Showing posts with label #misi75kg. Show all posts
Showing posts with label #misi75kg. Show all posts

Saturday, January 20, 2018

Susut 2kg dengan C-Trimax | Formula Kurus Tanpa Berlapar !

"Kejap naik kejap turun kejap naik kejap turun". Itu la AKU! Dengan misi #jomkurus yang aku buat tiap-tiap tahun. Memang semua teknik aku buat berhasil menurunkan tapi nak menten tu yang perlu disiplin yang tinggi. 2018 ! Awal-awal tahun dah start dah. Gigih betul haha, selalunya hujung quarter 1 baru start. Mungkin sebab aku tak sabar nak test produk baru yang aku dapat. Produk apa plak ? 
C-Trimax | Formula Kurus Tanpa Berlapar
Apa C-Trimax ni ?  Produk minuman untuk kurus yang boleh membuang toksin di dalam badan secara natural dan mencairkan lemak yang tertumpu kepada semua anggota badan. Berfungsi seperti Fat Burner, kalau nak kesan yang cepat korang sekalikan dengan workout. Fuhh memang cepat hasilnya. Bahan-bahan 100% daripada buah-buahan dan berperisa buah markisa dengan ekstrak buah guarana. Jangan bimbang C-Trimax mempunyai kelulusan KKM dan selamat digunakan. 
Dalam seminggu lebih, aku loss 2kg. Okeh la tu kan? Nah gambar sebelum makan C-trimax dengan selepas beberapa hari. 
85kg sebelum dan selepas 83kg. Syok oo dapat turun cepat hehe.. Banyak baju dah tak muat oii. 

Testimonial 
Apa yang best pasal C-trimax ni. Okeh aku paling suka rasa dia, cam air jus, air buah. Jadi nak minum pun senang. Nak minum ni tak perlu berlapar, korang breakfast pepagi lepas tu minum C-trimax ni. Aku minum sekali je sehari. Dari testimonial aku sendiri, C-trimax ni akan mengurangkan keinginan nak makan. Kadang-kadang bila dah sampai lunch hour, aku hairan kenapa takde selera (rasa) nak makan. So dari sini aku pasti dengan pengambilan C-trimax ni cut selera dengan secara tidak langsung aku dapat mengurangkan dan mengawal nafsu makan aku seharian. 

Apa kelebihan-kelebihan C-trimax ni ?
  • Menghalang pembentukan lemak
  • Mengawal berat badan
  • Mengurangkan dan mengawal selera makan
  • Mengurangkan kolestrol
  • Menambah tenaga
  • Melancarkan dan membaik pulih peredaran darah.
  • Membuang toksin dalam badan

Cara pengambilan dan penggunaan C-trimax
  • Bancuh sacket Ctrimax dengan air masak (150ml) 
  • Kacau sebati dan minum serta merta
  • Minum selepas sarapan
Nota : 
  • Untuk berat badan 70kg ke atas kena ambil 2 sacket sehari.
  • Untuk berat badan 100kg ke atas kena ambil 3 sacket sehari.
Nampak tak ? Kempis sikit perut aku.. Jadi korang yang nak turun berat badan tu, boleh la cuba-cuba Ctrimax ni. In Shaa Allah kalau kena dengan cara, korang akan susut dalam masa yang singkat. Okeh kalau nak cuba boleh klik terus link kat bawah ni. Selamat mencuba ! 

Facebook : C-Trimax Malaysia
Instagram : @Ctrimax

Boleh contact nombor agent +60 10-330 0886 ni terus pun takpe. Lagi senang urusan. 

