Wednesday, October 31, 2012

Aku & S2 Part 5 :: Bangunan | Building | Construction

Ini ialah bangunan Kementerian Kerja Raya 2. Bangunan ini masih dalam pembinaan lagi. Lokasi bangunan ni di Jalan Sultan Salahuddin, belakang bank negara. Sebelah ofis aku je sebenarnya. Hari-hari aku pergi kerja tengok bangunan ni. So topik Aku & S2 kali ni berkisarkan Pembinaan bangunan (Building Construction)
Gambar ni aku ambik lama dah bulan julai 2012. Tak sangka pulak ada gunanya. Leh buat before and after. Aku ada lagi ambik gambar yang sebelum ni tapi nanti lah aku share lain. Kalau ingat. Sebab angle tak sama.
Ini ialah gambar latest aku ambik semalam (30 Oktober 2012). Beza tak? Mestilah kan. 4 bulan dah masa berlalu. Sapa lah design bangunan ni. Teruja betul aku tengok designnya.
 
Ini pandangan dari bawah bangunan, aku ambik tadi (31 Oktober 2012). Aku tak check pulak berapa tingkat bangunan ni. Lebih 20 tingkat ni.
Grounding bangunan ni. Nampak sungguh mantap dan teguh.

Jom lihat hasil buruan bawah ni.

Walaupun bangunan ni tak bergerak tapi kalau korang perasan awan dan kren tu bergerak menjadikan bangunan sangat menarik. Lagi satu dengan pemilihan pelbagai mode instagram menjadikan gambar lebih mantap dan kreatif. Kalau berkesempatan akan ada update dari building construction ni nanti, InsyaAllah.

Libasan minda
Sebenarnya kita tak sedar perkara yang berada di sekeliling kita ni sangat indah, cuma bagaimana kita nak olahkan ia menjadi menarik. Aku bukannya professional tapi aku mula sedar dan sedang belajar dengan alam sekeliling. Chewah.. Jumpa lagi di episod lain.

6 comments:

  1. nak tanya...kat sini ke nak beli buku Jadual kadar harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori lambat reply. tadi tanya member(careno), dia cakap ada jual.

      Delete
  2. ha'a... sini ade jual kat kompleks Kerja Raya... RM20.00... SOR 2012...

    ReplyDelete