Nuffnang

Cosmoderm

cosmoderm

Monday, March 7, 2016

Servis Aircond murah di Cheras Kajang

Musim panas datang lagi. Antara musim yang merunsingkan malam-malam. Bukan apa, susah nak tidur . Bahang ! Berkuap ! Dah macam sauna dibuatnya. Baru-baru ni Aircond aku dah tak sejuk. Kalau harapkan kipas je memang tak cukup. Aku boleh je tahan tapi ada baby kecik, tidur berpeluh-peluh. Kesian tengok. Kena servis juga aircond ni. Mungkin sebab gas dah abis kot. Yelah dah dekat 2 tahun guna. 

So aku pergi la kedai elektrik tempat beli aircond ni dulu. Aku check tanya kos servis untuk aircond brand Panasonic ni brapa ? Dia tanya aku balik inverter ke biasa. Aku pulak lupa. Inverter ke tak. Kalau servis aircond inverter dalam RM199 dah diskaun. Termasuk tambah gas. Kalau bukan inverter murah sikit. Gas non-inverter ni pun murah sikit. 

Makaihh mahalnyer servis aircond. Baru pakai sebiji je. Belum pakai banyak-banyak lagi. Dengan selamba aku cakap inverter. Mahal pun terpaksa gak la servis. 

Aku buat appointment.. 

Besoknya................

Dua (2) orang technician aircond datang. Check aircond. Ini bukan inverter ni. Ni aircond biasa punya, cuma ada Ionizer. Ooo baru aku teringat IONIZER bukan INVERTER. Konfius ! Haha jangan kecam aku. Bila dia cakap bukan inverter terus dalam hati cakap, jimat dah ni kalau bukan inverter. Nampaknya cerah tak sampai ke petang, mendung pulak di tengahari
Aircond Services Cheras Kajang
Box Luar Aircond
Tengah tengah check, sorang technician bagi tau kapasitor rosak. Alamak benda apa plak rosak tu. Lebih kurang starter motor untuk aircond tu. Benda tu tak function sebab tu la aircond panas.. (Box aircond yang kat luar rumah tu. Bukan yang dalam rumah tu) Aku tanya brapa pulak kos kapasitor ni. Dia cakap tukar kapasitor ni RM120. Erk terkedu jap. Total servis dengan tukar kapasitor Rm270. Dari RM199 tadi terus jadi RM270. Alahai, baru nak jimat dah kena bayar lebih pulak. Nak buat ke tak nak buat ni. Bajet lari huhu !
Sunwha Capacitor
Sunwha Capacitor
Aku nego ngan techinician ni, tukar kapasitor dulu la, nanti baru servis. Buat asing-asing dulu la. Nanti ada bajet baru buat servis pulak. Nego punya nego, technician tu offer, takpe la tukar kapasitor dan dia tolong servis luaran dan dalaman sikit-sikit. Dia charge RM200. Aku terus setuju. Lagipun bajet asal memang RM200.
Aircond Services Cheras Kajang
Aircond Services Cheras Kajang
Tengok-tengok abis gak dia buka. Servis luar dalam. 
Aircond Services Cheras Kajang
Aircond Services Cheras Kajang
Memandangkan aku puas hati dengan servis dia, boleh nego-nego, aku syorkan sapa-sapa yang dok area cheras ke kajang ke, kalau nak repair atau servis aircond boleh contact AH B di talian 017-3925955. Cubalah nego.. Kalau bukan sebab kapasitor rosak mungkin murah je harga servis. Lagi satu, dia bagi tau aircond aku ni bukan inverter. Kalau silap-silap orang servis, buat tak tau je. Dapat makan harga inverter. 

Lega aircond dah sejuk balik. Malam tu tengok baby tidur nyenyak sampai pagi. 

*** Kesimpulannya, aircond panas tak semestinya gas abis. Boleh disebabkan benda lain jugak macam aku, kapasitor rosak. So bersedialah segala kemungkinan kalau guna aircond kat rumah ni..