Thursday, March 10, 2016

Dobi 24 Jam Cheras | Murah dan Bersih !

Semalam punya cerita. Pukul 11 malam aku pergi cari dobi 24 jam. Nak dryer baju sekolah anak-anak. Bukan sebab malas nak sidai tapi nak cepat kering. Gigih la jugak kuar pergi dobi. Ada satu dobi 24 jam kat suntex cheras baru buka. Berdekatan dengan Restoran Nasi Kandar Thoulat. Aku pergi la try kat situ lagipun tak jauh dari rumah.
Dobi 24 Jam Cheras
Kedai Dobi Layan Diri | Super Laundry House 24 Jam Cheras
Dobi 24 Jam Cheras
6 mesin basuh 10kg & 14kg.
Dobi 24 Jam Cheras
6 mesin pengering atau dryer.
Wow kat sini lagi murah weh ! RM4 untuk dryer = 24 minit. Dobi yang aku pergi sebelum ni RM4.50 so dah boleh jimat dah kat sini. Mesin basuh pun jimat RM0.50 untuk basuhan biasa. Haa next time kalau nak mendobi, kat sini la jawabnya.
Dobi 24 Jam Cheras
Mesin Token
Haa nak bagi tau, kat sini pakai token. Ni first time guna mesin dryer yang pakai token. Selalu pakai mesin yang masuk duit syiling 50 sen. Kat sini kena pakai token. Patutla 50sen aku asyik reject je mula-mula. Sib baik takde orang lagi masa tu. Malu! Kondifen je !

Disediakan mesin untuk tukar token. 1 token RM1. Terima duit kertas.
Dobi 24 Jam Cheras
Untuk rujukan nak guna mesin dryer. Selalunya aku guna suhu tinggi. HOT. Kain tebal pun kering.

Last but not least. Kedai Dobi ni bersih ! Maksud aku lobi atau ruang legar dobi ni bersih dan tersusun. Sejuk mata memandang.
Tengok arrow yang aku boh tu.
Warna Hijau - Dilarang bawa kasut atau selipar.
Warna putih - rak kasut disediakan
Warna oren - kerusi disediakan
Warna merah - tikar untuk budak-budak main.
Dan antara yang paling penting
Warna biru - pemadam api atau fire extinguisher disediakan. 

Kebersihan dan keselamatan diutamakan. Selesa mendobi di sini. Kat atas ada GYM pulak tu.. jeng jeng jeng... boleh bersenam sambil mendobi lepas ni. Haha. Ok la chow !