Wednesday, October 31, 2012

Hari Raya Aidil Adha 2012

Belum terlambat lagi aku nak buat entri untuk Hari Raya Aidil Adha yang lepas. Raya seperti biasa kat umah mertua kat Kampung Pakri, Kuala Kangsar. Tahun ni lembu korban nampak lebih besar berbanding tahun-tahun sebelum ni. Alhamdulillah. Jom usha-usha..
 
Seronoknya bebudak ni. Kecik-kecik dah berani tengok orang buat korban. Korang dah besar nanti leh tengok gambar ni. Kenangan ni, adik beradik sepupu sepapat..
Proses tumbangkan lembu sampai rebah. Pengalaman pertama aku turut serta pegang(tahan) lembu sebelum disembelihkan. (Takde gambar sebab takde sapa ambik gambar). Masa tu aku berdiri betul-betul sebelah ustaz tu, masa dia start toreh tu aku tengok kejap terus aku tengok tempat lain. Risau gak kang lembu tu melompat ker..
Gotong royong melapah daging lembu. Berseri-seri muka dorang ni. Ini satu ibadah jugak ni.
Kaum wanita turut serta dalam pengagihan daging-daging korban.
InsyaAllah kalau dipertemukan dengan Hari Raya Korban tahun depan, aku nak belajar melapah daging. Umur dah meningkat tapi takde pengalaman lagi. Sampai bila nak tengok je kan. Tapi masa ni aku tolong gak tarik-tarik lembu masa nak rebahkan, pastu tahan lembu. Mana yang perlukan tenaga tu aku boleh tolong, yang memerlukan kemahiran tu aku tak pas lagi. Takde la tangkap gambar je, buruk beno rupanyer yerk (loghat perak). Cuma tak reti lagi nak melapah daging. Takpe kan, tak marah kan.. Hehe.. Apapun suasana memang meriah..

11 comments: