Sunday, September 14, 2014

Gulai Kawah Batang Pisang | De Restoran Bunga Tanjung

Baru-baru ni aku pergi lunch dengan wife aku kat area-area jalan ipoh & sentul. Aku tak sure exactly nama tempat tu. Yang pasti ada satu stesen Komuter berhampiran tempat ni. Kami ke sebuah restoran GULAI KAWAH Daging Batang Pisang | Umbut Pisang. Wife aku cakap famous tempat ni. Moh kita tojah. Ha tengok board kedai ni, nak panggil apa ni? Nasi Kukus Gulai Kawah |  De Restoran Bunga Tanjung ke Nasi Kukus De' Restoran Gulai Kawah Bunga Tanjung.

Gulai Kawah Daging Umbut Pisang | Gulai Kawah Kambing.
Gulai Kawah Daging Batang Pisang. 
Betul-betul 'kaw' rasanya memang terbaik. Makan dengan nasi panas-panas memang berselera. Orang kata kalau yang gulai kawah batang pisang ni banyak kat utara. Kalau kat KL ha cari la kat kedai makan ni. Gulai Kawah Kuala Lumpur. Rasa memang sama pasal tukang masak dan tauke kedai ni pun orang Utara. Tengok kat board kedai tu balik, ada tulis SIK. Agaknya Sik, Kedah kot. Hehe.
 Gulai Kawah Kambing
Yang ni aku tak try pasal aku dah ambik daging tadi. Kalau aku ambik kambing ni mau simpan mana. Haha, Gulai daging pun dah ambik semangkuk. Lagi pun saja tak nak try, boleh repeat lain kali.

Kat sini makan nasi berlauk. Nak kata banyak lauk tu tak jugak tapi sayur, ikan, ayam tu ada je. Kalau lambat datang, lauk cepat abis, tu je. Kalau taknak makan berlauk, sini ada laksa. Laksa kedah la kot. Opps leh kot-kot pulak. Jangan marah yer, segan nak interview tauke. Okeh lagi apa yang best kat sini. Air Tebu dan Barli Pandan. Apa yang menarik air tebu tu aku tak tau. kalau Barli Pandan tu buat air barli dengan pandan la tu. Kikikiki... Mesti sedapp.. 

*Sapa tau lokasi sebenar tempat ni, komen ya. Kang ada yang mengidam pulak, tak tau plak kat mana. Hehe.

6 comments:

  1. wah harus cuba ni, kat pantai dalam pun ada satu jugak...

    ReplyDelete
  2. Tak tau kt mana..kekeke..nnt tolong pegi lagi pastu amek alamat jgn lupa yaa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ok2.. nanti kalau dah jmpa saya update lokasi.. hehe

      Delete
  3. terbaik restoran ni.. selera utara sangat!!

    nasi apollo,
    gulai kawah,
    bihun sup utara (real utara! sambal merah..hehe)
    laksa..

    memang selera utara! terbaik!! aku selalu gak lunch sini

    ReplyDelete
  4. Lokasi kedai sebelah stesen komuter sentul

    ReplyDelete