Tuesday, October 7, 2014

Makanan Orang Rusia | Tak makan pedas!

Peluang menikmati sajian makanan orang Rusia, ermm? From Russia with Love. Sedap ker? Rasa macam mana agaknya ya? Macam-macam pe'elnya bila nak disajikan dengan makanan orang Rusia. Selalu dengar makanan Jepun ker, korea ker mahupun makanan indonesia jer.. Makanan orang Rusia ni tak pernah terfikir pun. Tapi bila diberi peluang sebegini takkan nak tolak kot. Yang penting Halal. Eh, kang ada pulak tetiba tanya dari mana mula cerita makanan Rusia ni aku ni kan, nah baca balik [Bertemu Duta Rusia] Dah baca leh continue sini balik.

Antara sajian makan tengahari yang dihidangkan:-
Puff with Chicken
Eggplant Rolls with Mushrooms
Oliver Salad
Chicken Rolls with Mushrooms
Chicken Rissoles Stuffed with Mushrooms
Potatoes Fried with Mushrooms
Fish Marinated in Carrot Sauce
Marinated Mushrooms
Pancakes with Salmon
Fruits - macam biasa la pencuci mulut.

Okeh dari segi konklusi aku, atau rumusan aku, orang Rusia ni suka makan Mushrooms | Cendawan rupanya. Pastu mereka tak makan makanan yang pedas-pedas. Wow, kalau bagi cili padi ni mesti berdesing ni. Banyak sayuran dan yang dipelbagaikan. Sedap-sedap semuanya. Yang paling aku suka Potatoes Fried with Mushrooms. Resepi mudah je, tapi serius sedap. dan aku suka Chicken Rissoles Stuffed with Mushrooms, isi ayam yang padat. Masa mula-mula nak ambik makan, dalam hati dok fikir boleh kenyang ke makan macam ni. Tapi bila dah makan, fuhh kenyang giler..

Pegawai-pegawai kedutaan Rusia yang turut berada di sini sempena jamuan makan tengahari. Bersiap sedia untuk makan tengahari. Jamuan yang sangat santai dan takde protokol-protokol. Kang susah plak nak makan. Haha.. Lebih kurang enjoying the food. Taste of Russia.
Selfie la dulu, wajib sebagai bukti kehadiran. Trademark la kononnya.
Rakan-rakan media, blogger yang turut menjadi tetamu jemputan. Semua mengambil kesempatan merakam gambar hidangan yang disediakan. Yela, ntah-ntah peluang ni sekali je seumur hidup kan.
Haa, ni dia overall hidangan makanan yang disajikan. Alhamdulillah kenyang.... Jangan tanya plak kat aku kat mana ada restoran Rusia di Malaysia ni. Kompom aku tak tau. Lupa lak tanya. Yang ni Chef diorang yang masakkan. OKeh selamat telan air liur.. Peace... Jangan marah!!!

8 comments:

  1. Seronok la dpt peluang mkn dengan org Rusia...tp kan..ada je org Rusia suka pedas...mcm colleague kat opis ni....x pedas x sedap katanya...huhu

    ReplyDelete
  2. dpt la rasa masakan russia ... mmg telan air liur jer yg menengoknya nih ...

    ReplyDelete
  3. saya orang yang tak makan sangat makanan pedas.Boleh la saya jalan2 ke rusia nanti..ewah!berangan.heheheh..

    .semua nampak sedap..

    ReplyDelete
  4. bnyak msakan dia guna cendawan..sedap2...

    ReplyDelete
  5. Di KL ada satu restoran dengan makanan Rusia :) namanya Vladimir's Place. alamatnya Jalan Inai, off Jalan Imbi.
    Terima kasih atas meluangkan masa dan datang mengambil bahagian dalam lunch kita ! :)
    Polina

    ReplyDelete
  6. Hahaha... Daus, aku baru nak cakap pasal Vladimir's Place tu. Polina pulak dah bagitau... hahaha, aku pun tak try lagi Vladimir's Place tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry intrude, what if try papa russia pizza in batu berendam airport cause canadian pizza ada halfway but us local cant effort looking after their dish so have to charter look after, you know these day legal council macam-macam, pergi toilet pun kene angkat swear act

      Delete
  7. rezeki dapat makan best2....... tumpang nangis kat sini jab... sobs

    ReplyDelete