**aku nak repeat order.. 

Thursday, July 24, 2014

Berat badan bawah 75kg | Complete Wishlist Tahun 2014



Alhamdulillah sempura sudah Wishlist aku tahun 2014. Tak sangka baru bulan 7 dah tercapai semuanya. 3 je pun wishlist ni. Tapi aku akui wishlist yang pertama [berat badan bawah 75kg] ni paling sukar sekali buat. Juga merupakan wishlist carry foward aku dari tahun lepas. Yang tak pernah lepas-lepas. Berat asal 86.3kg dan aku target bawah 75kg. 
Akhirnya #misi75kg aku terlaksana pada 23/7/2014. Berat aku sekarang 73.9kg
Penurunan sebanyak 12.4kg start dari pertengahan bulan Mac
Faktor bulan Ramadhan ni juga membantu berat aku terus turun. Kuantiti makan sahur dan berbuka dikurangkan. Dah turun ni kena la mentenkan. Bab menten yang paling sukar ni. Tambah pulak Raya tinggal beberapa hari je lagi. Yang menanti rendang daging, ayam, ketupat, satay, lemang.. Fuhh tergugat beb.. Apapun sapa-sapa yang ada wishlist turunkan berat badan, goodluck, kalau ada kesungguhan pasti boleh punya.. 

Yahooo..............

Saturday, July 12, 2014

Berat terkini aku | Naik atau turun?

#misi75kg aku sebenarnya sudah tamat hujung bulan Mei hari tu [tapi dalam wishlist kira setahun]. Serius tidak berjaya dicapai. Cuma mampu sampai 78.1kg [refer] je dari berat asal 86.3kg. Bulan Jun aku terpaksa skip misi sebab nak main weight, aku stop main kardio cuma untuk warming up buat sikit-sikit. Kecewa pun ada sebenarnya. Main weight ni silap haribulan badan naik lagi sebab gain muscles, muscles kan berat. Tak sampai sebulan aku main weight...
Bulan Ramadhan kunjung tiba. Bulan puasa ni aktiviti GYM aku stop kejap. Bukan tak nak buat tapi masa terhad, malam kang gi terawih. So aku decided bulan puasa ni aku cuma jaga makan je . Bersahur dan berbuka dengan kuantiti yang tidak terlalu berat
10hb julai hari tu aku saja pergi test timbang [tempat sama aku timbang sebelum-sebelum ni] dah lama aku tak timbang. Last bulan Mei kalau tak silap..

......dan amat mengejutkan aku bila tengok resultnya. Nasib baik beruk je takde.
Tengoklah...
 
Sikit lagi you.. dah sampai angka 75 tuuuuu... Aku ingat kalau bulan puasa ni aku menten pemakanan aku, InsyaAllah boleh capai #misi75kg ni... boleh update wishlist tahun ni..


Ukur lilit perut aku yang asalnya membuncit 40 inches sekarang dah susut ke
 37 inches. Syoknya raya macam ni..... kena menten ni. Raya dah nak dekat!!

Boleh rujuk:

Monday, May 5, 2014

Berat terkini selepas 47 hari #misi75kg

 MULA: 17 MAC 2014
TAMAT: 31 MAY 2014  (Tempoh 76 Hari)
BERAT ASAL : 86.3KG
 

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Ini berat terkini aku setakat 02/05/2014 (Jumaat)

TARIKH: 02 MAY 2014 
BERAT : 78.1KG
LOSS : 2.2KG [previous]
TOTAL WEIGHT LOSS : 8.2KG (47 days)

3KG lagi nak kena buang. Hari ni tinggal 27 hari je lagi. Mampukah aku mencapai #misi75kg?? Sama-sama kita nantikan. Harap kawan-kawan bagi support. Okeh..
Selingan gambar sikit. Ini nak weight loss ke nak bina badan.. Ngeeee3x Cabuttt....

Tuesday, April 29, 2014

Pecah rekod 2km dan 3km peribadi #misi75kg

Day 14 - 26/4/2014 (Sabtu)
Memandangkan dah skip GYM hari khamis lepas so aku ganti sesi pada hari sabtu. Kali ni aku pergi kat gym luar pulak berdekatan dengan rumah. Macam biasa aku lebih prefer berlari kat treadmill. Pecah rekod peribadi bak ang.. Tengok bawah ni..
Latest : 2km = 13:10 minit. 
Beza 40 saat.
Latest : 3km = 19:04 minit. 
Hampir 4 minit beza.
Faktor yang mempengaruhi larian treadmill ni adalah lokasi treadmillnya. Macam kat GYM ofis aku mengadap dinding. Bila mengadap dinding seolah-olah ada satu halangan dan bebanan menyebabkan mental cepat lemah. Kurang kepuasan cepat letih. GYM yang kat luar aku pergi ni mengadap tingkap. So aku boleh tengok pemandangan. Mental free dan boleh fokus pada larian. Korang try tengok.. CAya tak cakap aku.

