Friday, September 11, 2015

Lata Air Berani Pulau Perhentian

Part 4 : Lata Air Berani

Korang tau tak kat Pulau Perhentian tu ada Lata | air terjun ? Menarik kan! Tiba-tiba dalam pulau ada Lata. Namanya Lata Air Berani. Tapi Lata Air Berani takde la macam Lata Kinjang yang tinggi tu. Yang ni kecik je. Air jernih dan sangat sejuk. Ada orang kata air jodoh haha, kalau mandi sini boleh dapat jodoh. Ini gurauan je biasanya.

Lepas aktiviti snorkeling, pemandu bot terus bawa ke Lata Air Berani. Nak tengok gak rupa Lata ni macam mana.
Ha apa macam kasi trademark satu.
Huihh ramainya berkerumun kat sana!! Apa dorang buat tu? Jom tengokk!!
Apa tu ? Tak nampak lagi? Haha tu la takungan lata air berani. Tempat tu dah buat elok untuk tadahan air. Apalagi jom ngetesss, kita mandi dulu!!!
Waaaaaaahhhhh... sejuknyaa.. sejuk sejuk sejuk dapat la 3,4 ceduk air cukup la... air terjun kot. sejuk sekali. Sumber air bersih ni. Boleh buat air minum ni.. 
Nelayan-nelayan pun banyak berlabuh kat sini untuk dapatkan sumber air. Kalau ke Pulau Perhentian jangan lupa singgah di sini. Eh, macam naik kereta pulak boleh singgah-singgah haha. Ajak la tekong tu, pemandu bot tu bawa ke sini. Menikmati keindahan alam dan ciptaannya yang berhikmah.

Lagi cerita pengalaman di Pulau Perhentian boleh baca bawah ni.
Part 1 : Percutian ke Pulau Perhentian
Part 2 : Perhentian Island Resort

Part 3 : Snorkeling di Pulau Perhentian

No comments:

Post a Comment