Thursday, October 2, 2014

Karnival BACATHON Sekolah Kebangsaan Bukit Raya 2014

Berakhir sudah Karnival Bacathon Sekolah Kebangsaan Bukit Raya (SKBR). Fuhh boleh tahan seronok pergi karnival ni. Macam-macam ada. Dua hari berturut-turut aku gi karnival ni. Sabtu pun ada jugak cuma tak rasmi lagi. Seronok bawa budak-budak main.
Ni antara permainan-permainan atau aktiviti yang ada kat Karnival Bacathon SKBR


Possing dulu sebelum beraktiviti.. Sambutan meriah dengan kedatangan murid-murid dan ibu bapa. Kupon abis awal tu. 

Day 1 aktiviti, target shooting a.k.a Memanah. Akif main ni, aku tukang pegang je. Aku pun tak pernah memanah ni. Nak main ramai pulak budak berbaris. Hehe. 
Amboi Akif, Ada gaya tu..

 

Aliah main basikal cobra.. kenapa panggil basikal Cobra aku pun tak tau, mungkin sebab tayar depan besar kot. Cobra kan kepala besar.

Day 2 Karnival Bacathon. Hari ni Hari Perasmian, ibu bapa dan murid dah datang seawal 8.00 pagi lagi. Meriah meriah,  Hari ni Akif dan Aliah nak main macam-macam. Giant Bubble, masuk rumah hantu, mini zoo, sand art..
Apapun kita breakfast dulu. Kropok lekor je.Jadi la, tengok makan lain dah macam makan tengahari je. Abaikan lah..
Possing aje Akif & Aliah ni.


Haa, ini la permainan Water Ball tu... Ada cerita di entri Water Ball nanti...

Masuk rumah hantu .. Yang ni sangat kelakar. Akif menjerit-jerit ketakutan.. Wakakka.. Keluar je dari rumah hantu boleh plak Akif cakap "Macam nak tumbuk je hantu tu".. Amboii tadi bukan main takut lagi. Kohkhokhohkoh..

Mini Zoo ? Takde la pulak! Ntah kenapa? Haiwan-haiwan lari agaknya.. Kupon dah beli untuk mini zoo, nak refund tak boleh. Hurm.. Maka cari la benda lain untuk perabih kupon tu. Maka terjumpa Sand Art. Belasah jelah. Janji kupon abis digunakan. Nak main battle field macam permainan orang dewasa pulak. Ok la tu janji dapat teman anak-anak. 

3 comments:

  1. selamat malam..syira cuti 4 hari so jom blogwalking...hehe ^_^

    ReplyDelete
  2. Best nya sekolah buat program macam ni..siap ada rumah hantu..jarang2 ada macam ni.lagi2 kat sekolah.patut lah buat sampai dua hari..banyak permainan menarik.kalau buat sehari tak puas pulak budak2 tu..

    ReplyDelete
  3. bilalah sekolah anak aku nk buat?

    ReplyDelete