Tuesday, January 13, 2015

Ausini KNIGHTS | Koleksi Lego Akif

Kalau kakak dapat Baby Alive takkan Akif tak dapat ape kan. Macam biasa la, Akif nak dia punya mainan gak. Pilihan utamanya memang permainan lego, so kena cari mainan lego. Mentang-mentang kakak dapat kotak besar, Akif jugak nak cari mainan yang  Cari punya cari jumpa la yang ni. Lego Knights | Ausini . 

Akif dah sama besar dengan kotak lego tu. 
Suka sangat la tu. Beli malam, malam tu gak ajak babah pasang. Adeh penat lagi, masa tu kan baru sampai dari kmpung. Ada 686 pcs pulak tu, jenuh nak pasang. Nak pasang pun kena time rilek-rileks baru layan. Kalau rushing tak best.
Manual, wajib ikut. Kalau tak ikut takut tak menjadi. Koh³.. Memang takkan jadi la, haha.
 
Akif, malam tu dia cuba gak nak buat. Tak sabar dah. Mau pening tengok bricks bebanyak ni. Aku risau je takut hilang 1-2 biji. Kalau tak cukup brick ni mau terbantut nak pasang.
Stage 1: Tapak & Pagar
Stage 2: Wall
Stage 3: Pasang Guard tower
Stage 4: Siap dengan pasang bendera. 
Stage 6: Susun knights, king, queen, princess & horse
View dari atas..
Maka siap jugak akhirnya pasang kingdoms, Akif boleh main dah..  Eh, babah yang pasangkan. Layankan jela. Minat sama kan... :)

10 comments:

  1. Lego gini aku x fhm nak main mcm mana... utk display jer la kann... ke boleh main2... kang bersepai 1 hal pulak...

    ReplyDelete
  2. Kuatkan daya kreativiti.. Bkn main bangunan tu, main la knight dia, toy orang2.. Tu, pintu castle boleh buka, ada kuda kt dlm tu .. Buat² la dragon datang serang ker. Knight tu panah ke pedang ker..

    ReplyDelete
  3. bagus akif suka main lego....berkembang minda:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, meransang perkembangan minda Akif

      Delete
  4. wahh..seronoknya dia...berapa ni bang daus..70 erk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rm75 ni nad. Yg ni bukan beli kat legoland. Sebelum ni lg. Kalau beli kt legoland besar ni dekat rm500 kot.

      Delete
  5. Daus ..beli katne ni...anak Sal yg bujang pun suka lego..

    ReplyDelete
  6. set lego begini memang anak-anak suka

    ReplyDelete
  7. Wahh ingatkan Akif yg pasang,.babah pasang upernyerr hehe..klh anak babahnyerrr..

    ReplyDelete
  8. Salam. Dekat kedai Mr. DIY ada brand Ausini ni. Baru-baru ni saya ada belikan utk anak buah saya sempena birthday ke-6 tahun dia. Bagus juga brand ni, harga pun murah berbanding Lego. Hehehe.

    Sekarang wife saya pula berminat nak main brick toys ni. Katanya nak brand Lego je. Hmm!

    ReplyDelete