Nuffnang

Cosmoderm

cosmoderm

Monday, February 15, 2016

Koleksi Thomas & Friends Minis | Gordon No 4

Sekarang ni kat Giant Hypermarket Cheras Batu 9 ada jual Thomas & Friends Minis. Pek-pek kecik Thomas & Friends. Sapa-sapa yang suka dan pengumpul Thomas & Friends ni boleh la kumpul mini ni. Serius comel-comel semuanya... Susun panjang-panjang.. Tut...tut..tut.. keretapi nak lalu.. Haha..

Thomas & Friends Minis
Rasa lebih dari 50 biji untuk dikumpul dengan lain-lain jenis. So ni koleksi pertama Thomas & Friend aku. Gordon No 4.
Gordon | Thomas & Friends No 4
Kecik je sebenarnya, jangan terperdaya dengan saiz gambar ni. Haha.. nama pun minis, kecik la.. Kat bawah ni checklist yang dapat sekali dalam pek minis ni. Setelah dikira kasarnya mengikut checklist ada total sebanyak 53 biji untuk dikumpul. Wow menarik tu... 
By the way, Thomas & Friends Minis ni lucky pick. Maksudnya kita tak boleh pilih item yang kita nak. Ikut nasib lah, dapat item yang mana nanti.. Hehe.. Yang menarik ada koleksi DC Super Friends | Super Heroes. Cepat-cepat macam limited je tu.. Selamat mencuba..