Sunday, September 14, 2014

Akif terpaksa tidur lambat buat kerja sekolah

Akif Danish terlupa buat kerja sekolah maka terpaksa la berjaga sampai 12.30 tengah malam untuk abiskan kerja sekolah. Kesian tu kesian jugak, geram pun ada. Petang tu balik sekolah dah tanya, Akif buat tak tau je, main game dan tengok tv je kerjanya. Nak halang pun Akif ni akai panjang. Haa, malam tu dijadikan cerita, Akif teringat ada keja sekolah, menangis-nangis risau kerja sekolah tak siap. Takkan babah kena buatkan. Aku cakap elok-elok kat Akif, daripada nangis baik Akif buat keja sekolah. Biar Babah teman. Lama gak pujuk akhirnya Akif buat jugak.
Tulis angka 18-20 je pun. Tapi bagi Akif 5 tahun banyak jugak. Aku banyak main saiko dengan Akif. Yelah kejap-kejap cakap ngantuk la, penat la, tau la kan dah tengah malam. Aku cakap lagi kalau tak nak buat, esok pagi kena bangun awal-awal buat. Akif buat jugak pelan-pelan.

Akif start dengan angka 20 dulu. Then last sekali baru angka 18. Terbalik pulak Akif ni. Masa ni moral dia dah mula down, penat menulis. Aku pun faham, aku umpan dia dengan duit syiling. Bukan apa bagi semangat kat dia. Aku cakap babah bagi Akif 10sen kalau abis setiap line. Suka la Akif. Kejap je settle angka 18 tu. Seronok betul dia kerja sekolah dah abis. Dapat duit syiling lagi tu. Masuk tabung. Hehe [instragram video akif buat kerja sekolah]
Hasil Kerja Akif
Kan dah abis jugak kerja sekolah. Moral of the story, check kerja sekolah anak-anak. Tanya banyak kali takut dia terlupa. Gunakan psychology untuk tawan mereka. Bukan kekerasan dan memaksa. Hehe.. Geram tu geram tapi kalau dilayan geram tak siap kerja sekolah tu. Biar mereka tahu dan merasai pengalaman ini, mudah-mudahan mereka serik dan tak nak buat kerja sekolah lambat-lambat.

5 comments:

  1. sama la sha adik beradik dulu, suka buat kerja last minutes....

    ReplyDelete
  2. I got too much interesting stuff on your blog. I guess I am not the only one having all the enjoyment here! Keep up the good work.
    섯다

    ReplyDelete
  3. Pretty good post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed reading your blog posts. Any way I'll be subscribing to your feed and I hope you post again soon. Big thanks for the useful info.
    스포츠토토

    ReplyDelete
  4. This particular papers fabulous, and My spouse and i enjoy each of the perform that you have placed into this. I’m sure that you will be making a really useful place. I has been additionally pleased. Good perform!
    일본야동

    ReplyDelete
  5. I am always searching online for articles that can help me. There is obviously a lot to know about this. I think you made some good points in Features also. Keep working, great job!
    안전놀이터

    ReplyDelete