Wednesday, September 26, 2012

Terapi Minda

Dalam kesibukan jem balik rumah semalam sempat aku mencari idea macam mana nak simpan koleksi-koleksi mainan Mcd anak-anak aku. Mainan berselerak dan merata-rata, sampai ada yang hilang tak tau kat mana simpan. Nak elak benda-benda mcm ni aku kena buat sesuatu. So sampai je rumah terus ambil perkakasan. Papan dah ada tunggu nak pasang je sebenarnya. Haha, aku je yang malas, tercari-cari mood gak sebenarnya. Time cuti tak buat tapi time keje hegeh-hegeh nak buat. Benda simple je pun. Pasang rak.

Barang keperluan, tukul, drill, wall plug, penimbang, skru. 
Tips* Kalau nak drill tak nak ruang tu berhabuk sediakan vakuum cleaner. Minta la sapa-sapa tolong tala vacuum kat arah tempat drill tu while drilling process. So habuk tu terus disedut oleh vacuum.
 Siap sudah. Nampak senang tapi gara-gara skru tak sama saiz mati akal gak dibuatnya.
Inilah hasilnya. Ok tak? Letak setempat je, senang tak hilang. Ada lagi yang tak letak ni, tak muat daa. Apapun kemas sikit bilik. Bila dah kemas minda pun tenang.. ::Terapi minda::

7 comments:

  1. cun cun... tp kalau letak tinggi sgt x nmpak nnti...

    ReplyDelete
  2. Wahh byknya koleksi mainan MCD ^^
    nice rak mcm ni, nk letak perhiasan pun cantik je ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah letak frame gambar pun cun. Letak pasu2 kecik pun cun.

      Delete
  3. beli wall shelf masa baru pindah rmh thn lps..tp br je pasang :( anyway mainan x sepah lg. :)
    **makluman-ada lg yg x pasang tau, en.suami..nanti tlg pasangkan yer. hehe

    ReplyDelete