#misi75kg

Wednesday, April 23, 2014

Day 13 - Kardio Pecah rekod Peribadi #misi75kg

22/4/2014 - Day 13 (Selasa)
Buat Burpees semalam terasa sakitnya hari ni. Terasa kat bicep and tricep aku.. So hari ni aktiviti libatkan tangan aku restkan. Aku buat cardio treadmill. Seriusly tak sangka aku pecahkan rekod peribadi aku sendiri. 
Lihat previous gambar bawah ni.
2km dalam masa 15.33 minit.
Ni rekod baru aku. 2km dalam masa 13.51 minit. Layan speed 9 je sampai 2km. PErghh tercungap-cungap rasanya.

Lepas abis treadmill aku rehat kejap then aku buat Sit up 15-15-10 (rep)
then sambung dengan
Leg Extensions (kaki)
Duduk aku buat 15-15-15 (reps )
Meniarap aku buat 15-15-15 (reps) jugak.
Aku tak sure pulak brapa berat yang aku angkat. Nanti check balik. Gambar atas ni contoh je bukan aku angkat banyak tu. Ini mau tercabut kaki aku ni.. Haha..
Finishing aku, buat warm down dengan berjalan laju atas treadmill 6 speed sejauh 1km. Settle workout aku.

#misi75kg

Day 12 dan 35 hari perkara yang berlainan #misi75kg

Mungkin ada yang heran dengan Day 12 aku ni. Kenapa baru 12 padahal dah 35 hari dah masa berlalu. Actually Day 12 ni base on brapa kali aku workout kat GYM. Kalau minor-minor buat kat rumah tu aku tak kira. Tu sabagai memaintainkan berat yang sedia ada. Takut-takut ternaik pulak lemaknya.  
35 hari pulak dikira sejak misi bermula 17/3/2014. Anyway DIET jugak kena jaga sebenarnya dalam misi weight loss aku ni. Kalau tak jaga agak sia-sia jugak workout. 

21/4/2014 Day 12 - (Isnin)
3-5 minit aku buat warming up. Tak nak agresif sangat sebab hari ni nak buat  
Burpees 10 reps x3, Mountain Climber 30 reps x3 dan Jumping Jack 30saat x3.. perlukan tenaga lebih.
Refer Post Day 11(Klik)
Sama je aktiviti aku buat. Tapi seriusly Burpees workout memang buatkan aku berasap berpeluh-peluh.. Tambah sit Up 10 reps x3

Minggu lepas banyak rest sebab kerja luar pejabat terpaksa skip workout. Tapi aku ada ganti sikit dengan 2 km jogging last Sunday. Main 2km je mampu. Haha.. Nak berKM KM ni memang tak mampu. Aku punya teori kalau dah burn kalori mesti ada hasilnya.. 

#misi75kg

Tuesday, April 22, 2014

Berat terkini Selepas 35 hari #misi75kg

 MULA: 17 MAC 2014
TAMAT: 31 MAY 2014  (Tempoh 76 Hari)
BERAT ASAL : 86.3KG
 
21/4/2014 -Isnin
WOwww... berat aku turun lagi. Dah 80.3kg dah berat aku.. Fuhh Fuhh tak sabar nak tengok angka 7... Check this out .. Printed measurement kat bawah ni.
TARIKH: 21 APRIL 2014 
BERAT : 80.3KG
LOSS : 2.1KG
TOTAL LOSS : 6KG
 PREVIOUS WEIGHT
TARIKH: 10 APRIL 2014 
BERAT : 82.4KG
LOSS : 2.1KG
TARIKH: 31 MAC 2014 
BERAT : 84.5KG
LOSS : 1.8KG
Dalam masa 35 hari aku dah loss 6kg. Tinggal 41 hari lagi. (base tarikh 21/4/2014)
Mampukah aku loss 5kg lagi? Nantikan result minggu depan. InsyaAllah...
#misi75kg

Monday, April 14, 2014

Day 11 - Bakar lemak dengan Burpees Workout #misi75kg

Weekday aku tak ambik nasi kalau boleh. Dah masuk weekend pemakanan agak sukar dikawal. Tambah pulak kalau wife masak, tergoda iman. Menternak lemak la jawabnya. Walaubagaimanapun aku tetap cuba mengawal pengambilan nasi dalam suku pinggan je. Makan lauk plak melebih-lebih.
So balasannya hari ni kena kerja keras sikit. Huarghh.. 

