Saturday, October 18, 2014

Siri 1 : Pengujian Live Streaming

Bulan 11 ni ada Hari Inovasi JKR Malaysia, di Alor Setar Kedah, agak grand jugak la sebab Menteri Kerja Raya yang akan merasmikan hari inovasi tersebut. Aku ditugaskan membuat video live streaming. Nanti sapa yang tak pergi Hari Inovasi ni boleh tonton live perasmian dekat portal rasmi JKR.

Sebelum event maka ada beberapa siri pengujian rangkaian yang akan dilakukan di lokasi. Nak tengok kelajuan network di lokasi. Siri 1 kami ke Alor Setar. Ni first time aku naik flight pepagi seawal 4.30 pagi aku dah pergi ke airport. Dan first time aku ke KLIA2. Agak terpegun jugak dengan KLIA2 yang dah macam shopping kompleks. Tempat sangat menarik dan tempat makan banyak pilihan. Macam-macam ada. Dah macam bukan airport je.



Sebelum pukul 7 pagi dah masuk flight. Gelap lagi. Sejukk.. Takpe la bila lagi nak merasa kan.
Alhamdulillah dapat sajian Nasi Hujan Panas dengan rendang ayam. Ini lah breakfast aku pagi tu. Dacatt..

------------------------------------------phone off----------------------------------------------

------------------------------------flight mode on--------------------------------------

Krik krik krik... Dapat la sekeping dua pemandangan dari atas flight, melihat keindahan negeri jelapang padi. Memang penuh bendang, no wonder la dorang panggil negeri jelapang padi.

Sampai-sampai terus ke JKR Kota Setar dulu sebelum ke lokasi Tabung Haji Hotel lokasi event nanti.Hotel Tabung Haj ni merupakan hotel baru kat sini.

Pengujian sedang dilakukan
Haa tengok tu muka aku dah masuk dalam portal.
Ini dia lokasi sebenar, Ball Room Tabung Haji Hotel. Pengujian berjalan lancar namun perlu ada penambahbaikan dari segi upload speed. Selesai pengujian kami beredar ke JKR Kota Setar dan seterusnya balik ke Kuala Lumpur hari yang sama. Perghh first time yang ke-3 untuk hari ni saja, pergi outstation balik hari.

Okeh settle report aku hari ni.. Haha dah macam menghantar summary tugasan pulak.

1 comment:

  1. KLIA2 memang terbaik..serba lengkap kemudahan nya..

    ReplyDelete