Thursday, March 10, 2016

Laksa penang sedap di Teochew Chendul, Penang Road Famous

Nak makan laksa Penang kena pergi Penang la. Alamak jauhnya sampai ke Penang. Haha tak la, sekarang nak cari Penang Cuisine tak perlu sampai ke Penang dah. Kat KL pun banyak. So ni aku nak cerita aku makan kat Penang Road Famous Teochew Chendul, Sunway Putra Mall. Tingkat 4, Sunway Putra Mall. 

laksa penang sedap
Laksa Penang, Teochew Chendul, Sunway Putra Mall
Perghh laksa Penang terbaek lah ! Kena pulak dengan tekak aku. Aku bukan minat sangat makan laksa ni. Tapi kalau kuah kaw aku suka. Ini sedap lain macam, tak penah rasa kuah sedap gini. Pedas pulak tu ! Huh berpeluh makan. 
cendul sedap
Original Cendul dan ABC
Tang cendul memang sedap. Tak manis dan tak tawar. Rasa sedang-sedang dengan lemaknya. Aku suka kacang merahnya ! Kalau ABC tu biasa je rasanya. 

Next time boleh repeat lagi la. Tetiba pulak aku boleh masuk dengan laksa dia. Nyum-nyum...