Day 11 - 14/4/2014 (Isnin)

Hari ni aku tambah routine baru Burpees Workout dan Mountain Climber. Haa macam mana burpees tuMountain climber ? Bukan panjat gunung tau. Ok aku start dengan Jumping jack dulu..
Jumping Jack 
Aku dah cerita dah pasal jumping jack ni dalam day 9 workout. Yang ni aku seronok buat. Pasang pulak lagu best-best memang layan. Buat warming up best ni. Aku buat
 30 saat = 5 set

Burpees Workout
Ni dia Burpees Workout. Kalau tak biasa buat macam susah je tapi kena try pelan-pelan sampai dapat step. Tengok youtube aku share atas ni. Ini kalau selalu buat kejap je boleh loss weight. Cuma tahan tak tahan je. Untuk Beginner aku buat
10 reps = 5 Set
 Mountain Climber
Ala starting line acara berlapan. Routine ni aku buat 
30 reps = 5 Set 
(Aku start kira bila kaki aku bergerak, kiri kanan, kiri = 1,2,3 sampai 30 rep)

Aku buat 3 routine atas selang-selang bukan 1 routine 5 set terus.  Dah complete sampai 5 set aku rest kejap. Tercungap-cungap aku. Abis sebotol air mineral aku tadi.

Settle workout aku hari ni. Esok sambung pulak. Badan dah lenguh-lenguh dah ni, tisu koyak. Ok la nak cari routine lain pulak. prepare untuk esok.

#misi75kg

Friday, April 11, 2014

Result Weight Loss Aku #misi75kg

MULA: 17 MAC 2014
TAMAT: 31 MAY 2014  (Tempoh 76 Hari)
BERAT ASAL : 86.3KG
 
TARIKH: 31 MAC 2014 
BERAT : 84.5KG
LOSS : 1.8KG
Serius minggu pertama, agak slow start. Enjin tak panas dan tak brapa nak serius.

TARIKH: 10 APRIL 2014 
BERAT : 82.4KG
LOSS : 2.1KG
Dalam masa 10 hari aku loss 2.1kg. Agak slow jugak la. Kena usaha gigih lagi ni.
 
TOTAL LOSS (25 Hari) : 3.9KG
 7.4KG lagi nak kena LOSS dalam masa baki 51 hari...  
Go go go!!!
#misi75kg

Day 10 - Abs Workout II #misi75kg

DAY 10 - 10/4/2014 (Khamis)
Hari ni aku buat routine sama dengan DAY 9. Tapi aku tambah reps dari 10 reps ke 15 reps. Aku buat 4 set. Dah settle tu aku tambah lagi 2 routine iaitu 
Sit Up Bench & Jumping Jack
Sit Up Bench 
10 reps x 3 set
Jumping Jack
30 saat x 3 set
Fuhh.. Buat jumping jack (lompat bintang) memang terasa dia punya burn. Bagus untuk warm up sebenarnya. Kalau nak burn kalori lagi sangat bagus. So settle DAY 10 dengan 5 routine. Masa untuk timbang berat. Tunggu next entri. Result dah ada..

#misi75kg

Tuesday, April 8, 2014

Day 9 - Abs Workout #misi75kg

DAY 9 - 8/4/2014(Selasa)

Hari ni aku buat abs workout (perut). Buat yang ringan-ringan dulu. Nampak je macam ringan tapi boleh kejang perut.
  Tiga(3) routine workout aku buat hari ni 
reverse crunch, toe-touch crunch dan plank
Kalau yang tak biasa dengar, memang apa benda ni reverse la, crunch la bagai.. Tapi itu lah istilah-istilah workout. Aku sendiri pun bukan ingat. Ada macam macam jenis. So jom tengok gambar bawah ni. Kalau nak try jom.. Btw rep = repetition (pengulangan)
1. Reverse Crunch
 Step 1 - Baring lurus kan badan, tangan lurus tahan kat lantai,
Step 2 - bengkokkan lutut angkat kaki gambar A , 

Step 3 - tarik nafas, angkat punggung ke atas,
Step 4 - lepas tu turunkan kaki(gambar C) kaki masih tergantung,
Step 5 - Ulang balik step 3
(10-20 reps)
2.  Toe Touch Crunch 
Baring, angkat kaki lurus ke atas dan angkat badan cuba sentuh jari kaki, kalau bengkok sikit lutut pun takpe. Kalau mampu yang lurus lagi mantap.
(10-20 reps)
3. Plank
Plank ni korang tengok gambar, nak explain pun tak reti. Korang follow gambar ni tahan dalam posisi sama selama 30 saat atau lebih. Kalau dapat tahan sampai 2 minit tu dah power tu. Plank ni takde reps. Abis plank ni kira 1 SET.  Rehat 30 saat atau seminit, ulang balik 3 routine ni. 
Buat 4 set.

Perghh you can feel the burn of your fat.. omputih cakap la.. Aku buat 10 reps je each, plank 30 saat, pelan-pelan nak biasa kan perut dulu. Kang senak.  So sebelum start pastikan warming up dulu.. Kasi bicycle/ treadmill 5 minit dan buat streching sikit. Settle Abs Workout hari ni 4 Set.

#misi75kg

Monday, April 7, 2014

AKU & GYM | #misi75kg | Day 8 - Mampukah aku buat 3km?

Tak rasa Monday Blues pun hari ni, entah kenapa.. Semangat berkobar agaknya.. Haha..
Sarapan pagi di mula dengan Sante Granola Fruit Crispy Cereal Flakes mengandungi Cranberry, Blueberry, Strawberry, Chokeberry, berries semuanya.. Hmm sedap dimakan dengan Susu. Sebelum pergi gym tadi makan 2 potong betik. Nak cari pisang takde pulak, pisang goreng ada ler. Huh itu kalau boleh nak elak.. 
So ni la dia kenapa semangat berkobar-kobar.. Ada pembakar semangat..
 Reebok Sublite Tempo | Running Shoes kasut baru
Haha semalam baru sambar, hari ni kena rasmi la, hehe.. Kalau tak kerana 50% diskaun takde nyer nak beli. Bila dah diskaun baru la nampak mampu milik. Lagipun tengah mencari kasut running. So hari ke-8 pergi GYM so jom tengok hasil hari ni. 
Jeng jeng jeng.....

DAY 8 -7/4/2014 (Isnin)
Time : 23.57 min
Distance (km) :3.01
Calories : 215
Yahoooo BERJAYA mencapai target 3km.... tapi sangat-sangat semput. Tadi pada jarak 2.5km paha aku nak kejang dah. Gagah jugak la nak abiskan 3km. Sebab aku dah letak target hari ni. Kalori pun burn banyak gak.. Memang mandi peluh la tadi.
Inilah peneman tadi. Pasang lagu kuat-kuat dalam GYM. Selamber je, nasib baik kengkawan semua layan..
Esok beraksi lagi. Chaiyokk Chaiyokk

#Misi75kg

Saturday, April 5, 2014

Day 6 & 7 - Catatan rekod peribadi #misi75kg

Berat aku setakat 31 Mac 2014 
Turun : 1.8kg
Berat asal : 86.3kg KLIK
Sekarang : 84.5kg

DAY 6 -1/4/2014 (Selasa)
Time : 20.12 min
Distance (km) : 2.03
Calories : 137

DAY 7 -3/4/2014 (Khamis)
Time : 20.01 min
Distance (km) : 2.33
Calories : 116
 Dengan tambahan pemberat kat kaki.

Improve jarak kepada 2.33km (distance) dalam masa 20 minit. Namun rekod terbaik Day 3 dalam masa 15.33 minit untuk 2km. 

