Friday, October 3, 2014

Akif tak suka Water Ball?

........sambungan Karnival Bacathon Sekolah Kebangsaan Bukit Raya!

Water Ball atau bebola air.. Eh yeker ? Ye la kot.. Haha, antara aktiviti yang menjadi perhatian 
dan ditunggu-tunggu murid-murid termasuk Akif dan Aliah. 

Possing kemain lagi nak tunggu aktiviti ni start. Lambat pulak startnyer. Tunggu perasmian katakan. Tunggu punya tunggu 9 lebih jugak la start. Matahari dah mula naik tu, panas terik. Ni yang tak best outdoor matahari tengah naik ni. Tapi budak-budak apa kesahnya. Nak main tak kira waktu.

Maka bermula la aktiviti water ball. Akif dan Aliah antara 4 orang pertama merasmikan water ball ni. Kekekeke aku yang tolong berbaris. Yelah nak cepatkan. Maka masuk la Akif dan Aliah dalam bola tu.
Ahh sudah, Akif cuak pulak! Meraung tak nak masuk. Haha tadi kemain lagi. Tapi tu la Akif dan Aliah baru first time main water ball ni. Last-last masuk jugak la dengan muka ketakutan.
Masa ni tengah pam angin masuk ke dalam bola. Tapi memang agak tekanan kot dalam tu. Macam takde oksigen. Tu yang Akif takut. Tambah pulak bahang matahari tengah naik ni.

Penuh je angin, maka ditolak lah bola ke dalam kolam air ni. Pandai-pandai la dorang dalam tu control. Akif asyik terpelanting je dalam tu, sebab dia paling kecil dalam tu. Haha.
Selepas bola kedua dilepaskan. Begini lah suasana di sekolah, meriah dah macam dekat theme park je. Puas hati la main. Lepas ni kita tengok apa terjadi..
Tadaaaaa.... Akif berpeluh-peluh keluar dari bola. Haha, Akif dah macam masuk sauna je. Muka sedih je. Tak suka la mainan water ball ni. Aliah ok je, rileks je. Tadi nak main kan, babah kasi main, jadilah janji dapat merasa. 

Nak tengok video dorang main water ball [Klik sini]

4 comments:

  1. Adik saya main dulu pun ber[eluh2 jugak.
    Even baru 5 mnt je main.

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. cuma dpt bergolek2 jer kan ... seronok mereka .

    ReplyDelete
  3. Biasanya masuk sorang2 dalam ni..lebih senang nak handle..bila ramai2 tak terkawal la,,tak pe..tunggu Akif esar sikit boleh main sendiri...lagi seronok..:)

    ReplyDelete