Thursday, May 15, 2014

Akif Danish Buat Kepala Robot?

Dalam dok layan TV, Akif dok main sendiri ntah apa dia buat. Tiba-tiba datang kat aku... Dia suruh aku tengok hasil kerja dia. 

Akif Danish : Babah, babah tengok ni!
Babah: Fuyoo hebatnya anaknya anak babah. Kreatif la Akif ni..

Tak terfikir langsung pun aku benda-benda macam ni. Imaginasi budak-budak tengah berkembang. Biarlah dorang main. Jom tengok..
Kepala Robot katanya. Ada-ada je idea Akif ni.
Dia guna duit syiling 20sen dan 50sen, kertas, pengetip kuku, bateri dan selotep. Pastu dia lari ke bilik ingat kan buat apa, rupa-rupanya......

............dia ambik robot kertas yang dia buat sebelum ni. Dia cantum pulak.. Perghh, dah siap robot Akif Danish. Kreatif tak Akif??????
"Inilah hasil kerja saya, hebat tak?"
Amboiii! Renyih je kamu ni yer. Possing dulu ya... OK kita tunggu apa pulak dia buat lepas ni.. 

Previous : Akif buat badan robot [Klik sini]

3 comments: