Sunday, September 24, 2017

Showroom.car Apps cara mudah untuk survey kereta secara Online

Toyota Wish idamanku.. Belum apa-apa dah berangan haha.. Senang cerita, sekarang ni aku pakai Toyota Vios. Tahun ni masuk tahun ke-8 dah pakai Vios ni. Tinggal setahun lagi abislah loan. Fuhh lega.. Tapi belum abis dah berangan, bila nak abisnya. Okeh kenapa aku berangan.. 

Keluasan dan keselesaan
Anak 3 orang, 2 dah bersekolah, sorang lagi baru 2 tahun. Bukan tak muat tapi kadang-kadang sempit bila time pergi berjalan atau balik kampung. Beg saja dah berapa, bawa pula stroller si kecik tu terus penuh bonet. 

Manual vs Auto
Vios aku pakai sekarang model J manual, jadi agak terkesan gak bawa bila berjalan asyik jem je. Tau la kan jem kat Kuala Lumpur ni macam mana. Even sekarang ni pun kalau perjalanan jauh masuk highway pun selalu jem. Stress oo jem kat highway. Asal sangkut je, mula lah cakap nak tukar auto nak tukar auto.. 

Value
Kenapa aku berangan nak tukar awal-awal? Kenapa tak tunggu lama lagi. Okeh, bukan apa value kereta ni makin lama makin turun. Kalau aku tunggu lagi lama silap-silap takde harga kereta aku nanti. Kalau tempoh tahun depan ni aku rasa masih ada value dan duit tu la aku nak buat downpayment nanti. Bayar downpayment tinggi sikit, dapat la kurangkan bayar bulanan. 

Survey kereta Kat mana nak survey kereta recon ni ? Sebenarnya aku pun tak tau nak survey kat mana sebelum ni. Sama ada aku mungkin akan tanya kawan-kawan atau pergi survey sendiri kat showroom atau kat premis jual kereta terpakai. 

Aplikasi Showroom.car
Sampai la aku diperkenalkan dengan apps showroom.car ni. Memang senang sangat nak survey kereta idaman pakai apps je. Tak perlu susah-susah cari kedai dulu. Meh aku tunjuk sikit cara nak guna apps showroom.car ni. 

Cara nak guna apps showroom.car
1. Download Apps Showroom.car di Google Play atau Play Store dan Install
2. Select Condition(All, New, Used, Recon) Select Car Make, Select Model, State, Max Price dan search..
3. Untuk more spesifik klik pada Advanced Search. Kat situ boleh choose year, mileage, range price dan lain-lain.
Showroom.car apps
4. Results search dah kuar. So pilih la mana-mana.. 
5. Contoh pilihan 2011 Toyota Wish 1.8 harga RM102,000 then boleh check details lagi..
6. Check Dealer's Profile, contact dealer. 
Tu je, senang kan pakai apps. Cari je nak kereta apa. Nanti apps tu akan filterkan mengikut apa yang korang nak. Aku dah nampak dah sikit-sikit bayangan. Korang boleh tonton video bawah ni. 
Ada tutorial dalam video ni. Kalau tak boleh play korang klik sini. Cara paling mudah nak survey kereta secara online. Tunggu apa lagi download apps showroom.car di Google Play dan App Store, jimat masa dan jimat tenaga. Doakan aku murah rezeki, dapat drive kereta idaman.. Amin.. 

3 comments:

  1. mudahnya..skrg org malas nak kuar cari kete..nah hadaplah fon tu cari kete idaman ye tak hihihi

    ReplyDelete
  2. lagi senang la lepas ni kalau ada aps gini

    ReplyDelete
  3. mudah sgt! kalau lepas ni nak cari kereta mesti lgi mudah

    ReplyDelete