Sunday, October 12, 2014

Memanah di STAR ARCHERY @ Berjaya Times Square

Kisahnya lepas waktu kursus aku ngan 3 orang member kursus pergi lepak kat Shopping Mall Berjaya Times Square. So first suggestion aku, aku nak main memanah. Pasal aku teringin sangat nak memanah. Aku dah check internet ada memanah kat sini. Dorang suma on je. Maka mencarilah kami kat mana lokasi memanah ni kat dalam Times Square ni. Jumpa jugak lokasinya "STAR ARCHERY" nama premis ni. Tingkat 5 Berjaya Times Square, belakang McDonals.
STAR ARCHERY
Pakej Star Archery
Ini Pakej yang ditawarkan kat sini. Murah ke mahal? Aku tak sure pasal aku takde experience pergi main tempat lain. So aku main je la. Dah alang-alang kami berempat so ambil pakej untuk 4 orang berharga RM88, seorang RM22 pastu untuk pakej ni dapat 150 anak panah dan percuma lagi 28 batang anak panah. Jumlah semuanya 178 batang anak panah. Maka Rm22 dapat la seorang 44 batang, kalau dibanding dengan harga rm23 tu cuma dapat 30 batang.
STAR ARCHERY - Safety yang kena follow. Nak baca ni banyak sangat, just minta khidmat nasihat kat kaunter je senang.
Inilah pot memanah kami. Ada 15 lane yang aku nampak. 
Siap siaga nak memanah , fuhh rasa macam Robin Hood dah..
By the way aku left handed so kena pusing blah sana. Haha.. Jangan risau panah khas untuk left handed disediakan. Jarak memanah ni lupa lak nak tanya, lebih kurang 10 meter rasanya.
Ramai beginner, first-timer yang datang sini. Tak yah heran, atau nak malu sangat. Kalau dah pro tak main dah tempat gini. Kann kan... Malu kalu melepas la nak merasa. Kepada beginner atau first-timer, jangan risau tak tau main, nanti dorang akan ajar macam mana nak memanah. Tengok macam senang je. Try tengok.. 



Inilah hasil panahan maut aku.... Boleh tahan jugak panahan aku ni. Hehe ada kena yang kuning tu ok la.. Lega dapat main, memang best dan mencabar. Tercapai hasrat aku nak memanah. Tapi kos nya boleh tahan jugak la. Takleh la nak main selalu. Kena datang ramai-ramai macam kami berempat dapat la ambik pakej yang banyak anak panah. Okeh selamat mengetry. Ingat Start Archery, Tingkat 5, Berjaya Times Square.

7 comments:

  1. wah..sikit hari lagi boleh jadio wakil malaysia nih..tengok macam kena kat 10 tu..hebat..heheh

    ReplyDelete
  2. selalu pergi TS tapi takpernah lagi jejakkan kaki kat Star Archery. Macam best je , nanti nak try jugak lah ^^(http://anies-msletoes.blogspot.com/)

    ReplyDelete
  3. kira hebat laaa... katek macam sha ni berapa puluh panah pun blum tentu kena... haha

    ReplyDelete
  4. wahh terer!, fiza kalau panah asenya ada terus ke siling ke.haha

    ReplyDelete
  5. hukaloh..semalam baru pas g sana .. tau mcm tu nk singgah >.<

    ReplyDelete
  6. alaaa risau nak memanah takut terpanah hati orang eceh!

    #pakaikemeja?waktuopisehhh!! HAHHAHHA

    ReplyDelete
  7. Howdy just wanted to give you a quick heads up. The words in your article seem
    to be running off the screen in Internet explorer.
    I'm not sure if this is a format issue or something to do with internet browser compatibility but
    I thought I'd post to let you know. The design look great
    though! Hope you get the problem resolved soon. Thanks

    my webpage - boom beach hack tool

    ReplyDelete