Tuesday, February 23, 2016

D' Pallet Place Langat | Antara tempat makan menarik di Langat

Fuhh makin banyak restoran-restoran buka kat area langat ni. Baru ni ada restoran baru buka pulak. D' Pallet Place! Dekat dengan rumah pulak tu. Ini boleh jadi jadi pot baru lepas ni. Aku tengok restoran ni macam ala-ala hipster? Ke konsep je? Haha keunikan suasana D' Pallet Place makan atas meja kerusi yang diperbuat dari palet. Fuhh memang menarik gak. Tapi apa yang aku prasan D' Pallet Place ni ada banyak kedai makan lain-lain boleh dikira macam Food Junction atau Food Corner. Ada masakan tom yam, char kuey teow, nasi lemak, steamboat, sotong bakar dan tak lama lagi satay (belum buka lagi)..
D' Pallet Place Langat
D' Pallet Place, Langat
Lokasinya terletak sebelum Stesen Minyak Petron batu 9, Langat. Sebelum sampai sekolah bukit raya tu. Try guna waze, kot-kot dah boleh jumpa. Kalau aku takyah guna waze la, 5 minit je dari rumah.
D' Pallet Place Langat
CHAR KUAY TEOW PERLIS
D' Pallet Place Langat
Ada Char Kuay Teow dan Kuay Teow Kerang !! Malam tu aku makan Kuay Teow Kerang. 
D' Pallet Place Langat
Kuay Teow Kerang Perlis
Boleh tahan gak sedap! Next time try Char Kuay Teow pulak. Alamak tengok gambar pun aku dah terliur dah. Alahaii !! 
D' Pallet Place Langat
FRIED & BBQ BIG SQUID
Sebelah Char Kuay Teow ada FRIED & BBQ BIG SQUID. Yang ni aku belum torai lagi. Tapi tengok memang nampak menarik. Lepak sambil minum teh tarik ke nescafe tarik ke. Best gak. Besar jugak sotong dia. RM10.00 Saiz sotong(XL) Harga lain-lain tu sebab kalau letak cheese tambah rm2.00 je. 
D' Pallet Place Langat
Sotong XL 

Yang kedai Tom Yam aku pernah rasa, biasa-biasa je macam rasa kat kedai Tom Yam biasa. Cumanya tak puas nak hirup kuah. Sikit sangat hehe.. Steamboat belum torai gak lagi.. So itu je la nak kabo. Nak datang langat boleh la singgah sini.