Tuesday, May 13, 2014

Seminggu Aliah Kurang Sihat | Sakit Perut berlarutan

Dah masuk hari ke 7 masih aliah tak sihat. Start hari rabu minggu lepas tapi gagah jugak pergi sekolah sebab exam. Hari khamis malam bawa pergi klinik swasta. Dapat ubat sakit perut. Pagi jumaat sakit sikit pergi sekolah final paper Pendidikan Seni. Tak habis dia lukis sakit perut lagi. Duduk dalam bilik guru. Balik rumah tengahari muntah sekali ingatkan dah muntah tu dia dah lega, tapi still jugak tak ok. Continue makan ubat. 

Dalam pukul 5.30 pagi hari sabtu dia meraung sakit perut terus bawa dia pergi Hospital Ampang emergency. Doktor buat Xray kat perut dan dapati ada banyak hadaman tidak dikeluarkan dengan sempura. Nak kata tak buang air besar ada je. Hmm doktor bagi ubat lawas. Balik rumah pagi tu lega tengok dia buang air besar. Nampak ok sampai ke petang. Dalam pukul 10 lebih malam tu pulak dia meraung lagi sakit sangat. Seriusly aku pun seram sejuk tengok dia meraung. Terus siap-siap nak nak repeat Hospital Ampang balik. Sampai hospital aku terus ke kaunter emegency. Sekali dia cakap ada 57 org pesakit sedang menunggu giliran. Makkaaihhh tengah-tengah malam punyalah ramai orang. Aku kesiankan Aliah ni dah memang lemah. Pening nak fikir nak tunggu ke cari alternatif lain. Last-last aku and wife aku decide bawa hospital private. Yang aku tau pun Hospital Pantai kat cheras

Patah balik ke cheras terus ke Hospital Pantai. Sampai-sampai terus register, orang pun tak ramai. Tak sampai 15minit terus dapat turn. Masuk bilik doktor, dia check normal procedure ternyata doktor pun tak dapat detect kerana semuanya nampak ok. Doktor tu cakap kat aku boleh scan kalau nak tau lebih details. Ada alat khas bahagian pakar kanak-kanak. Lepas tu Doktor tu tanya aku dengan soalan spontan "Insuran ada cover tak?" Aku terkelu dan terkedu kejap. Kalau dah bab-bab insuran ni memang makan ribu-ribu ni. Aku dengan rendah hati cakap takde insurans. Doktor tu explain kat aku dia kata kalau sekali scan cost dia Rm500 + admit ward and bla bla bla.. Cost Rm1000++ or lebih. Tapi doktor tu advise try dulu bagi ubat. Kalau tak ok jugak baru datang semula. So aku prefer ambik ubat dulu. Malam tu terus makan ubat sampai ke pagi Aliah nampak ok. Kalau tak ok jugak memang nak bawa pergi hospital kerajaan balik. 

Happy je tengok dia pagi ahad tu. Dia request nak makan sanggup bawa dia pergi makan. Tapi masih dalam keadaan jaga makan. Aku sangka cerah sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Petang tu dia meraung lagi sakit lagi katanya. Bagi makan ubat lepas tu setengah jam ok balik. 

Awal pagi isnin dalam pukul 4 ++ pagi dia meraung lagi kesakitan. Dalam tak cukup tidur ni pergi ke Hospital Ampang dengan wife aku dan juga Akif yang tengah mamai. Alhamdulillah pesakit tak ramai. Dalam tak ramai pun lebih setengah jam gak tunggu giliran. Mungkin doktor tak ramaikan pepagi subuh. Tiba giliran terus masuk jumpa doktor. Doktor check balik previous xray tu. Lama gak investigate simptom, check perut then ambik urine. Semua ok. Then ambik Xray kali kedua. Hari ni kena tahan wad pemerhatian sekejap masuk air dalam badan. Sementara tunggu doktor pakar yang double check xray kedua tu. 
Kena masuk jarum kat tangan
Aku dengan Akif keluar kejap, lapar katanya. Nasib baik ada orang berniaga nasi lemak dan kueh tepi hospital tu. Aku suap akif makan selera semacam budak ni. Lapar sangat ni. Mana taknya pepagi kul 5 pagi dah kena bangun teman kakak gi hospital. Abis makan terus masuk balik tengok Aliah. 
Pedas la tu... sian tu je lauk yang ada..
Nurse suruh masukan ubat cair. Tak sampai seminit terus nak buang air besar. Lama gak dalam toilet tu. Keluar je dari toilet tengok muka dia macam dah lega. Macam ni tak perlu la warded. Dekat sejam gak dok dalam wad pemerhatian tu. Then doktor cakap boleh balik. Ambil ubat kat farmasi terus balik. 

Okeh otw balik tu aku singgah teman dorang pergi breakfast. Sejam dua jam lepas tu Aliah dah start merengek balik. Sakit balik aadoiiyai. Kesian tengoknya.  Bagi ubat hospital tadi pastu usap-usap belakang dia sampai dia tertido. Doktor cakap memang akan take time sebab usus tu kan panjang nak lawaskan semuanya. Doktor pesan makan buah-buah, yogurt supaya boleh lawas. Semalaman gak dia merengek-rengek dan tidur balik. Sampai tengah malam semuanya tertido keletihan sudah.

Subuh tadi dia terjaga, pukul 6 pagi dia cakap lapar. Risau aku ingatkan sakit perut lagi. Wife aku terus bancuh Nestum kat dia. Lega tengok dia ceria. Tapi dalam kul 9 pagi tadi sakit sekejap nak minta usap-usap perut dia. Nasib baik tak sakit lama. Dah nak ok la kot. Kalau tak sihat jugak memang aku ambik cuti lagi esok. Nasib baik semalam memang ambik cuti dan hari ni public holiday. Doakan Aliah cepat sihat ya.. 

**Banyak pengajaran yang aku belajar dari sini.

-Medical Insuran untuk anak-anak memang penting 
-Jaga pemakanan anak-anak, pantau pemakanan anak-anak di sekolah.
-minum banyak air
-yogurt bagus untuk sistem penghadaman

banyak lagi sebenarnya.. 


 

7 comments:

  1. ok iman stju dgn smua pengjaran tu

    ReplyDelete
  2. jadi amalkan pemakanan sihat inshaAllah..:)
    mujur aliah dah ok..

    ReplyDelete
  3. I'm very pleased to discover this website. I want to to thank
    you for ones time due to this wonderful read!! I definitely appreciated every little bit
    of it and I have you book marked to look at new stuff on your web site.


    my web page RECONQUERIR SA FEMME

    ReplyDelete
  4. Wow, awesome blog layout! How long have you been blogging
    for? you make blogging look easy. The overall look of your web site is excellent,
    as well as the content!

    my page - fajne leczenie przebarwień gdańsk

    ReplyDelete
  5. I savour, cause I discovered just what I used to be having a look
    for. You've ended my four day long hunt!
    God Bless you man. Have a great day. Bye

    Look into my web page ... Cambogia Plus

    ReplyDelete