#misi75kg

Tuesday, March 25, 2014

Day 4 & Day 5 - BOOST UP #misi75kg

Day 4 - 24/3/2014 (Isnin)
Task sama kardio jugak, tapi berjalan berjogging dan berlari laju (speed 10).. Total semua skali 3km.. Tak ambik gambar hari ni. Bateri kong.. Petang pergi timbang seriusly sangat sedih, rasa macam dah pulun dah, tapi 100 gram pun tak turun berat aku ni. Padahal makan dah kurang, siap makan diet shake lagi. Something wrong somewhere ni.. Huh tak boleh jadi ni. So next...

Day 5 - 25/3/2014 (Selasa)
 Time : 20.02 min
Distance (km) : 2.02
Calories : 107

Boost day... Agak berat sikit training. Sikit je berat. Still buat kardio treadmill. Apa yang berat tengok gambar bawah ni. Haa...
Aku tambah pemberat kat kaki. Berat 1 kg(Sebelah-sebelah 500gram) Boleh tahan jugak nak angkat kaki. Apapun lepas la target, berjaya settlekan 2km. Aku harus gigih. Esok(rabu) rest pasal GYM untuk turn gegurl. So hari khamis sambung balik. 

#misi75kg

Jugak boleh usha progress di bawah ni..
Day 1 , Day 2 & 3

Thursday, March 20, 2014

Day 2 & Day 3 - Kardio #misi75kg

Day 2 - 18/3/2014 (Selasa)
Time : 9:08 min
Distance (km) : 1.04
Calories : 92
 Jogging nak panaskan badan, 9 minit untuk 1 kilometer.

Day 3 - 20/3/2014(Khamis)
Time : 15:33 min
Distance (km) : 2.01
Calories : 150

Hari ni tampil dengan speed yang agak laju. 
15:33 minit untuk 2 kilometer.  
Bagi aku laju la, aku bukan marathoner pun. Beginner pun tak.Tercungap-cungap nak sampai 2 kilometer...
Petang ni sambung futsal pulak. Burn dan burn lagi...


Demi mengejar #misi75kg

Tuesday, March 18, 2014

AKU & GYM | #Misi75kg | Day 1 - MISI Bermula

MISI 75KG: ON
MULA: 17 MAC 2014
TAMAT: 31 MAY 2014 
 BERAT : 86.3KG
PERUT : 40 INCI
Ukurlilit perut max (bila dikembungkan) (ini pregnant ke apa ni)

DAY 1 - 17/3/2014
Hari ni aku lari kat treadmill. Semput erkk.. Lama dah tak lari. Macam lah aku ni kaki lari hehe.. 
So ini hasil hari ni. Agak peluh jantan gak yang keluar tadi.
Time : 21:34 min

Distance (km) : 2.05
Calories : 120
#Misi75kg

Friday, March 14, 2014

Giveaway SlimFast Diet | Mia Liana | Aku antara 40 Blogger yang berjaya

Semalam aku balik rumah tengok ada notis poslaju kat pintu. Aku ada purchase apa eh? Barang online ker? Tanya wife aku kata bukan, sah-sah nama aku takkan wife aku pulak kan. Kot ler beli barang pos guna nama aku.[sambil buat dahi berkerut-kerut]
Hmm, malam tadi kisahnya member aku Mr. Careno tanya dah tengok ke 
Aku cakap belum. Apalagi aku terus check result la.. Alhamdulillah [versi ujang] tersenarai sebagai pemenang GIVEAWAY SLIMFAST DIET dari MIALIANA
"Terima Kasih Mialiana"
 
Terus aku agak mesti poslaju tu GiveAway ni..Slamber je agak, poslaju pun tak claim lagi. Esok baru claim.. Hehe.. SlimFast tiba tepat pada masanya. #misi75kg Chayokk chayok!!

Thursday, March 13, 2014

AKU & GYM | #misi75kg SEBELUM JUN 2014

GYM dah buka!! Huh Tiba-tiba aku rasa satu macam aura. Masanya telah tiba untuk hapuskan lemak-lemak berlebihan ni.. Dah lama sangat menjadi parasit kat badan ni. Mission untuk merealisasikan Wishlist yang PERTAMA. Barang gym pun nampak dah banyak tambahan..



MISSION : ON
START: 17 MAC 2014
END: 31 MAY 2014 

Details akan di publish next entry..