Monday, September 3, 2012

Penghargaan buat gigi aku

Hari ni dalam sejarah aku, 3 September 2012, appointment dengan doktor gigi untuk buat Scaling gigi. Nervous yang amat. Mana taknya 1st time aku buat scaling ni seumur hidup aku. (tutup muka, malu). Doktor geleng kepala. Hahaha.. Dulu aku tak ambik kisah, sekarang aku ambik kisah. Doktor ni pun satu gak, takde nak saiko-saiko bagi tak cuak. Ni siap bagitau nyilu ni, memang sakit. Gelabah aku dibuatnyer..

Ok by the way.. Apa itu scaling gigi. Erm secara teorinya aku describe sebagai pembersihan dan pembuangan karang-karang yang telah bertapa pada gigi. Tengok gambar ni. Macam ni la, korek sana korek sini. kalau karang dah makan gusi dikorek lagi dalam.. Errkkk..

Memang boleh tahan nyilu nyer, berdarah-darah. Bunyi peralatan tu mcm bunyi mesin asah pisau. Perrgh ngeri... Apapun tipsnya korang genggam je paha tu kuat-kuat hehehe...
 
Gambar contoh. Beginilah keadaan aku tadi, nak suruh je pembantu doktor tu tangkap gambar tadi. Risau la pulak kang takde sape lak sedut air yang bertakung dalam mulut aku tu.

Hampir 15 minit gak pertarungan tadi, akhirnya settle. Ringan rasa gigi-gigi ku. Alhamdulillah. Tapi darah kuar tak henti-henti. Kejap-kejap kena kumur.. Don worry lah, takde hal tu. Hargailah gigi anda. Okbye..

10 comments:

  1. aduuhhh terasa nyilunye.. arrhhh!!

    ReplyDelete
  2. macam best jew.. :D follow blog ni.. ;D

    ReplyDelete
  3. Da lama tak wat..rasanya last masa study kat upm je..pastu xda da..hehe

    ReplyDelete
  4. owh.. at least dah penah buat, ok la tu.

    ReplyDelete
  5. balik baru ni nak buat gak tp mak kata jgn buat slalu... nnti gigi jarang... hmmm... tunggu blk kg skali lg nak buat lagi...

    ReplyDelete
  6. Done Follow.. Pernah jugak buat 'Scaling' gigi beberapa bulan yang lepas, ade jugak rasa ngilu sikit2x tapi tak sakit pasal doktor yang buat scaling gigi tu sendiri adalah perempuan muda dan cun pulak... kih2x.

    http://senik-arman.blogspot.com/2012/08/segmen-jom-tambah-follower-blog.html

    ReplyDelete