Tuesday, January 27, 2015

PART 5: LEGOLAND HOTEL | LEGOLAND Malaysia Resort

First time aku jejak kaki ke Legoland, tapi kat Nusajaya ni kali kedua dah. Dulu pergi ke pejabat JKR Nusajaya kat area sini gak. Tapi masa tu tak wujud lagi Legoland ni. Hutan pun belum tebang lagi. Hehe.. Maka setelah beberapa tahun kemudian, maka Legoland Malaysia Resort telah diwujudkan. Legoland Theme Park, Legoland Water Park dan Legoland Hotel. Haha macam baca sejarah pulak. Aku nak cerita pasal hotel la, moh lekaih!

Nah sikit fakta pasal hotel, Hotel Legoland ni boleh tahan besar dengan 234 bilik tema dan fully theme room, 7 Pirate bilik Duluxe dan 8 Kingdoms Suite. Tema tema lego semuanya. Kalau taknak tema lego sini bukan tempatnya. Kat sini memang penuh dengan lego-lego. Dari step masuk ke hotel dah nampak lego bersepah-sepah. Kalau tak bersepah lego tak legoland la nama dia.
Selfie sebelum Check-in Hotel. Masuk-masuk kat hotel atau lobby akan jumpa la front desk / reception hotel. So berurusanlah di sini. Eh anak-anak mana??
Lor kat sini rupanya.. Dont worry korang, tempat ni memang banyak tempat anak-anak main. Ni Akif tengah lepak tengok citer Lego kat tv. Sedapnya tempat duduk ni. Tak lepak sini kat depan belakang kiri kanan ada lego. Mainlah puas-puas.

Jom pergi tengok bilik..  
Adventures Theme Master Room
Master bedroom katil Queen. Untuk aku dan wife aku. Katil Akif dan Aliah ada kat sebelah. Nanti skroll kat bawah ni.
Bathroom
Masuk-masuk bilik, check bilik air dulu. Nak check selesa ke tak? Nampak selesa dengan dan menarik. Ada dua singki, satu untuk adult satu lagi untuk kids. Fuh semua ni diambil kira jugak yer. Slalu satu air satu singki je. Ni ada dua. Nice. Senang Akif dan Aliah gosok gigi.
Mini Kitchen
Sudut mini kitchen haha.. Boleh ke panggil mini kitchen, yela tempat masak air, tempat buat air kan. Siap ada chocolate cookies. Yummy..  
Kids Decker
Haa yang ni buat room budak-budak, Triple Deckers? Kenapa triple pulak bukan double je ke? Tu tengok bawah sekali boleh tarik keluar lagi satu tilam.. Banyaknyer tilam..
Siap ada TV lagi tu. Perghh seronok la Akif dan Aliah nak tidur layan kartun dulu la..
Hehe possing sebelum masuk tidur. Hehe suka la tu.. Mula-mula Akif nak tidur atas. Chopp dah kat atas last-last.....
La Akif tidur bawah ke? Ingatkan tidur atas.. Takut jatuh ehh.. Takpela bawah pun selesa jugak. Ni tengok candid Akif ngan Aliah layan cerita kartun.. Amboii Aliah kemain pakai baju apa panggil ni. Baju sejuk ker? Nak tidur panas-panas katanya. Biarkan lah..

Antara yang ada dalam bilik jugak, pengering rambut, mini peti sejuk, tv ada 2 satu kat master bed satu kat kids bed, ada peti besi untuk simpan barang-barang berharga, lepas tu ada peti harta karun. Haa yang ni best! Peti ni kena kunci dengan kod nombor maka kita kena cari kod-kod tersebut untuk buka peti harta karun ni. Instruction | klue ada atas meja. Cari la ya... 
Swimming POOL
Selain Legoland waterpark, hotel legoland ni ada swimming pool gak. Yang ni khas untuk mereka yang menginap kat hotel ni. Terletak kat tingkat 5. Kalau orang luar nak masuk takleh sebab nak naik lif kena ada pass.
Kasi layan pool kejap je dah sejuk. Berangin je tingkat 5 ni. Mau tak sejuk. Haa lego pirates kat belakang tu.
Bricks Family Restaurant
Breakfast time.. Tempat waiter/s akan tunjukan. So tak perlu susah-susah cari. Apa yang menarik kat meja ni tengok pic atas ni. Siap ada krayon! Motif? Tempat ni kan ramai bebudak, ramai yang tak gheti dok diam shhhhh.. ha kasi la color-color senyap la. Lagi satu ada  prop yang "we are still dining" mungkin semua pakat nak ambik makan so ni lah gunanya. Takde la orang ambik tempat duduk ni.
Ramainya orang breakfast pepagi ni. Lauk dan menu memang hebat-hebat, segala bagai ada kat sini. Muat tak muat ke perut nak tanggung. Ha nampak waiter ni siap bawa pinggan lagi. Fuh pagi ni breakfast memang kenyang, itu belum makan makanan berat lagi. Alhamdulillah. 

K la, dah kenyang kan, kejap lagi sambung swimming pool pulak sebelum check out tengahari. Alamak nak check out dah. Kejapnyer sehari. Ok la Part 6 nanti aku throwback "Legoland Water Park"... Ok tunggu..

Sementara tunggu tu, korang juga boleh baca link bawah ni..
PART 3 : Lego Star Wars Miniland
PART 4 : Keasyikan dalam Dunia Lego | Miniland

4 comments:

  1. Seronok betul dapat pergi ...Wah Aliah ngan Akif mesti teruja main macam2 permainan kat sana..

    ReplyDelete
  2. wahh..bestnya.nak pegi jugak nanti, :)

    ReplyDelete