Sunday, September 16, 2012

Nasi Lemak Jalan Hajjah Normah

Lokasi: Cheras Batu 9, Hulu Langat, terletak berhadapan dengan Klinik Kesihatan Batu 9. Kedai nasi lemak Hajjah ni memang cukup terkenal. Apa keistimewaannya korang gi lah rasa sendiri. Bagi aku memang meyelerakan dan sedap. Gambar ni aku ambik dalam pukul 9 pagi tadi. Aku gi tapau je. Tak sure buka pukul brapa tapi tutupnya kalau abis tutup lah. Jangan datang lambat kang melepas pulak. Ada lauk sambal sotong, ayam merah, begedil, paru rendang. Selain itu ada roti canai dan femos roti telur. Torai jangan tak torai..
Lauk pun dah nak abis. Sabo je la. Kalau makan kat sana pergh memang terbaek kena plak teh tarik(sedap)
Korang boleh bayangkan suasana begini. Ramainyer orang, bratoq bak ang. Nasib baik hari ni bukan rabu, kalau tak dah masuk gambar ni dalam wordless wednesday :p

Apapun takleh la makan selalu, kesihatan harus diutamakan.Skali skala teringin tu boleh la merasa.

7 comments:

  1. Wah..ramainya orang.. Nampak sedap.. kena try ni..

    ReplyDelete
  2. Boleh try ni...bukan jauh mana pun... heeee

    ReplyDelete
  3. try-try tgk blog hainom pun byk pasal makanan.. leh tambah entri..

    ReplyDelete