Monday, September 15, 2014

Mee Tarik Warisan Asli @ Jalan Dang Wangi Kuala Lumpur

Semalam berjaya jugak sampai ke restoran Mee Tarik Warisan Asli yang terletak di Jalan Dang Wangi Kuala Lumpur. Dah lama dah tau pasal Mee Tarik ni tapi tak teringat. Ini pun gara-gara tertengok member post gambar mee tarik dalam Facebook dia. Terus aku mengidam. Eh, aku bukan pregnant k. Perut je muncit.  Apalagi moh kita tojah Lokasi Mee Tarik Warisan Asli jalan Dang Wangi. Lepas balai polis Dang Wangi tu,
Jalan terus tengok blah kanan sampai nak dekat hujung simpang. Jangan terlepas sudah. Kedai warna apa aku tak nampak pasal aku pergi malam. Hehe.


Mee Tarik Warisan Asli | Specialist In Eastern Muslim Cuisine |  Chinese Muslim Halal Food

Apa yang mengagumkan aku Mee kat restoran ni diproses di sini. Secara manual, diuli-uli tepung, tarik-tariknya sampai jadi Mee. Wow semakin menarik kan. Dia proses mee depan mata lagi, tiada selindung di belakang dapur. Patutla panggil mee tarik. Okeh, gambar bawah ni antara yang menjadi santapan dan pilihan aku malam tadi. Harga nampak mahal tapi kuantiti yang dapat memang berbaloi. Padan dengan harga.

Wet Mee Ziran Mutton RM12.00
Wet Mee Potato & Beef  RM9.80
Fried Green Pepper & Beef RM8.80
Menu Nasi pun ada, bukan Mee Tarik je. So sapa tak suka mee ada menu lain. Boleh lepak-lepak sini.
Toothpick Lamb RM26.00 | Special Menu
Yang ni memang menu lain dari yang lain. Pakai toothpick. Satay kecik. Rempah memang terasa. Harus cuba. Yalah pergi kedai yang tak pernah pergi mestilah cari menu yang lain dari yang lain.
Special Tea China Ba Bao RM4.50 
Teh ni di campur dengan pelbagai daun herba dan buah-buah herba. Manis-manis pahit. Yang ni pun harus cuba.

Ni antara menu-menu lain yang ada kat sini. Banyak lagi tapi aku bagi 2 keping je. Cukup la tu. 

Akif ni bukan suka Mee sangat tapi semalam banyak Akif makan. Sedap katanya..
Aliah makan nasi, Favourite Black Pepper. Tapi yang sampai tak Black, Pepper je banyak. Silap baca. Heheh. Tapi sedap jugak walaupun tak Black. Abis Aliah makan.

Brullllpppp! Alhamdulillah, kenyang betul makan mee tarik malam tadi. Len kali nak repeat lagi makan mee tarik perisa lain pulak. Nyum-nyum..

10 comments:

  1. Memang sedapppp!! X muak pun walaupun mee byk..

    ReplyDelete
  2. dekat dgn office je ni mgkn harus dicuba nanti

    ReplyDelete
  3. Boleh try nant.. belanja aku ye...

    ReplyDelete
  4. perut dah kenyang pun dok terliur lagi tengok..hehhe

    ReplyDelete
  5. senyum meleret si Akif... perghh tengok gambar2 macam teruja je nak try...

    ReplyDelete
  6. Sedap x.. mestilah sedapkan
    Lepas ni kena cuba satu lagi rest chinese muslim
    Di Kelana Jaya. Terbaik

    ReplyDelete