dari Lego Ferrari Shell Siri 2. Haa kebetulan sangat minyak kereta tinggal 2 bar je. Memang elok sangat la nak pergi isi. Haha Laju je aku pergi Shell. Aku memang minat mainan Lego ni. Lego Ferrari pulak tu. Bukannya ada jual kat luar ni. Edisi terhad kot. Memang kena dapatkan la jugak koleksi ni. Nanti abis.. Jom
          40190 Ferrari F138 - Keluaran pertama dari Lego Ferrari Shell Siri 2. 
          Paket lego ferrari yang baru dapat dari Shell. Saja try tanya boleh ke beli saja tanpa isi minyak. Memang jurujual tu tak kasi la. Haha.. Kena jugak isi minyak minimum RM40. Pastu baru boleh beli Lego. Kalau isi minyak RON97 tambah RM9.90 untuk satu lego, kalau isi minyak RON95 kena tambah RM13.90 untuk satu lego. 
          Dah siap pasang. Terlupa pulak ambik gambar sebelum pasang. Haha nampak sangat teruja nak pasang. Yang ni kejap je pasang. Tak sampai 10 minit siap.
          Apa macam? Nampak cool tak? nampak exclusive kan... Tu yang nak simpan buat koleksi tu. Semart doh.. Official Ferrari product tu.. Okeh jangan lupa dapatkan Lego Ferrari F138 dari stesen pam minyak Shell terdekat.

          Kalau nak tau tempoh promosi dan jadual keluaran lego-lego selanjutnya klik sini. Lego Ferrari Shell Siri 2 

          LEGO FERRARI SHELL SIRI 2 Kembali lagi !!

          Setelah hampir 2 tahun menyepi, kini Lego Ferrari Shell SIRI 2 2015 datang lagi. Kali ni dengan pelbagai lagi koleksi terbaru dari Ferrari yang semestinya barangan Official FerrariWow sesuatu yang harus dimiliki buat peminat-peminat lego menambah koleksi-koleksi Lego Ferrari. 
          Lego Ferrari siri 1[klik], aku dapat kumpul lengkap semuanya. Siap dengan box lagi. Tahun ni?? Agak boleh kumpul tak agak-agaknya. 
          List-list LEGO FERRARI untuk dikumpul dan tarikh keluaran 2015

          1. 40190 Ferrari F138 – 1 November 2015
          2. 40195 Shell Station – 8 November 2015
          3. 40192 Ferrari 250 GTO – 15 November 2015
          4. 40191 Ferrari F12 Berlinetta – 22 November 2015
          5. 40193 Ferrari 512 S – 29 November 2015
          6. 40194 Finish Line and Podium – 6 December 2015
          7. 40196 Shell Tanker – 13 December 2015

          Macam mana nak collect Lego Ferrari Shell ni? Mudah je, korang isi minyak di pam SHELL minimum RM40.00. Kalau isi 
          RON97 + RM9.90 (each)
          RON95 & Diesel + RM13.90 (each)
          SHELL HELIX ULTRA + RM9.90 (each)

          Okeh selamat mengumpul. Tarikh promosi bermula 1 November 2015 sehingga 31 January 2016. Kumpul jangan tak kumpul. Aku dah ada 1.. Next entry ya.. 

          Sumber gambar dan details dari http://jaysbrickblog.com/2015/11/02/shell-ferrari-lego-series-2-promotion-begins-in-malaysia/