Wednesday, May 14, 2014

Semoga Aliah segera sembuh

Seperti yang aku duga, aku sambung cuti hari ni. Aliah masih belum sihat sepenuhnya. Al-kisahnya malam tadi semalaman dia meraung merengek sakit perut. Nak buat macam mana pun tak tau. Dah bagi ubat pun still tak ok. Tengah malam dia terjaga, teruk gak dia meraung sakit. Bagi minum air banyak-banyak dan usap-usap perut dia sampai tidur. 
Pukul 2 pagi dia terjaga pulak, merengek-rengek pusing-kiri kanan perut tak selesa. Keja aku bangun usap-usap perut tanya dia kalau-kalau nak buang air besar. Tak jugak nak buang.. Kalau tak buang lagi sakit la perut. Dah bertakung banyak kat usus. Usap-usap sampai dia tertido. 
Aku berjaga risau kejap lagi dia terjaga. Kalau terjaga mesti terasa sakit perut dia tu. Last-last aku tertido. Pukul 4 pagi pulak dengar dia menangis, sakit perut sakit perut. Aku bangun gi usap perut dia. Usap sambil mata tutup mengantuk sangat. Dah banyak hari tak tidur lena. Aku terlelap je, dia merengek .. Nak usap perut la tu. Tak boleh urut kuat sangat, budak lagi tu, Ingat! tak boleh urut kasar-kasar.  Sampailah dua-dua pun tertidur.. Dah macam jaga baby kecik-kecik plak. Lama dah tak berjaga sepanjang malam. Akif pun dah 5 tahun.

Pagi tadi Aliah bangun terus cakap lapar, sama macam semalam. Bangun dengan ceria tanpa sedar yang dia 3 kali terjaga malam tadi. Wife aku terus buatkan lagi nestum kat dia. Tak bagi milo takut taik keras. 

Sepanjang hari ni dia ada muntah sekali pagi tadi lepas tu terus nampak ok. Makan pun ok. Cuma ada minor-minor yang dia sendiri boleh tahan (tak merengek) Aku lega tengok progress ni. Harap lepas ni sembuh terus la. Amin

Previous: Kenapa dengan Aliah [Baca sini]

1 comment:

  1. Spot on with this write-up, I seriously feel this web site needs a lot more attention. I'll probably be returning to see more,
    thanks for the advice!

    Here is my site; buy a house uk

    ReplyDelete