Tuesday, October 30, 2012

Aku & S2 Part 4 :: Tepi Sungai | Asal Ada

Sambungan dari  Aku & S2 Part 3,
Kecewa sikit aku pagi tu, takde orang menjala. Tapi dah alang-alang aku kat sana, aku memburu subjek lain la pulak. So ini hasil buruannya..
View ni aku ambik dari tebing sungai menghadap kedai-kedai makan yang berdekatan dengan jeti. Apa yang menarik kat sini ialah pokok kelapa. Ada dua jenis pokok kelapa.
  
Sedang aku memburu ada seorang pakcik parking moto tak jauh dari tebing sungai. Aku tak sure la dia pergi beriadah ke makan ker, yang penting aku dah nampak objek jelas depan mata aku. Moto lama tu, model apa ntah, C70 kot? Kalau tak betul korang perbetulkan ok. Ketika itu objek berada di angle yang sangat cun. Tak payah nak alih-alih dah. Betul-betul mengadap matahari terbit. Memang berderau darah aku tengok gambar ni. Ditambah pulak rekahan pada jalan tu.

Ini pula kisah si Comel yang menemani aku pagi tu. Sedang aku tengah sibuk cari objek best-best datang pulak 2,3 ekor lepak sebelah aku. Aku duduk la kat kerusi simen menghadap kucing ni. Macam best la pulak nak tangkap gambar santai kucing-kucing ni. Gambar 1 ni aku ibaratkan rim light. Konon ada flash kat belakang. Baik punya flash. Matahari semulajadi. Hehe. Yang kedua ni kira santai pagi.

Sebenarnya kekecewaan aku terubat jugak dengan hasil pagi tu (hari kedua). Dapat gambar si comel yang comel..  Apakah buruan selepas ni? Tunggu..

8 comments:

  1. gambar moto jer cun.. yg lain biase jer... komen ikhlas... wakaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bro, komen yang membina untuk lebih kreatif.

      Delete
  2. Moto memang dari segi abstrak memang best...
    Orang kata ini gambar yag tak selalu orang dapat..kira betul2 luck...nice

    ReplyDelete