Monday, August 13, 2012

Tazkirah yang buat aku tersentak

Buat pertama kali penduduk Cheras Intan Apartment mengadakan Jamuan Berbuka dan Moreh di Surau Al-Ukhuwwah pada sabtu (11.8.2012) Sebelum ni mmg tak pernah buat lagi sebab tahun lepas bulan 10 baru duduk sini. Dah lepas raya dah pun. Surau pun belum siap. So lihat jadual mmg padat dengan aktiviti.
Aktiviti bermula seawal jam 6.30 petang. 
 
Pada pukul 6.30 petang, Ustaz jemputan memberi sedikit tazkirah tentang bulan Ramadan. Dengan penuh semangat dan penuh penghayatan. Antara sub-sub topik antaranya, kekayaan makanan kat negara kita, keamanan dalam negara kita, kemasyarakatan dan membandingkan dengan negara-negara bergolak yang berpuasa dalam keadaan tidak tenteram, tidak aman. Waktu puasa negara kita hanya 12 jam, berbanding sesetengah negara smpi 20 jam. Ada yang tak cukup bahan makanan, berbanding dengan negara kita yang terlebih makanan.
Dalam Ustaz meneruskan tazkirah beliau, ada satu cerita membuatkan aku tersentak.
Lihat dibawah:-

Kenapa Pak Arab ni menangis..?  
Sebenarnya ini adalah gambar seorang Mufti dari Mesir yang sedang bersiaran langsung di Television. Keadaan menjadi sendu apabila beliau menerima satu panggilan dari seorang hamba Allah yang membuat panggilan dari Somalia.  Soalannya berbunyi..

"Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftar)?"

Tersentuh jiwa Pak Mufti ini hingga tidak dapat menahan tangis takkala terkenangkan penderitaan rakyat Somalia yang kekurangan dan sebenarnya tiada makanan untuk bersahur dan berbuka puasa..

Hati siapakah yang tidak tersentuh dengan soalan begini..?

Sedang kita di sini bermewah mewah dengan makanan dan minuman, saudara seislam kita di sana tiada apa untuk dijamah.. Sebak wehh, aku mmg dah mengalir airmata mendengarnya. Nak sahur? Nak berbuka? nak makan apa? Selepas bulan Ramadan, Syawal menjelma, kita berpesta makanan lagi menyambut Hari Raya. Mereka? Mereka tetap seperti orang yang berpuasa. Bayangkan lah..
 Sebahagian dari penduduk yang hadir bagi menjayakan program ini. 

Tazkirah yang disampaikan walaupun sekejap tetapi sangat padat. Penghayatan yang berkesan. Pastu Azan Maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka puasa. Dan program seterusnya dilaksanakan..

Sumber:
Apa yg ustaz tu sampaikan sama sahaja tetapi tak mampu aku rekod ayat dia satu-satu. So aku google kisah yang ustaz ceritakan.

Wallahualam....


6 comments:

  1. memang menyentuh hati...
    ku pun sebak baca

    ReplyDelete
  2. diorang tak puasa, tak sahur. tapi kita berbuka tuu tak ingat dunia. kalau boleh nak beli semua. lepas tuu tak habis, membazir :')

    p/s : peringatan untuk diri dan semua :DD

    ReplyDelete
  3. Huhuhu... bersyukur dok kat Malaysia tp masih ramai yg tak tahu bersyukur dan masih mencari keamanan yg ntah mcm mana lagi ntah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun tak faham. dorang nak kena suapkan, kena dodoikan kot..

      Delete